bismillah...
salam thread ni di buka bagi menganjurkan trip trip tak kira masuk hutan, menyauk, memukat, bubu, pancing di sungai lombong, tasik, laut dan sebagainya utk aktiviti menangkap ikan, tidak kira utk di buat induk, ternak, R n D atau sebagai ikan hiasan. Apa pon ini bukan trip memancing, Tapi utk tujuan menternak/jualan. utk trip memancing sila pi ke forum memancing/hobi. Forumer yang hendak menganjurkan boleh post di sini. Aktiviti (Target Spesis - Tujuan Induk/Ternak dan sebagainya, sila nyatakan) Jumlah orang di perlukan Tarikh dan masa Lokasi berjumpa/kumpul (berikan koordinat gps atau sebagainya) Berapa lama (jika berhari hari berikan detail supaya dapat membawa bekalan) Transport (jika groupn boleh anjurkan car pool) makan (jika berkongsi, minta jumlah wang yg di perlukan utk makan) etc semoga dengan anjuran anda ini dapatlah forumer BJ dari forum perikanan dapat berkumpul dan bertukar pendapat, selain dari mendapat bekalan induk, ternak, RND etc. Sila berikan juga no telefon Tuan Organizer yang akan menguruskan trip tersebut. Setelah selesai trip di minta peserta update detail contoh jenis tangkapan, keadaan tempat, dan gambar gambar yang patut supaya dapat di kongsi. Perlu diingat utk jenis spesis CITES . ie utk kelah di perak boleh di kenakan sehingga rm 25,000 seekor. sila ambil kira perkara begini. sebagai contoh. Aktivi mencari benih ikan ketutu. Tempat : Lombong Kim Seng gps. copy dan paste ke google earth 4°26'53.70"N 101° 3'19.83"E dan klik find Tarikh : 11/11/10 Masa : Jam 8 MALAM. Habis : Jam 8 pagi 12/11/10 Panggilan utk Peserta: Target 30 orang Kaedah penangkapan : Pancing dan Bubu Sila bawa : 1. pancing 2. bubu. 3. pukat dan sebagainya Makanan : sila sumbangkan rm 15 setiap seorang utk katering. makan mlm kol 9 mlm supper kol 2 pagi dan breakfast kol 7pagi. Transport. sesiapa yang bercadang boleh car pool dari lokasi yang sama. sila post di sini. a. tujuan mencari lebih kurang 3000 ekor benih ketutu bersaiz 5 inchi ketas. sekira sampai target 3000 itu akan diagihkan kepada peserta berdasarkan kaedah timbang. b. what to expect. memandangkan aktiviti di jalankan di lombong, sila beri perhatian kepada life jacket, bot mobile, keselamatan dan bahaya ular atau binatang berbahaya seperti harimau dan sebaginya. c. setiap peserta di wajibkan bekerjasama supaya dielakan bermasam muka. d. siapa yang bawa bubu? bot dan sebagainya. e. No tel dan email organizer trip ini. semoga usaha anda akan mermartabatkan lagi penternak penternak dan semoga di redhai Allah.
__________________
Support BJ Dengan menjadi BJ VIP acaibj@gmail.com Utk orang baru register diri anda di SINI Pada org tganu atau sewaktunya, check di google earth copy dan paste 5°27'15.49"N 103° 3'10.70"E , sesiapa ada info apa kebenda ni (pulau?) blh pm saya. tq Last edited by acai; 01-15-2010 at 04:06 PM.
Salam,
Selamat beraktiviti.... ...
__________________
Untuk Geng BJ - Dapatkan Car Sticker Bicara Jutawan Di Sini. Lepak di Business Discussion. Banyak Maklumat Ada Di Sana. My email : enfaizalbj@gmail.com Bukan senang mahu senang, Bukan susah mahu susah, Bukan senang mahu susah, Bukan susah mahu senang, Diri Anda! Hanya Anda tahu kemampuan Anda.
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||