Dalam banyak2 usahawan perikanan ni saya tengok boleh kata semua tumpu ternakan ikan sangkar. Kat laut yang hasil dah ada x minat ke? Pergi tangkap je, tak payah tunggu bulan2 hasil nk matang. Klu betul ada modal besar beli je bot/kapal nelayan. Hari2 boleh cekup hasil.
Saya ada 2 bot/kapal laut untuk dijual. Sbijik bot pukat jerut lesen 'B' RM 150k. & satu lagi lesen 'C2' RM 400k. Log in www.mudah.com.my select negeri terengganu searh Fishing Vessel
Tak de yg berani nak terkecebur dalam biz ni? Kalau sapa2 yg takut nk masuk biz ni jgn fikir yg negetif.... jgn igt kita yg nk turun ke laut... kita manage je... cuma perlu la tahu pasal operation kat laut mcm mana... bila dah tahu duk je kat darat. mcm mana nak manage blh discuss.
Bot laut dalam tu max hasil boleh bwk balik utk 1 trip cecah RM 50k. paling ciput RM 10k. tu kalau pakai teknologi kuno...
harga bot tu boleh dirunding jika betul2 berminat.
biasanya untuk bot dilesenkan A/B, bot ni balik hari (pergi pagi balik petang/malam pada hari yg sama. so perbelanjaan tu x de lh mahal sgt, dlm lingkungan rm600-1000 (depend pada saiz bot & bilangan awak2).
bot yg saya jual tu pakai teknologi lama, kalau ada modal upgrade untuk part mechanical yg tarik pukat (belah pantai barat dipanggil 'robot' sbb alat mechanikal tu pakai sistem hidraulik), bila pakai alat tu awak2 cuma keluar kelaut 7-10 orang shj berbanding dgn alat yg ada pda bot sekarang ni memrlukan 15-20 orang awak2. Selalunya perbelanjaan ni tinggi pada belanja untuk awak2. Hasil jika dapat pulang dgn tangkapan min rm500-rm6000 bagi bot saiz ni.
berbeza dengan bot laut dalam lesen B2, bot ni belanja besar & pulangan pun besar, besar dari belanja bahan bakar diesel sbb destinasi tu nk kena sampai ke laut lepas, berkenaan lesen tu mungkin boleh mohon dgn jab perikanan minta tukar ke lesen C1 atau C bagi jarak yg lebih dekat.
bergantung pada kecanggihan elektronik pada bot & kecekapan tekong, paling cepat bot boleh pulang dengan hasil 4 hari, ada yang ambil masa 1 minggu hingga 1 1/2 minggu. belanja untuk 1 kali keluar rm2k - rm4k. jika bot tu boleh pulang dengan hasil tangkapan bergantung pada jenis ikan & kuantiti, kebiasaannya dalam rm6k-40k. jenis ikan yg mainkan peranan, selar, selayang, kembong, tongkol.
pasal psiko tu ada gak yg boleh main kat bot nelayan ni.... pura2 tangkap ikan kt laut tapi korang jual minyak diesel kt laut. kes ni memang jadi & berterusan jadi, side income utk nelayan.... ada yg modify petak ikan tu jadi tangki minyak pun ada bro... rm msyuk punya pasal main pompuan tu kapal starcruise....
nk pakai sut/blazer mmg boleh bila ceburi bisnes ni betul2, kt kelantan & terengganu yg aku tahu mmg ramai millionaire dgn biz ni, yg penting korang tahu manage, jadi tauke kat darat, bukan atas bot. kat kelantan ada orng melayu kita ada 10 biji bot laut dalam, sbijik dgn complete equipment tak lari 700k-1.5m. yg pandai manage akan selalu tambah bot tiap tahun, yg x pandai slalu complain dgn masalah.... nak tips.... aku boleh sumbang idea & experience.
tang minat tu mmg minat..sape tak minat kat duit donk..tapi ye lah..semua suku sakat pakmat hanya tau bergelumang di bendang..xde satu pon yg penah ke laut jadi nelayan. cuma ada le kekawan yg tinggal dekat laut. so pandangan tu sempit sgt ler..tak de masalah ke ngn body kayu tu..nanti ari-asi asik tampal kapal jer..kalau body mcm deadlist catch tu kan best..tenggelam timbul balik..yg 150k tu takleh ker diskaun jadi 100k? jgn mare
Business nih amat untung, kenapa pulak nak jual bot tuh?
Kalau jual sebab nak kasi peluang peniaga bumi lain menyambung mendapat keuntungan yang menimbun tuh, saya rasa niat saudara amat suci.
Kut kita buleh sama sama belajaq tentang perikanan laut
-KA
Quote:
Originally Posted by Speedy3003
Dalam banyak2 usahawan perikanan ni saya tengok boleh kata semua tumpu ternakan ikan sangkar. Kat laut yang hasil dah ada x minat ke? Pergi tangkap je, tak payah tunggu bulan2 hasil nk matang. Klu betul ada modal besar beli je bot/kapal nelayan. Hari2 boleh cekup hasil.
Saya ada 2 bot/kapal laut untuk dijual. Sbijik bot pukat jerut lesen 'B' RM 150k. & satu lagi lesen 'C2' RM 400k. Log in www.mudah.com.my select negeri terengganu searh Fishing Vessel
Disclaimer: Bicarajutawan.com does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give or offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion.All posts made by either members or mods even admins on Bicarajutawan.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of Bicarajutawan.com or it's owner.YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE.