Salam,
Saya mengkehendaki beberapa barang untuk ternakan udang galah saya. Benda ni kat Thaialnd memang berlambak, kat kedai runcit tepi jalan pun ada, tapi di Malaysia bukan begitu.. Saya nak cari: 1) BKC - Benzalkonium Chloride untuk antibacteria 2) Spirulina for aquaculture 3) Multivitamin for aquaculture Erm...maybe spirulina dan multivits ni ada kat kedai akuarium tp kuantiti sebegitu untuk hobi dan bukan aquaculture....kalo sesapa ada lubang mana nk cr pls help Thanks
ko nak buat pe??
__________________
salam,
bkc kalau 50% blh bli dari syndel, kalu 80% blh cari di siam. hiv pon ader di berikan percuma di sana sprlna hidup hanya di pakai 5 - 10 hari lepas tetasan kalau hidup, kalau nak supliment menggunakan yg kering lagi bagus. blh enriched dengan xxxxxx . sprlna blh di culture sendiri, ader 2 type 1 air masin 1 air tawar, gunakan air yg paling bersih, utk air masin parameter air amat penting utk develop, kalu utk feeder starter saya rasa adalah lebih baik gunakan nano, paramecium, infosuria etc. parameter amat mudah dan tak kompleks. lagipon dlm culture akan ada copepode yg berfaedah, ie rotifier etc . multivit beli di farmasi jenis liquid, kebykan supplier aqua masih blum kuar supplment ni kecuali vit c sahaja. beli jenis liquid senang nak dose. tentang penggunaan bkc adakah utk ikan yg di tetaskan sendiri atau stok benih ikan yang baru sampai? brapa hari umo ikan tu..
__________________
Support BJ Dengan menjadi BJ VIP acaibj@gmail.com Utk orang baru register diri anda di SINI Pada org tganu atau sewaktunya, check di google earth copy dan paste 5°27'15.49"N 103° 3'10.70"E , sesiapa ada info apa kebenda ni (pulau?) blh pm saya. tq
acai,
ok tq syndel ada rupanya. aku mmg pakai pond plus dr syndel utk control ammonia. ttg s[irulina and vits tu hanyalah idea aku sendiri untuk cmpur dlm pallet starter/ grower utk feeding, kasi supplement. Actually aku bela udg galah dan kat area aku ni ada expert udg galah dr thailand dia cakap pakai bkc untuk bunuh bakteria sebab udang aku ada masalah sikit...ko tau ke nak cr vit c utk akuakultur? kat farmasi ada jual bulk ker? mesti mahal...nak culture spirulina camner?? ko tau tak nak hijuakan kolam tanah pakai EM atau urea? aku pakai taik ayam jek, tp mamat siam tu kata nanti ada bakteria...
salam
ic. udang galah. taik ayam ok utk hijaukan air. phopsate tinggi. kebanyakan bacteria yang ada pd taik ayam tak merbahyakan, unless kalu dari contaminated. begitu juga dgn berbagai taik yg ada di pasaran. urea akan di convert menjadi nitrogen so kalau prior stocking check air kolam utk ammnonia sebab kehadiran ammonia walau sedikit udang akan mati. taik ayam memadai, urea hanya di gunakan utk buat culture air hijau khusus utk phytoplankton ie, chorrella, paramecium, infosuria. bila kolam di baja dengan taik ayam, pastikan aeration sampai ke bawah, kalu tidak gas h2s akan berkumpul. em adalah bacteria hetrotraph, yakni bacteria yang prosses organik, ie najis ikan, di lakukan oleh strain bacillus ie vitagen. so kalu kolam tanah di baja, kemudian di tambah em, proses decomposs/penguraian taik akan menjadi lebih cepat, yang terurai menjadi nitrogen dan phospate, so kolam lebih cepat hijau. maaf , saya kurang yakin dengan product berunsur nitrosomas dan nitrobacter. bacteria strain ini memerlukan makan - inorganik ie nh3/ phospate, memerlukan constant bekalan oxygen, dan carbon source - ie karbonate. rumahnya ialah biofilm berwarna coklat. dalam erti kata lain, tidak mudah nak simpan berterusan ;so bacteria + constant oxygen + karbornate + makanan (ammonia) so quite impossible nak mskkan dlm packing. to the best of my knowledge - concept storing bacteria ini pernah di cuba dan di kommersialkan, hasilnya flask 2 liter dengan tubing keluar, itu pon hanya mampu bertahan 15 hari sebelum semua bacteria tu mati. syndel adalah company besar, mungkin secara senyap2 mereka berjaya menghasilkan product tersebut. apa pon boleh di test kebersanannya. cari kolam manageable ie 10 x 10. msk ie ikan mati, selepas 1 hari start test utk ammonia, test lagi 3 hari. kalau detect ammonia, tulis reading utk hari 2 , 3, 4.tgk trend naik atau turun. hari ke 5 masukkan product tu. test lagi 3 hari, tghk pula trend ammonia, kalau dalam masa 4 hari ammonia turun sampai 0 sahih product tu memang seperti yang di tulis. bab kenapa kolam tanah ammonia susah nak di lupuskan; kolam yang ber pH 6.5 kebawah tidak mendapat manafaat dari strain bacteria ammonia/nitro. bacts tu perlukan carbonate utk makan ammonia. so sentiasa pastikan kolam ber ph 7.0 - 7.8 utk memanafaatkan bacteria ini. kolam hijau juga bagus utk ammonia, akan menyerapnya secara semulajadi. masalah ketara air hijau ialah naik turun pH yang banyak. ini boleh dielak dengan menambah kapur panas dlm air. bancuhkan kapur panas dlm tong biru, hanyan masukkan air jernih tu sahaja. awas jgn terlebih, kena msk berperingkat ie sejam skali dan check ph. kapur panas ber pH lebih dari 13, kalau pH kolam naik lebih dari 9.5 byk yang akan mati. naikkan pada kadar 0.2 sejam. target kepada 8 +/- . ini kena buat tiap2 mggu. perlu juga paham bahawa pada siang hari air hijau absorb co2, jadi pH akan naik . karbonate tu akan reserved co2 dlm bentuk ion. utk pengetahuan tuan, sy bukan penternak udang galah, namun dlm chemistry air masin, to the best of my knowledge calcium di perlukan amat sangat dlm ternakan ini. pH dan kalcium ni related, slalu kalu kolam berkalsium ie 100ppm akan ber ph 7.5 - 8. udang anda mungkin kekurangan kalcium akibat kulit menjadi keputihan. cara add kapur panas di atas akan juga menambah kalsium dlm kolam. belilah tester karbonate rm 18 test kalu dlm 5 titik - titik ke 6 sampel air tu bertukar menjadi kuning, itu sudah bagus. so targetkan kalsium dlm lingkungan tu. dan jgn lupa utk test pH pada waktu 2 ptg dan compare dengan 10 mlam. kalau perbezaan melebih 5 adjust kapur atau hijau jgn terlampau hijau. utkproses tu, gunakan garam kasar dlm 3 - 8 ppm, algae akan mati. blh juga di gunakan pottasium permaganate utk bunuh algae tu. pastikan test ammonia selepas proses ni sebab byk benda organik akan mati. jgn buat di waktu gelap/redup atau malam. pastikan air kolam di tukar direct 10hari 30% sehari sebab byk akan matgi dan mendap ke dasar dan decomposs menyumbang kenaikkan ammonia. bagi saya ubat adalah cara yang terakhir, slalunya saya akan cuba memperbaiki ciri ciri yang saya sebutkan tu dan tambah garam kasar 5ppm, 90% masalah berpunca dari situ. ubat hanya akan meningkatkan kos dan stress. ps kalu sprlina kandungan b kompleks tinggi, lebih kurang sama dengan korella. so takyah suppliment vit lg.
__________________
Support BJ Dengan menjadi BJ VIP acaibj@gmail.com Utk orang baru register diri anda di SINI Pada org tganu atau sewaktunya, check di google earth copy dan paste 5°27'15.49"N 103° 3'10.70"E , sesiapa ada info apa kebenda ni (pulau?) blh pm saya. tq Last edited by acai; 02-04-2010 at 11:53 AM.
kat Ipoh-Jln Tasek ada kedai jual multivitamin,tak jauh dari PLUS hiway,tapi dah lupa nama kedai tu,something trading lah..memang dia jual ubat ikan dan ternakan,kalau ada member kat sana,boleh lah suruh pi cek.
BKC ni pakai macamana?tak boleh subs. pakai KMnO3 Quote:
Quote:
wow, pjg sgt reply acai.
ok sy cuba reply...udang galah adalah ternakan air tawar bukan air masin. sy sentiasa control pH, ammonia dan alkaliniti kolam2 saya. pH saya memang saya control fluctuation 0.5 or less daily, perbezaan pagi dan petang. Range 7.5 sampai 8.5. Alkaliniti kolam saya 100ppm ke atas so fluctuation pH tak besar even hujan lebat sekalipun. Actually kapur panas or hydrated lime amat bahaya utk udang or ikan. Sy gunakan masa udang xde just utk bunuh ikan haruan, belut, katak, ikan seluang dan lain2. Utk alkaliniti saya pakai calcium carbonate atau dolomite. Dgn alkaliniti tinggi, pH, plankton semua terkawal. Pondplus memang terbukti berkesan kerana kolam saya xsampai 0.3ppm ammonia. In fact blue green algae pun mati selepas sy apply Pondplus. Cuma yang saya concern ialah baja taik ayam kerana khuatir bakteria, adakah bakteria ada direct connection dgn ammonia?? jika ammonia rendah maknanya bakteria rendah atau tiada?? itu kerisauan saya, tp baja ini menggalakkan kolam hijau dengan senang dan plankton cepat terhasil. abanghan, Saya pernah gunakan EM lama dulu, part bokasi tu malas sikit, haha. Untuk udang EM sahaja x boleh reducekan FCR kalau tak buat sampling guna feeding tray. Skg FCR saya 1:2.5 tanpa EM. Sy gunakan sampling dan beberapa kaedah lain. Ok terima kasih dgn nasihat otai semua, saya akan cuba yang terbaik. komen pasal taik ayam ini saya dapat dari penternak thailand yg tinggal di sini. Survival udang galahnya 80% dgn udang galah sekilo 8 ekor. Jadi comment dia saya take into serious consideration. Quote:
Kenapa tinggi sangat FCR kamu tu kami ternak udg monodon dan vanamei pun x tinggi mcm tu kami juga guna EM dalam ternakan udg marin tujuan adalah untuk merawat tanah dipintu air keluar kerana segala kotoran akan berkumpul di pintu air selepas kolam dicuci menggunakan kaedah tembakan air selain itu kami juga menggunakan kapur sejuk dan dolomite bagi rawatan tanah.Bagi tujuan air hijau kami gunakan rendaman air hampas padi dan urea bagi menghijaukan air kolam ni just pengalaman saya dan bahan yang biasa saya gunakan dalam penyedian kolam serta penyedian air kolam ternakan. Bila udg tidak menyalin kulit kami akan tukar air kolam atau gunakan kapur bagi meransang udang menyalin kulit jika tidak ia akan mendapat penyakit nekrosis so ini just pendapat dan pengalaman saya dalam ternakan udang marin so benda2 ni boleh diadaptasi ke dalam ternakan udang galah.
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||