Sdr/sdri,
Terima kasih kerana bertanya...just nak intro jer dulu as a new member... ![]() Begini kisahnya.... 1) Arwah sedara saya (A) ada menjualkan tanah felcranya pada org lain (B) tanpa pengetahuan felcra dan keluarga. Waris2nya hanya mengetahui perkara ini selepas kematiannya baru2 ini. 2) Perjanjian jual beli ada di buat di antara penjual (A) dan pembeli (B). Tempoh penyelesaian adalah 3 bulan dari tarikh Surat Kebenaran Pindahnilik diperolehi. Perjanjian itu di buat 3 tahun yang lalu. 3) Selepas diselidik oleh waris2nya, di dapati bahawa :- i- B hanya menyerahkan deposit 10% dr jumlah yang dipersetujui dan baki 90% lagi tidak pernah di bayar lagi selepas itu. ii- Semasa tempoh perjanjian berjalan, A ada membuat permohonan felcra utk pindahmilik, tapi felcra x meluluskan permohonan itu. Tanah itu dipajakkan kepada A selama 99 tahun. iii- Perjanjian itu sehingga kini masih tertangguh kerana ketiadaan Surat Kebenaran Pindahmilik dari felcra. iv- B telah memasuki tanah tersebut selepas surat perjanjian di tandatangani (i.e. 4 tahun yang lalu) dan memungut hasil dari tanah tersebut tanpa memberi apa2 imbuhan kepada pihak A sehingga hari ini. iv-B telah memasukkan kaveat persendirian terhadap tanah tersebut sehingga urusan pindahmilik itu selesai. 4) Apabila waris2 A mengetahui mengenai hal ini, mereka ingin menuntut agar tanah itu di kembalikan kepada mereka dan bersedia memulangkan jumlah yang telah di bayar kepada B. Rundingan secara bersemuka telah di adakan dengan B, namun B berkeras bahawa pihak waris A tidak boleh mengambil semula tanah itu tanpa kebenaran dari pihak B. Soalan :- 1) Benarkah tanah felcra boleh di pindahmilik selama dalam tempoh pajakan? 2) Apakah kedudukan pihak waris A dalam hal jualbeli tanah ini? Adakah dia berhak untuk menamatkan perjanjian yang telah dibuat oleh A selepas kematian A? Jika boleh, apakah langkah2 dar segi undang2 yang boleh di buat untuk menuntut kembali tanah tersebut. 3) Apakah hak-hak pihak waris A dan pihak B dalam hal ini? Terima kasih atas segala pandangan dan nasihat. rgds, daun_hijau08
daun_hijau08m,
bagus awak rujuk balik perjanjian asal felcra ngan bapa awak. kat situ biasanya ada tertertulis segala peraturan & undang2. biasanya perjanjan yg seterusnya, adalah termaktub pd perjanjian yg asal. itu pandangan saya la yg x reti undang2 nie la...
__________________
adli azamin Pengumuman: TRADE ZONE Diharapkan forumer yang ingin mengiklankan promosi Hari Raya, sila poskan di sub topik JUALAN HARI RAYA AIDILFITRI. Mana-mana thread yang diposkan diluar, maka thread tersebut akan dipadam. Harap Maklum.
salam...
kalu ada perjanjian dan peguam.... rujuk perjanjian jualbeli tu dan peguam yg buat perjanjian jual beli tu... biasanya: perjanjian letak syarat kena dapatkan kebenaran jual/pindahmilik pihak berkuasa, dlm hal ni Felcra/pej. tanah.... dan kebenaran pindahmilik tu pula kena mohon dlm tempoh tertentu...cth 6 bln + 3 bulan extension... tk dapat gak perjanjian batal... penjual kena pulangkan balik deposit... dan biasanya... selagi Penjual belum terima bayaran sepenuhnya.. pemilikan belum bertukar dgn kata lain pembeli belum boleh masuk tanah and ambil hasilnya.. ni yg biasanya la... lain kes lain jln cerita dan penyelesaiannya... jadi cari perjanjian jualbeli tu dan rujuk kepada peguam jualbeli tersebut... baru boleh tentukan apa keadaan skrng dan tindakan selanjutnya..
salam..
![]() aku pun ada masalah hampir sama, tp lain sikit. ada broker tanah offer aku beli tanah felcra, RM40k 3 ekar. dia cakap setahun boleh dapat hasil dalam 8k, bergantung harga sawit. Pokok sawit semua diurus oleh felcra.. tanam, potong buah, segala urusan... kita tnggu hasil jer. di bayar 3 kali setahun... Masalahnya, dia cakap geran tak dapat lg.. cuma ada perjanjian dengan peserta felcra pindah milik nama kita.. harap dapat beri pandangan.. betol ker, mmg ada ker mcm ni... aku takut kena tipu jer... terima kasih.
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||