Livestock Sektor Penternakan

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 03-21-2008, 01:14 AM
Just Hatched
Join Date: Mar 2008
Posts: 5
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
KERIS_EMAS is on a distinguished road
Question yang mana satu?lintah or cacing?
saya ada tanah 1/2 ekar tapi antara ternakan lintah dan cacing yang mana satu merupakan bidang yang terbaik? Confius sgt skrang ni..
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
Sponsored Links
  #2 (permalink)  
Old 03-27-2008, 06:33 PM
Apprentice
Join Date: Dec 2007
Location: Bumi Tuhan
Posts: 89
Thanks: 0
Thanked 1 Time in 1 Post
k_roll is on a distinguished road
Default
Quote:
Originally Posted by KERIS_EMAS View Post
saya ada tanah 1/2 ekar tapi antara ternakan lintah dan cacing yang mana satu merupakan bidang yang terbaik? Confius sgt skrang ni..
kedua2nya perlu dikaji sedalam2nya...kaji market mcm mana,perlu tngok jangka masa panjang jgn hanya tngok pd harga jualan semasa je...pada saya cacing lbih praktikal sbb kalu xde buyer utk benih ataupun induk cacing skalipun,cacing tu masih bleh kluarkn baja...maknanya masih ada hasil dr apa yg dh diusahakn.x mcm lintah,kalu xde org nk beli nk watpe dgn lintah2 tu?nayaaa ooooooo....modal dh labur bnyk,xkn nk buang mcm tu je?pk2kn laaa.
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #3 (permalink)  
Old 04-02-2008, 04:38 PM
Just Hatched
Join Date: Apr 2008
Posts: 10
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
kod_muhammad is on a distinguished road
Default
Quote:
Originally Posted by KERIS_EMAS View Post
saya ada tanah 1/2 ekar tapi antara ternakan lintah dan cacing yang mana satu merupakan bidang yang terbaik? Confius sgt skrang ni..
dua dua tak payah
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #4 (permalink)  
Old 04-04-2008, 12:16 PM
Enthusiast in Training
Join Date: Feb 2008
Location: Melaka
Posts: 237
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
hamdiz is on a distinguished road
Default ... :)
http://www.utusan.com.my/utusan/info...a&pg=ba_01.htm

ASAS lahirkan jutawan lintah

BEGINILAH kolam tanah yang diperkenalkan ASAS yang berkonsep Natural Farming.

MUKADIMAH
DAN jadikanlah sebahagian kekayaan dan kurnia yang Allah berikan kepadamu di jalan Allah dan amalan untuk kehidupan akhirat. (al-Qashah: 77). Bertitik-tolak daripada ayat di atas telah mencetuskan ilham kepada Art Soulist Holdings Sdn. Bhd. menerusi anak syarikatnya, Art Soulist Agrotech Sdn. Bhd. menawarkan peluang perniagaan ternakan lintah kepada golongan bumiputera yang berminat menerusi apa yang mereka panggil sebagai perkongsian rezeki.

Wartawan, ZUARIDA MOHYIN bersama jurufoto, HAYAT SUEET berkesempatan menemu bual Pengarah Eksekutif Art Soulist Agrotech, Asmadi Awang

di pejabat yang terletak di Taman Alam Jaya, Cheras, Selangor bertanya lanjut mengenai peluang mudah menjana pendapatan, sekali gus membangunkan

industri pertanian negara serta memartabatkan

bangsa dan agama khasnya dalam arena perniagaan.

MEGA: Terlebih dahulu boleh saudara cerita serba ringkas tentang latar belakang syarikat ini?

ASMADI: Art Soulist Holdings Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 1999. Syarikat ini merupakan pengasas bagi produk-produk yang berasaskan lintah seperti Minyak Lintah Tapa Plus. Terbaru, kami menghasilkan produk yang berasaskan herba, rempah ratus dan sumber semula jadi, diyakini mampu mengekalkan dan meningkatkan kesihatan luaran dan dalaman kaum lelaki. Malah produk kami juga membantu mengekalkan keremajaan dan ketampanan mereka.

Sebenarnya, selain saya terdapat seorang lagi rakan kongsi iaitu Zamri Ibrahim selaku pengarah urusannya.

Syarikat kami menjalankan operasi Contract Manufacturing dan pengeluar produk-produk kesihatan telah berkembang dengan sebuah lagi anak syarikat iaitu Art Soulist Agrotech Sdn. Bhd. (ASAS). Syarikat ini menjalankan aktiviti sebagai pembekal utama bahan mentah dan ekstrak pertanian dan penternakan seperti lintah, belut dan cacing tanah.

Alhamdulillah, produk ekstrak dalam bentuk cecair telah pun memasuki pasaran antarabangsa seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Singapura, Vietnam, Dubai, Korea dan China.

Mengapa ASAS mengambil keputusan untuk memperkenalkan projek dalam penternakan lintah, cacing tanah dan belut secara komersial?

ASMADI: Kalau kita sebut lintah, yang selalu terbayang ialah tekstur badannya yang lembik, berlendir serta takut dengan sifat semula jadinya yang sukakan darah. Kini, tidak lagi kerana sudah timbul semacam kesedaran bahawa haiwan ini boleh dijadikan satu bisnes yang menguntungkan dan menjana pendapatan lumayan.

Hal ini telah dibuktikan oleh kami sendiri kerana ASAS bukan sahaja pengasas pertama penternakan lintah di Malaysia, malah yang pertama di dunia pada masa kini. Lantaran itu, adalah lebih baik perkara yang baik diperluaskan untuk dinikmati oleh semua.

Menerusi pengamalan konsep pengkhususan pembahagian rezeki kepada sesama kaum, kami yakin peluang perniagaan ternakan lintah ini bakal membuka cabang bisnes baru. Yang menariknya ia hanya terbuka kepada kaum bumiputera tanpa mengira status ekonomi mereka. Apatah lagi, industri ini masih baru diterokai.

Kontrak lima tahun yang ditawarkan akan memberi peluang kepada pengusaha mendapatkan jaminan pasaran tetap. Malah sekiranya ada kerjasama daripada semua pengusaha, tidak mustahil kita mampu bersaing di peringkat dunia.

Bagaimanakah ia dilaksanakan dan apakah harapan saudara menerusi projek ini?

ASMADI: Kami mengutamakan kualiti produk sama ada dari aspek penternakan mahupun pemakanan. Oleh itu, ASAS akan membuat pemantauan projek vendor bagi memastikan prosedur kolam yang betul.

Manakala bagi memastikan pengusaha lintah mudah melakukan urusan dengan pihak syarikat, maka para pengusaha akan dibahagikan mengikut zon; Pantai Timur, Selatan, Barat, Utara dan Malaysia Timur. Setiap zon mempunyai satu pusat pengumpulan hasil yang dilantik dan dijadikan sebagai tempat rujukan.

Sistem Ternakan Lintah Secara Terbuka (Kolam Tanah) yang diperkenalkan ini merupakan satu lagi bidang bioteknologi baru berkonsep Natural Farming. Ia bukan sahaja mengekalkan habitat asal lintah malah tidak mengganggu ekosistem alam semula jadi.

Secara keseluruhannya ASAS lebih mementingkan spec dan Standard of Procedur (SOP) yang betul dan sempurna dalam pembinaan kolam.

Untuk memulakan projek ternakan ini, kos infrastruktur dan operasi hanya sekitar RM50,000 bagi membina 10 kolam tanah. Manakala harga sekilogram lintah adalah RM60. Menariknya ia menghasilkan pulangan sebanyak RM60,000 dalam masa enam bulan.

Malah pembiayaan dana sebanyak RM50,000 kepada peserta yang layak di bawah Program Skim Rakan Niaga Tekun Nasional dengan ASAS turut menjadi faktor tarikan dan wajar diambil peluang keemasan ini.

Peserta tidak perlu bimbang kerana, mereka ada dimantapkan dengan penyediaan kursus dan latihan, praktikal setiap bulan agar industri ini lebih sistematik dan mempunyai status ternakan antarabangsa (GAP).

Di samping itu, sasaran kami untuk tahun 2008 iaitu mencapai sasaran pembekal seramai 1,000 orang dengan 10,000 kolam lintah di Malaysia menjelang 2009.

Harapan saya, agar orang ramai tidak melepaskan peluang keemasan ini. Mereka yang berminat, bolehlah menyertai kursus ternalan lintah yang akan diadakan pada 5 dan 6 April ini.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi 03-9080 1678 (pejabat), Nasrudin di talian 012- 640 4084 atau 019-301 0881 (Razimi). Orang ramai juga boleh melayari lawam web syarikat di www.artsoulistagrotech.com.my

...
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #5 (permalink)  
Old 04-23-2008, 05:45 PM
Apprentice
Join Date: Apr 2008
Location: Johore
Posts: 72
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
norbaha is on a distinguished road
Default
kalau saya diberi pilihan.. hmm.... ternak lintah lah rasanya....

tapi cacing pun lumayan jugakkan...
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #6 (permalink)  
Old 04-23-2008, 07:22 PM
Apprentice
Join Date: Apr 2008
Posts: 53
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
Din PUSHPIAM is on a distinguished road
Default
Dgn keluasan tanah 1/2 ekar ianya sesuai utk didirikan rumah burung layang-layang yg mana pulangannya lumayan dan boleh di warisi.

Utk penerangan lebih lanjut boleh emel kpd saya
mohamad_tajudin@jabil.com
013-5088275
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #7 (permalink)  
Old 04-23-2008, 08:24 PM
Mentors

Join Date: Sep 2006
Location: Kebun
Posts: 1,265
Thanks: 1
Thanked 2 Times in 2 Posts
uchop is on a distinguished road
Default
aku dengar selalunya bila ASAS buat kursus, peserta asik bertegang urat sama diaorg..
kolam di langat khabarnya indah kabar dari rupa..
artsoulis juga umpama lebih berminat buat duit dari kursus...

cuba pastikan kesahihan dulu..
__________________
Blog : http://oblongburger.blogspot.com Fesbuk: Yusof Ishak Skype: yusof.ishak YM: U'cHoP
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #8 (permalink)  
Old 04-23-2008, 09:08 PM
ulamraja's Avatar
Near-Enthusiast
Join Date: Dec 2007
Location: Ipoh Perak
Posts: 804
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
ulamraja is on a distinguished road
Default
Ntah la....

Aku malas nak komen pasal artsoulis nie...
Mcm2 cita aku dengar...

-LU PIKIR LA SENDIRI-
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #9 (permalink)  
Old 04-24-2008, 08:47 AM
Apprentice
Join Date: Jan 2008
Posts: 72
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
Man Herba is on a distinguished road
Default
Masa aku kursus perniagaan dulu ramai gak yang aku jumpa mereka yang berminat / tengah usahakan cacing dan lintah.
Aku taklah sebab tak larat nak kejar semua.
Aku nasihatkan pada mereka2 yang seangkatan dengannya buatlah penyelidikan sendiri dulu.Jangan dengar cakap2 orang.
Buat kajian pasaran , permintaan , harga , produk yang boleh dikeluarkan dan kesesuaian anda dengan projek itu.
Jangan nanti lintah dah gemuk macam belut dan baja dari cacing dah tinggi menggunung tapi tak tahu nak jual / buat produk.
Perkara penting yang perlu ada sebelum kita bergiat dalam perniagaan ialah :
1.Ilmu
2.Pasaran
3.Modal
Tak ada ilmu , tak tau nak uruskannya nanti
Tak ada pasaran , guna sendirilah gamaknya
Tak ada modal , setakat bela 1kg dua bila nak untung
Bermula dengan modal kecil kerana risiko juga kecil.
Bermula dengan modal besar dengan harapan keuntungan besar maka risiko juga besar.
Jadi cuba round satu Malaya ni dan cari sekurangnya 10 pengusaha yang dah berjaya.
Dulu aku ada gak dengar ceramah vanilla dan pokok jarak.
Dengar memang sedap tapi realitinya anda yang akan menghadapinya.Oleh itu buatlah persediaan sebelum bermula.Jangan bila dah mula baru nak cari itu ini ... lambat dah
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #10 (permalink)  
Old 04-25-2008, 04:26 AM
Just Hatched
Join Date: Apr 2008
Posts: 37
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
khairizha is on a distinguished road
Default
salam...saya mencelah sedikit..sebenarnya saya juga pernah mengalami dilema yang sama...ada tanah orang tua dan pening memikirkan mana satu yang paling lumayan pulangannya..dan benda yang bermain2 dalam fikiran termasuklah dua yang saudara katakan tadi cacing atau lintah.....saya sokong dengan beberapa pendapat yang diberikan..apa2 hal pon kita kena kaji dulu...dan itu yang saya buat sekarang..saya takmau cakap banyak tapi saya rasa elok kalau kita kaji dulu tentang pasarannya...masa kita sesuai atau tidak...modal kita sesuai atau tidak..bagaimana risiko...apa masalah yang akan dihadapi...sebab bila kita betul2 buat research baru kita tau sebenarnya kadang2 pilihan pertama kita tu tak sesuai dengan kita....macam yang terjadi kat saya..

ini cuma pendapat saya...
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
Advertisement
Reply

Bookmarks


Currently Active Users Viewing This Thread: 1 (0 members and 1 guests)
 
Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is On
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On


Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
satu kematian yang biasa2 aje mamamillionaire Islam Talk 29 06-20-2009 06:41 PM
banyak brocer camna nak dpt duit-mana satu pembohong lempuk General Discussion 1 03-01-2009 12:34 PM
Balance Transfer: Yg mana satu ada hadiah menarik ek? meorsalimi Credit Management | Loan 1 01-20-2009 02:26 PM
Workshop Bisnes Internet - MANA SATU NAK JOIN? mintanasihat Internet | IT Based Business 15 03-11-2008 02:56 AM


Disclaimer: Bicarajutawan.com does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give or offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion.All posts made by either members or mods even admins on Bicarajutawan.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of Bicarajutawan.com or it's owner.YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE.

no new posts