Assalamualaikum Warga BJ,
Ada sebuah kilang di Kajang yang mempunyai usahasama dengan pihak KoMARDI yang mengusahakan pemprosesan makanan dan minuman. Buat masa ini, apa yang kilang ini tawarkan adalah pembekalan jus buah-buahan segar tempatan yang mana di antaranya adalah jus mangga, jus limau kasturi dan juga jus markisa yang mana sumber bahan mentah ini terdiri daripada golongan usahawantani bumiputera sahaja. bukan itu sahaja, kilang ini juga turut menawarkan perkhidmatan untuk memproses jus bagi pihak tuan/puan menggunakan Brand tuan/puan sendiri. Perbincangan yang lebih lanjut boleh la dibincangkan di sini.
Untuk makluman semua, pihak kami mengeluarkan produk2 jus minuman buah-buahan tempatan ini tanpa menggunakan sebarang perasa dan pewarna tambahan. Kami hanya memproses stock dari buah tersebut yang kami proses sendiri untuk menjamin kualiti dan khasiatnya.
Malangnya, di pasaran sekarang ini terlalu banyak minuman2 jus ini yang menggunakan pewarna dan perasa tambahan untuk mengaut keuntungan yang lebih.
Business Update:
Semalam ada customer datang approach kami untuk menjalankan contract manufacturing juice Durian Belanda. Menurut beliau, dia akan mementerai MoU dengan pihak Tesco. Maka pihak kami akan memproses jus tersebut mengikut formula beliau dengan mana buah, botol, label dan kotak akan dibekalkan oleh pihak beliau. Pihak kami hanya memproses sahaja.... Ini adalah di antara langkah yang baik bagi player baru, di mana kos awal untuk set kilang tidak lagi perlu ditanggung oleh mereka kerana bahagian ini telah ditanggung oleh pihak kami. Maka dengan itu, duit yang ada itu boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti pemasaran dan promosi2 yang berkaitan.
Alhamdulillah telah selesai promosi di pesta orkid @ kem paroi, Negeri Sembilan dan telah menerima feedback yang sangat positif. Mereka yang telah merasa jus keluaran kami rata-rata lebih menggemari jus markisa daripada jus limau kasturi dan hampir kesemua stock jus markisa kami telah habis dijual (2L dan 5.75L botol).
berdasarkan feedback yang diterima, ada salah seorang pelanggan kami (seorang doktor perubatan dan juga pengidap kencing manis) sedar dan mengetahui akan kebaikkan jus markisa ini. beliau meminta kami jika boleh menghasilkan jus markisa utk pengidap kencing manis. kini pihak kami di dalam proses untuk mendapatkan formula untuk menghasilkan jus markisa bagi mereka yang mengidap kencing manis.... rakan-rakan sekalian, doakan lah kejayaan kami... ps: kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi stokis, boleh la berurusan di sini... terima kasih...
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||