---------- Forwarded message ----------
From: asnbcare@pnb. com.my Date: Dec 16, 2008 12:03 PM Subject: Re: Fw: Dividen ASB To: Eddy Irwan Bin Mahamad En. Eddy Kami dengan hormatnya merujuk kepada email tuan mengenai perkara di atas. Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana tuan memilih unit amanah ASNB yang diuruskan oleh Kumpulan PNB melalui anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), sebagai instrumen pelaburan tuan. Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang diumumkan bagi tahun berakhir 2008 adalah seperti berikut:- Pengagihan Pendapatan 7% Bonus 1.75% Berikut adalah dinyatakan cara pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB untuk makluman tuan. (a) Pengagihan Pendapatan Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya. Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2008:- Jumlah *BMB dari bulan Januari 2008 hingga Disember 2008 x KADAR 12 Bulan * BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan * Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2008 sehingga Disember, 2008 (12 bulan). * Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum tahunan. * Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan. (b) Bonus Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu. Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2008 :- Jumlah *BMB dari bulan Januari 1999 hingga Disember 2008 X KADAR 120 Bulan * BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan * Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 1999 hingga Disember 2008 (120 bulan) dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun. * Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan. Sekiranya tuan memerlukan sebarang maklumat atau penerangan lanjut, sila hubungi kami di Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Ejen, Ibu Pejabat ASNB, Kuala Lumpur melalui talian telefon 03-2057 3000/2057 3111 atau mana-mana Pejabat ASNB yang berdekatan atau layari laman web kami di www.asnb.com. my . Sekian, terima kasih. Amanah Saham Nasional Berhad 201-A Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Tel : 03-2057 3000 / 2057 3111 Fax: 03-20505220
__________________
Ingat MEDICAL Ingat PRUDENTIAL.... Takafulink, Takaful Cerdik, Retirement & Education Plan., Medical Card...Hubungi Saya... Abd Aziz Riadi PruBSN Takaful Berhad H/P : 019-323 2121 Email : abdriadi@prupartner.com.my http://www.prubsninfo.com
Jadi, jgn le kita terperanjat kalau kita menyimpan setiap bulan dalam ASB, nilai dividen bukannya 7%...dan yang baru menyimpan kurang 10 tahun....NO BONUSSSSSSS!!!!!!!!!!!
Yang paling tak tahan, kalau kita simpan lewat dari 1hb setiap bulan, amount tu tak kira dalam baki minimum bulan tu, sebaliknya akan dikira pada bulan berikutnya. Seingat aku dulu (masa aku keja support server PNB)...aku dengar citer dia akan kira 1-12hb setiap bulan, tapi skrg nie 1hb je, lewat je dah tak kira.... So....kalau kita buat regular saving dalam ASB, amount 7% divident tu, tak dapat solid 7%. Dapat kurang dari 7%...mungkin yang expert guna Excel tu boleh buat satu simulasi excel spreadsheet yang kira real dividen ASB punya method. Baru le lebih accurate. p/s: Itu sebab ada yang cadangkan buat loan ASB hujung tahun...sebab loan amount terus masuk dalam ASB...so, start Januari sampai hujung tahun kita dapat solid dividen 7%. Tapi sesiapa yang baru tau pasal ASB nie, dan baru simpan dalam ASB, nie bonus setakat tengok je laaa.. .
__________________
Ingat MEDICAL Ingat PRUDENTIAL.... Takafulink, Takaful Cerdik, Retirement & Education Plan., Medical Card...Hubungi Saya... Abd Aziz Riadi PruBSN Takaful Berhad H/P : 019-323 2121 Email : abdriadi@prupartner.com.my http://www.prubsninfo.com Quote:
![]() Sebab tu, ramai pelabur yang moderate and bukan risk taker prefer ASB as investment vehicle....
__________________
Ingat MEDICAL Ingat PRUDENTIAL.... Takafulink, Takaful Cerdik, Retirement & Education Plan., Medical Card...Hubungi Saya... Abd Aziz Riadi PruBSN Takaful Berhad H/P : 019-323 2121 Email : abdriadi@prupartner.com.my http://www.prubsninfo.com
Quote:
walaupun kita risk adverse.... cuba2 spread portfolio kita... say 20% in equity based investment. Sekarang nie saya tengok ada REIT yg trading way below its NAV. AxREIT misalnya trading pada harga RM1.00 dengan Dividen yield 12% pa at current price, dan NAVnya RM1.60. Biasanya bila ekonomi pulih (tak tau bila...your guess is as good as mine), REIT nie akan trade at its NAV, jadi ada potensi untuk capital appreciation (60%) dan juga dividen (unrisked) yg setara dengan ASB.
__________________
PLAN YOUR TRADE, TRADE YOUR PLAN EXPECT NOTHING BUT BE PREPARED FOR EVERYTHING ![]() ![]() "Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki- Nya di antara hamba-hamba- Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki." Al-Saba, Ayat:39 Last edited by goldfinger; 12-19-2008 at 09:54 AM.
Mmg le. Masih ramaoi yang tak tau benda nie...
__________________
Ingat MEDICAL Ingat PRUDENTIAL.... Takafulink, Takaful Cerdik, Retirement & Education Plan., Medical Card...Hubungi Saya... Abd Aziz Riadi PruBSN Takaful Berhad H/P : 019-323 2121 Email : abdriadi@prupartner.com.my http://www.prubsninfo.com Quote:
__________________
Ingat MEDICAL Ingat PRUDENTIAL.... Takafulink, Takaful Cerdik, Retirement & Education Plan., Medical Card...Hubungi Saya... Abd Aziz Riadi PruBSN Takaful Berhad H/P : 019-323 2121 Email : abdriadi@prupartner.com.my http://www.prubsninfo.com
Ini nak kena belajar jugak nie....
__________________
Ingat MEDICAL Ingat PRUDENTIAL.... Takafulink, Takaful Cerdik, Retirement & Education Plan., Medical Card...Hubungi Saya... Abd Aziz Riadi PruBSN Takaful Berhad H/P : 019-323 2121 Email : abdriadi@prupartner.com.my http://www.prubsninfo.com
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||