Fundamental Analysis Perbincangan mengenai analisis asas

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #11 (permalink)  
Old 02-28-2008, 02:53 PM
Just Hatched
Join Date: Jan 2008
Posts: 21
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
sfc.securities is on a distinguished road
Lightbulb ...ebook asas saham Maybank2u
Kepada Puan Melisa dari Terenganu (yang PM saya), masalah puan tidak boleh download ebook Asas Saham dari bursacourse.blogspot.com adalah kerana masalah rapidshare bukan berpunca dari pihak kami. Rapidshare mempunyai had download untuk FREE user.



Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
Sponsored Links
  #12 (permalink)  
Old 02-29-2008, 03:43 PM
Just Hatched
Join Date: Jan 2008
Posts: 21
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
sfc.securities is on a distinguished road
Lightbulb Apakah Tempoh Masa Pelaburan Anda?
Adakah anda tahu sama ada anda adalah pelabur jangka pendek, jangka sederhana atau jangka panjang? Apakah definisi umum bagi tiga tempoh masa ini? Biasanya, tempoh masa pelaburan merujuk kepada jangka masa sesuatu pelaburan itu dipegang sebelum dijual bagi penukaran tunai (pencairan). Tempoh masa itu mungkin satu minit bagi pedagang harian, atau beberapa dekad bagi pelabur yang membeli saham dan memegangnya. Apakah tempoh masa yang betul? Sebenarnya, tiada jangka masa yang “betul” atau “salah” bagi pelaburan – ia bergantung kepada objektif dan matlamat pelaburan pelabur serta tahap toleransinya terhadap risiko, iaitu berapa banyak risiko yang bersedia diambilnya.

Oleh kerana setiap pelabur boleh mendefinisikan tempoh masa pelaburannya dalam pelbagai cara, mari kita lihat definisi umum mengenai jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi pelaburan.

Tempoh masa
Biasanya, tempoh masa pelaburan boleh diklasifikasikan sebagai–

jangka masa pendek – satu hingga tiga tahun
jangka masa sederhana – tiga hingga lima tahun
jangka masa panjang – lebih daripada lima tahun.
Mengapa anda perlu mengetahuinya?

Mengetahui tempoh masa anda amat penting kerana ini dapat membantu anda dalam perancangan pelaburan, umpamanya memilih produk pelaburan yang sesuai, memantau prestasi pelaburan tersebut dan lebih penting lagi, mengurus risiko pelaburan. Anda juga mampu melabur dengan lebih agresif jika anda mempunyai tempoh masa pelaburan yang panjang. Misalannya, seseorang yang berusia 25 tahun dan baru memulakan kerjaya boleh melabur dalam produk pelaburan yang lebih mudah turun naik atau berisiko memandangkan dia mempunyai jangka masa yang lebih panjang untuk membuat pengubahsuaian yang perlu jika pelaburan itu mengalami kerugian. Tetapi, seseorang yang hampir bersara secara umumnya patut lebih konservatif dan mengambil jalan yang kurang berisiko memandangkan dia tidak mempunyai banyak masa untuk membuat pengubahsuaian sekiranya pelaburannya tidak berjalan sebagaimana yang diharapkan.

Bagaimanapun, umur tidak harus menjadi satu-satunya faktor dalam menentukan tempoh masa pelaburan anda. Faktor lain seperti toleransi terhadap risiko, objektif pelaburan, jangkaan pulangan dan juga bila anda memerlukan pelaburan atau wang itu, harus juga diambil kira. Misalannya, seorang yang berusia 30 tahun menyimpan wang untuk bayaran pendahuluan membeli rumah dan dia merancang untuk membeli rumah dalam masa setahun. Disebabkan jangka masa yang pendek, dia perlu berhati-hati dan melabur secara lebih konservatif kerana dia hanya ada sedikit masa untuk membetulkan pelaburannya sekiranya mengalami kerugian. Oleh kerana mempunyai matlamat jangka pendek, dia tidak boleh melabur dalam produk berisiko walau pun masih lama lagi masanya sebelum tiba tempoh bersara.

Sebagai pelabur bijak, penting bagi anda menimbangkan dan menentukan batas masa pelaburan anda sebelum melabur. Tetapi janganlah sampai ia tidak boleh diubah kerana batas masa yang dibuat perlu fleksibel supaya dapat disesuaikan dengan keadaan sekiranya pelaburan anda tidak bergerak sebagaimana yang dijangkakan. Dalam situasi ini, anda mesti sentiasa bersedia menukar batas masa pelaburan dan menentukannya mengikut kepentingan anda.



Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #13 (permalink)  
Old 03-01-2008, 03:16 PM
Just Hatched
Join Date: Jan 2008
Posts: 21
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
sfc.securities is on a distinguished road
Thumbs up Pelaburan Taruhan Tinggi - Option
Pelabur yang melabur dalam niaga hadapan dan opsyen berurusan dengan dunia pelaburan yang berbeza daripada saham, bon ataupun unit amanah. Ia merupakan pasaran khusus yang persaingannya lebih pantas dan lebih tinggi risikonya. Jika membeli saham, pelabur masih boleh melihat dahulu arah aliran sahamnya, tetapi dalam niaga hadapan, pelabur perlu sentiasa mengawasi harga kerana dia boleh kerugian atau memperoleh keuntungan dalam masa singkat. Niaga hadapan dan opsyen bukan untuk pelabur amatur; malah mereka yang berpengetahuan luas dalam bidang saham dan sentiasa berurus niaga turut mengalami kerugian.
Yang penting ialah memahami sepenuhnya risiko dan tanggungan kewangan yang akan dihadapi dalam dagangan niaga hadapan dan opsyen sebelum anda memikirkan untuk menyertai pelaburan ini. Kerumitan niaga hadapan dan opsyen tidak dapat diterangkan sepenuhnya di sini, maka kami berikan penerangan secara ringkas tentang instrumen ini.

Niaga hadapan dan opsyen merupakan instrumen derivatif asas. Nilainya bergantung kepada nilai aset sandaran seperti saham biasa, bon, indeks, mata wang atau komoditi, misalnya minyak kelapa sawit mentah, getah, koko dan timah. Ia sering digunakan oleh pelabur untuk mengurus risiko atau melindung nilai bagi menjaga pelaburan mereka dalam jangkaan arah pasaran niaga hadapan. Spekulator juga berurus niaga dalam pasaran niaga hadapan dan cuba mendapat keuntungan dengan membeli niaga hadapan pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi. Spekulator penting kerana mereka memberikan kecairan dalam pasaran dan peluang untuk urus niaga berterusan.

Kontrak Hadapan
Apabila perjanjian jual beli aset pada harga dipersetujui dan tarikh ditentukan dibuat secara persendirian antara dua pihak, ia diistilahkan sebagai kontrak hadapan. Sebagai contoh, syarikat penapis minyak sawit mentah memerlukan 1,000 tan minyak sawit mentah dalam masa enam bulan. Kemudian mendapat pengeluar minyak sawit yang bersetuju menjual 1,000 tan pada tarikh dan harga yang ditentukan, dalam masa enam bulan. Perjanjian antara kedua-dua pihak itu ialah kontrak hadapan.

Oleh itu, kontrak hadapan tidak standard, maknanya asalkan harga dan tarikh ditetapkan dipersetujui antara kedua-dua pihak, mereka boleh membentuk kontrak hadapan dalam mana-mana komoditi. Bentuk persetujuan urus niaga persendirian sedemikian dibuat di kaunter (over-the-counter - OTC) berbanding dengan pembelian dan penjualan kontrak hadapan di bursa.

Kontrak Niaga hadapan
Kontrak niaga hadapan sama seperti kontrak hadapan iaitu perjanjian antara pembeli dan penjual dalam pertukaran jumlah tunai yang ditetapkan bagi sesuatu aset pada tarikh masa hadapan. Tetapi tidak seperti kontrak hadapan, kontrak niaga hadapan didagangkan di bursa (Bursa Derivatif Malaysia) dan perjanjian adalah standard dengan spesifikasi kontrak menyatakan jumlah dan kualiti barang sebenar yang akan dibeli atau dijual pada harga dan tarikh hadapan yang ditetapkan. Kontrak tidak dibuat secara persendirian tetapi secara umum supaya sesiapa sahaja boleh menyertai urus niaga tersebut.

Setiap kontrak niaga hadapan mempunyai tarikh luput, iaitu hari terakhir dalam bulan urus niaga kontrak itu. Pada hari itu, mana-mana kedudukan niaga hadapan yang terbuka untuk urus niaga (iaitu tidak ditutup - maknanya diimbangi - oleh transaksi bertentangan) akan dipanggil bagi serahan fizikal atau penjelasan tunai. Selepas tarikh luput, kontrak niaga hadapan tidak akan wujud.

Justeru, apabila anda membeli kontrak niaga hadapan, ia memerlukan anda menerima serahan tersebut - atau membuat serahan sekiranya anda menjual kontrak tersebut - kecuali kedudukan niaga hadapan anda tertutup. Walau bagaimanapun lazimnya pertukaran serahan tidak berlaku dan kedudukan niaga hadapan, ditutup atau dijual semula sebelum tarikh luput. Ini kerana tujuan utama dagangan niaga hadapan bukan untuk membeli atau menjual barang atau instrumen kewangan tetapi untuk mengurus risiko perubahan harga bagi melindung nilai; dan bagi spekulator pula, supaya mereka mendapat keuntungan daripada perubahan harga tersebut.

Sambil harga pasaran barangan niaga hadapan turun naik semasa tempoh kontrak, perbezaan timbul antara harga kontrak dan harga pasaran, jadi kontrak niaga hadapan menunjukkan nilai untung atau rugi. Kebanyakan peniaga iaitu pelindung nilai dan spekulator, akan menutup kontrak dengan mengambil kedudukan bertentangan, apabila merasakan nilai kontrak telah meningkat atau jatuh mengikut kepentingan mereka. Jika peniaga membeli kontrak niaga hadapan, dia akan menjualnya untuk menutup kontrak apabila harga naik. Sebaliknya, jika peniaga menjual kontrak niaga hadapan, dia akan membelinya balik untuk menutup kontrak apabila harga turun. Pasaran niaga hadapan bertindak sebagai mekanisme pengalih risiko, membolehkan mereka yang terdedah kepada risiko mengalihkannya kepada orang lain.

Daya penarik dagangan niaga hadapan ialah anda tidak memerlukan banyak wang untuk memulakannya. Anda diwajibkan meletak satu jumlah peratusan daripada nilai kontrak iaitu berdagang berdasarkan margin. Jika harganya bergerak mengikut kemahuan anda, anda berhak memperoleh keuntungan yang dikira daripada keseluruhan nilai kontrak. Sekiranya pergerakan harga sebaliknya, kerugian anda turut dikira daripada keseluruhan nilai kontrak. Oleh itu, niaga hadapan membolehkan anda mengawal sejumlah besar produk tanpa membayar wang pendahuluan yang banyak, inilah pelaburan taruhan tinggi. Bagi sejumlah kecil wang, anda boleh memperoleh - atau kehilangan - wang dalam beberapa minit.

Opsyen
Opsyen memberi pembeli/pemegangnya hak, tetapi bukan kewajipan untuk membeli atau menjual aset tertentu pada harga tertentu (harga laksana), pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan daripada penjual, dan pembeli membayar premium. (Ini mengehadkan potensi kerugian pembeli dalam pasaran opsyen bagi jumlah premiumnya.) Opsyen yang memberikan pembeli hak untuk membeli dikenali sebagai opsyen beli. Opsyen yang memberikan pembeli hak untuk menjual dikenali sebagai opsyen jual. Penjual opsyen mempunyai liabiliti bersyarat atau kewajipan, yang dijalankan jika pembeli melaksanakan haknya.

Untuk memahami pergerakan opsyen, di sini kami berikan contoh yang tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan untuk berurus niaga dalam opsyen, tetapi hanya bertujuan untuk memberi gambaran sahaja.

Pertama, opsyen beli. Andaikan bahawa anda membeli opsyen beli sebanyak RM2 premium satu saham dengan harga laksana sebanyak RM30 satu saham bagi 1,000 saham Syarikat XXX. Oleh itu, opsyen anda berharga RM2,000 (RM2 x 1,000 saham). Ini bermakna anda telah membeli hak untuk membeli 1,000 saham XXX sebanyak RM30 satu saham sehingga tarikh luput.

Sekarang, oleh sebab anda memiliki opsyen beli, anda mahu harga saham XXX naik lebih tinggi daripada RM30 supaya anda mendapat untung. Andaikan bahawa harganya naik hingga RM40. Harga opsyen boleh melambung naik daripada RM2 kepada RM10. Apabila ini berlaku, opsyen anda mendapat keuntungan, kerana harga saham RM40 lebih tinggi daripada harga laksana anda iaitu RM30.

Terdapat dua cara untuk anda mendapat untung. Pertama, anda boleh laksanakan opsyen anda, iaitu anda boleh tunaikan hak anda untuk membeli 1,000 saham XXX daripada penjual opsyen anda dan membayar RM30,000. Kemudian anda menjual 1,000 saham itu pada harga pasaran sebanyak RM40 dan keuntungan anda ialah: RM40,000 ditolak dengan RM30,000 sama dengan RM10,000, tolak premium anda RM2,000 sama dengan RM8,000.

bersambung...




Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #14 (permalink)  
Old 03-01-2008, 03:18 PM
Just Hatched
Join Date: Jan 2008
Posts: 21
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
sfc.securities is on a distinguished road
Lightbulb Pelaburan Taruhan Tinggi - Option 2
.....Atau kedua, anda tidak laksanakan opsyen anda tetapi sebaliknya menjual hak anda untuk membeli 1,000 saham XXX. Anda boleh menjual opsyen anda RM10 satu saham dan menerima RM10,000. Keuntungan anda ialah: RM10,000 tolak premium RM2,000 sama dengan RM8,000.

Pilih salah satu cara ini dan keputusannya masih sama (keuntungan sebanyak RM8,000), tetapi lebih mudah menjual opsyen anda. Ia bergantung kepada cara mana yang ingin anda gunakan, walaupun biasanya pelabur tidak melaksanakan opsyen mereka untuk membeli sekuriti.

Jika harga saham XXX tidak meningkat lebih daripada harga laksana anda (sebanyak RM30), opsyen anda akan dianggap rugi dan apabila tarikh luput tiba, opsyen anda luput tanpa nilai serta anda rugi semua wang pelaburan, iaitu premium anda sebanyak RM2,000.

Opsyen jual. Pelabur membeli opsyen jual untuk melindungi portfolio pelaburan mereka daripada risiko sampingan, atau untuk mendapat keuntungan dengan mengharap pasaran sekuriti sandaran akan menjunam.

Sebagai contoh, katakan satu ketika dahulu anda telah membeli 1,000 saham Syarikat YYY pada RM10 satu saham. Harganya sekarang meningkat kepada RM15 tetapi anda menjangka bahawa harga saham akan jatuh menjunam beberapa bulan kemudian. Bagaimanapun anda tidak mahu menjual saham anda kerana anda fikir kejatuhan itu hanyalah untuk jangka pendek, tetapi anda perlu melindungi pelaburan anda daripada kemerosotan. Jadi, anda boleh mengambil jalan keluar dengan membeli opsyen.

Katakan harga YYY mula merosot kepada RM12. Anda membeli opsyen jual sebanyak 1,000 saham YYY dengan harga laksana RM10. Jika harga saham YYY terus jatuh sebelum tarikh luput opsyen anda, anda boleh melaksanakan hak anda untuk menjual saham YYY pada harga RM10 satu saham, tidak mengira takat mana kejatuhan harga pasaran. Atau anda boleh memegang saham YYY dan menutup kedudukan anda dengan menjual opsyen jual anda. Selagi harga saham YYY jatuh bawah RM10, anda akan mendapat keuntungan kerana opsyen jual anda sedang untung. Ingat bahawa harga laksana anda ialah RM10. Tetapi jika harga pasaran meningkat, opsyen jual anda mungkin mengalami kerugian dan opsyen anda akan luput tanpa nilai dan anda kehilangan premium yang dibayar untuk membeli opsyen jual.

Terdapat opsyen cara Amerika dan cara Eropah. Cara Amerika boleh dilaksanakan oleh pembeli pada bila-bila masa daripada tarikh membeli hingga (dan termasuk) tarikh luput. Opsyen cara Eropah boleh dilaksanakan oleh pembeli hanya pada tarikh luput yang ditetapkan.

Pada 1 Disember 2001, Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) melancarkan opsyen pertama negara, indeks opsyen saham pada Komposit BSKL yang didagangkan dengan cara Eropah.

Tahun lepas, KLOFFE bergabung dengan COMMEX (Bursa Komoditi dan Wang Malaysia) untuk membentuk MDEX (Bursa Derivatif Malaysia). MDEX kini menawarkan urus niaga dalam empat derivatif: kontrak niaga hadapan Komposit Indeks BSKL, kontrak niaga hadapan minyak kelapa sawit mentah, kontrak niaga hadapan KLIBOR dan kontrak opsyen komposit BSKL.


Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #15 (permalink)  
Old 03-03-2008, 02:19 PM
Just Hatched
Join Date: Jan 2008
Posts: 21
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
sfc.securities is on a distinguished road
Lightbulb Warant...
Waran diniagakan dengan aktif oleh pelabur biasa kerana harganya yang agak murah. Tetapi adakah semua pelabur tahu nilai sebenar sesuatu waran, dan sekiranya anda tidak melaksanakan hak anda, waran menjadi tidak bernilai selepas tempoh yang ditentukan tamat? Sekiranya anda tidak tahu, inilah masa untuk anda mengetahui apakah erti pelaburan waran.

---------------------

Nilai Waran
Hak langganan boleh pindah (Transferable subscription rights - TSR) atau kini lebih dikenali sebagai waran, memberi pemegangnya hak tetapi bukan kewajipan, untuk melanggan saham biasa baru pada harga laksana pratentu dalam tempoh masa tertentu (tempoh laksana). Waran tidak bernilai lagi selepas tamat tempoh masa laksana.
Oleh itu, waran ialah satu bentuk opsyen panggilan.
Apabila membeli waran, bayaran yang dijelaskan biasanya lebih rendah daripada saham atau komoditi yang diliputinya dan ia memerlukan modal yang sedikit berbanding membeli instrumen secara langsung. Waran kemudian memberi anda hak untuk membeli instrumen dasar pada harga yang telah dipersetujui dalam tempoh masa laksana.

Sebagai contoh, apabila anda membeli waran untuk saham sesebuah syarikat, anda membayar harga waran (misalnya RM0.50 satu unit), yang biasanya lebih rendah daripada harga saham. Dalam tempoh laksana, waran memberi anda hak untuk melanggan saham pada harga tetap, misalnya RM2 bagi setiap saham. Jika harga pasaran saham naik lebih daripada RM2, anda boleh memutuskan untuk melaksanakan hak anda dengan membeli saham pada harga yang dipersetujui iaitu RM2.

Sekiranya keadaan yang sebaliknya berlaku, iaitu harga instrumen dasar atau saham seperti yang terdapat dalam contoh di atas jatuh bawah paras RM2, anda boleh membuat keputusan untuk tidak melaksanakan hak anda untuk melanggan saham tersebut pada harga RM2. Ia tidak lagi menguntungkan kerana anda boleh membelinya terus daripada pasaran pada harga yang lebih rendah daripada RM2. (Contoh yang diberi hanya sebagai gambaran dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan untuk membeli atau menjual waran).

Ingatlah bahawa waran tidak bernilai lagi selepas tamat tempoh laksana.
Mengapa syarikat menerbitkan waran? Waran sering diterbitkan bersama-sama sekuriti hutang (khususnya bon) secara pakej. Waran diceraikan daripada bon dan diniagakan secara berasingan. Syarikat yang memulakan projek yang mengambil lebih banyak masa sebelum mendapat untung biasanya memilih untuk menerbitkan pakej sedemikian. Dengan berbuat demikian mereka boleh mendapat modal permulaan daripada jualan hutang (bon), dan kemudiannya daripada jualan waran yang hampir kepada tarikh luput. Penjualan waran itu disamakan dengan masa apabila perolehan keuntungan daripada projek jangka panjang itu mula diperoleh supaya saham tambahan yang diterbitkan untuk waran itu dapat disokong oleh perolehan tinggi.



Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #16 (permalink)  
Old 03-04-2008, 02:34 PM
Just Hatched
Join Date: Jan 2008
Posts: 21
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
sfc.securities is on a distinguished road
Lightbulb Bon...
Pelabur biasa tidak begitu tahu mengenai bon sebagai pilihan pelaburan kerana bon diniagakan secara besar-besaran oleh pelabur institusi. Bagaimanapun, dengan wujudnya dana bon, pelabur individu boleh melabur dalam bon. Pelabur perlu belajar tentang bon kerana ia merupakan alternatif lebih selamat berbanding dengan pelaburan saham. Kami kemukakan di sini soalan yang sering ditanya tentang bon.

----------------------


Bon merupakan produk pelaburan yang kurang dikenali kerana dibayangi oleh stok dan saham yang lebih terkenal, serta unit amanah yang sedang meningkat naik. Walau bagaimanapun, bon memainkan peranan penting dalam membiayai pembangunan negara. Ia memberi satu ruang alternatif kepada syarikat untuk menjana modal. Pasaran bon yang matang memainkan peranan penting dalam menstabilkan sistem kewangan sesebuah negara

secara keseluruhannya. Dalam kebanyakan negara membangun, pasaran pemodalan bagi pasaran bon adalah lebih besar daripada pasaran saham.

Bon sesuai untuk meningkatkan modal bagi pembiayaan projek pembangunan jangka panjang, dan digunakan untuk membantu memulihkan Malaysia daripada krisis kewangan Asia. Sejak kebelakangan ini, banyak usaha telah dipelopori oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mempercepatkan pembangunan pasaran bon dan menggalakkan penggunaan bon sebagai pilihan aset kepada pelabur, juga sebagai pilihan pembiayaan bagi peminjam modal.

Undang-undang sekuriti telah dipinda untuk memudahkan pembangunan pasaran bon yang semakin berkembang secara berperingkat-peringkat. Sepanjang 10 tahun, pasaran bon telah berkembang luas dari segi aktiviti dagangan dalam pasaran sekunder dan kecairan pasaran.



Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #17 (permalink)  
Old 03-07-2008, 01:20 PM
Pakdi's Avatar
Founder
Join Date: Jan 2006
Location: Selangor, Malaysia
Posts: 2,391
Thanks: 0
Thanked 5 Times in 0 Posts
Pakdi has disabled reputation
Default
La. copy paste aje ke dari website pelabur malaysia? harap dapat beritahu copyright dan sumber.

http://min.com.my/bm/html/produkpelaburan.html

sdr ni orang SIDC kah?
__________________


Quality Content Needed: Pihak admin akan meneliti setiap thread untuk memastikan hanya perbincangan berkualiti sahaja akan dikekalkan di dalam forum. Semoga semua ahli forum dapat mengekalkan perbincangan berkualiti.

Sila tanya di forum: Jangan pm saya soalan-soalan mengenai pelaburan / perniagaan. Sila tanya soalan-soalan anda di forum kerana di forum ramai yang boleh mendapat manfaat daripada soalan anda tersebut.
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #18 (permalink)  
Old 03-07-2008, 03:30 PM
Just Hatched
Join Date: Dec 2007
Posts: 7
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
atilia is on a distinguished road
Talking
nampaknya ramai ler remisier yang tak boleh cari makan
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #19 (permalink)  
Old 03-20-2008, 02:06 AM
Just Hatched
Join Date: Nov 2006
Posts: 35
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
abahfateh is on a distinguished road
Smile
ada tak buku / source bagi 'Saham' for dummies..."?

ask stupid question to get good answer.
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
Advertisement
Reply

Bookmarks


Currently Active Users Viewing This Thread: 1 (0 members and 1 guests)
 
Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is On
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On


Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Saham - saham pilihan mat403 Stock Pick 24 11-10-2009 09:24 AM
asas MLM ali76 MLM | Network Marketing 0 08-13-2009 04:44 PM
Asas aeroponik abixpert Crops 61 12-14-2008 06:13 PM
Amanah Saham: ASB v Amanah Saham Swasta Pakdi Unit Trust 90 07-11-2008 10:38 PM
Teknik Asas Bermain Saham 1 sfc.securities General Discussion 9 05-14-2008 01:30 PM


Disclaimer: Bicarajutawan.com does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give or offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion.All posts made by either members or mods even admins on Bicarajutawan.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of Bicarajutawan.com or it's owner.YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE.

no new posts