
sahabat petani tuan2/puan2/cik2
Saje nak kongsi ilmu yg tak teringat dapat dari mana :
JOM KITA BUAT RACUN SERANGGA & KULAT DARI BAHAN2 MESRA ALAM
1. Biji Jintan Manis (pimpinella anisum)
rendam dalam air panas sehingga sejuk dan airnya berubah menjadi coklat. gunakan terus dan jangan simpan.
sesuai untuk mencegah Kutu Terip
2. Daun Nona (annona sp)
kisar atau tumbuk dan ditapis sebelum dibancuh dengan air.
sesuai untuk mencegah kutu daun, kumbang & pengorek dahan
3. Cili
kisar 100g cili sebagai stok dan campurkan air bersama satu camca besar sabun. penggunaan sukatan ialah satu bahagian stok kepada 4 bahagian air.
sesuai untuk mencegah kutu daun dan ulat serangga berbadan lembut (soft body)
4. Kucai
rendam dalam air panas sehingga sejuk.
sesuai untuk mencegah penyakit lecuh yang selalu menyerang anak semaian
5. Daun Ketumbar (coriandrum satirum)
masak satu bahagian daun ketumbar dengan satu bahagian air, kemudian tapis dan sembur.
sesuai untuk mencegah hamama dan kutu daun
6. Akar Tuba
dijual dalam bentuk serbuk atau akar yang diketuk dan dititik sehingga mengeluarkan sap putih lalu dibancuh dengan air. berhati-hati menggunakannya kerana ia boleh membunuh ikan dalam kolam berdekatan
sesuai untuk mencegah ulat bulu, llintah bulan dan siput, kutu daun serta kumbang
Sama2 kita cuba

*terima kasih pd MELORBOKASHI..ohn berjaya dipraktikan dah jadi foliar,perkembangan daun pd pkk memberangsangkan.