Hi,
Saya mempunyai tanah seluas 1 ekar di tengah bandaraya Melaka. Saya masih mencari alternatif untuk bangunkan tanah saya dan mendapatkan hasil darinya. Ada sesiapa yg punyai idea untuk tujuan ini? Adakah baik untuk disewakan atau dijual terus? Pandangan dan idea anda dialu alukan. Investor amat di alu alukan juga. Terima kasih
Quote:
Tahniah kerana anda mempunyai keinginan untuk memajukan diri melalui harta yang telah sedia dipegang. Anda boleh buat 1001 projek di atas tanah anda tetapi saya tidak mengesyorkan penjualan tanah anda sebab, di dunia ini hanya ada 2 harta sahaja yang benar-benar bernilai iaitu Tanah dan Emas. Saya mengesyorkan anda untuk menyewakan tanah (sublease) kepada mana-mana orang perseorangan ataupun mana-mana syarikat untuk 1001 projek. Dengan pajakan kecil (sublease) ini, anda tidak hilang tanah sebaliknya masih memilikinya dan dapat mewariskannya kepada ana-anak anda. Sebaliknya, jika anda menjualnya, benar, anda dapat duit darinya tetapi percayalah, sukar untuk anda mendapatkan kembali tanah yang sama besar dengan tanah yang anda jual apatah lagi untuk diwariskan kepada ana-anak anda. Walau bagaimanapun, alternatifnya jika anda masih berhajat hendak menjual tanah berkenaan, pilihlah emas sebagai ganti kerana emas menyimpan nilai, boleh dicairkan bila-bila masa, di mana sahaja, kepada sesiapa sahaja dan dalam apa-apa matawang yang diingini. Saya ingin mencadangkan jika anda mahu, gunakanlah tanah tersebut sebagai collateral security untuk pinjaman sejumlah wang (kalau boleh semaksimum yang mungkin). Dengan cash yang ada, belilah emas. Tetapi bukan emas wafer sebaliknya gelang emas atau cincin emas yang kandungan emasnya tidak kurang daripada 85% emas (dalam ertikata lain, belilah emas 999 atau 950 atau 916) sebab inilah jenis emas yang mudah dicairkan dan menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang. Setelah emas dibeli, langkah selanjutnya ialah gadaikan di Bank Rakyat. Dengan pinjaman sebanyak 65%, cash yang dibekalkan oleh Bank Rakyat itu pula gunakanlah untuk pelaburan jangkamasa pendek yang boleh memberi pulangan setiap bulan. Carilah Private Investment yang boleh memberikan pulangan 10%-15% sebulan. Pendapatan yang diperoleh daripada private investment tadi, gunakanlah sebahagiannya untuk membayar hutang gadaian tanah, sebahagian simpan untuk beli emas baru dan sebahagiannya pula untuk belanja harian. Cukup tempoh 6 bulan, anda boleh buat opsyen samada tebus emas yang digadai ataupun re-finance. Jika ada kelapangan, lawatilah blog saya di Geng Bujang Komuniti Emas - Blog Pengumpul Emas Geng Bujang.
Quote:
bukan yang ini kan ? Emas Bagi Contoh...at least clear jugak utk dia pertimbangkan. Perunding Hartanah Lelong
Barang kemas tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan kerana harga lebih mahal kerana caj pembuatan barang kemas tersebut.
Emas bar dan syiling lebih sesuai walaupun Bank Rakyat tidak lagi menerima emas jenis tsbt sebagai gadaian, tetapi Agro bank menerimanya dengan upah simpannya yang terendah dari mana2 skim ar-rahnu yg lain. Untuk mendapat ilmu tentang emas ini bolehlah lawati laman web jutawan emas oleh En Syukur.
Sekiranya anda mempunyai tanah seluas 1 ek di tengah2 bandaraya, anda bolehlah JV dengan mana2 kontraktor untuk membuat rumah, kemudian anda bolehlah dapatkan beberapa buah rumah berdasarkan harga tanah anda itu.
Rumah2 tersebut boleh disewakan atau jual terpulang pada anda. Tapi bagi saya lebih baik disewakan.
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||