Quote:
Originally Posted by razzo
cikgu2 sekalian,
nak tanya sikit. boleh ke nak renovate rumah yang kita baru dapat dr developer (umah baru beli) ???
adakah sama konsep cam keta, during warranty period, kalau kita bikin2, silap haribulan boleh void warranty keta tu?
tkasih
|
salam kepada tuan rumah. cuma nak bagi sedikit penjelasa. mana yg silap harap di perbetulkan oleh otai-otai dalam forum ni. biasanya bila kite membeli rumah pemaju akan memberi tempoh masa
(warranty period) untuk pembeli membuat aduan tentang ketidakpuasan hati/ ada mana2 pada rumah yang kita beli tidak seperti yang sepatutnya. bila aduan di buat makan kerja-kerja pembaikan akan dilakukan selagi aduan yang di buat masih dalam tempoh yang diberikan. bagi mereka-mereka yang ingin mengubahsuai rumah yang dibeli pemaju akan meminta pembeli membuat surat mengatakan bahawa rumah yang dibeli tiada kecacatan dan berpuashati dengan rumah yang dibeli. barulah pembeli boleh membuat pengubahsuaian pada rumah tersebut ( tujuan pemaju berbuat demikian adalah untuk mengelakkan mereka dipertanggungjawabkan atas kecacatan yang terdapat pada rumah yang dijual. dan mungkin kecacatan tersebut berlaku setelah pembeli membuat pengubahsuaian. erti kata lain memang warenti dah terbatal dek kerana kita telah mengubah rumah tu) harap2 saudara faham lah. kerana warenti yang dimaksudkan tu untuk pembaikian kecacatan rumah setelah dibeli. ini berlaku pada satu rumah yang saya renovate kat kepong. pemaju minta pemilik berbuat sedemikian.
harap2 tuan tanah faham lah yer. dah berputar belit rasa nyer. hehehe