Salam Semua,
Semasa saya berjinak2 dengan forum puyu itu hari ada satu mamat tu ( maaf lupa namanya ) posting satu u-tube tentang aquaponic. Saya ucapkan ribuan terima kaseh kepada beliau kerana buka mata saya. Nak tau serba sedikit pi kat website ni : Aquaponics Made Easy - Aquaponics Australia Di situ dia ada jual dvd "Aquaponics Made Easy" saya order satu copy kos nya RM200. dah sampai. dah tengok dan dah faham cuma nak tunggu masa nak praktikan sahaja. Hari ini si Aurafx ada buat posting yang bijak kat Bincang - RAS / Recirculating Aquaculture System. (tolong refer kat sana, saya tak pandai nak copy paste daigram tu). Originally Posted by aurafx hantu ayor dan rakan2 lain, kalau aku design sistem RAS kolam aku camni ok tak? pam air pakai atman AT-105..sumber air paip yang dirawat 24jam / campur garam. Aku hijaukan air dulu dalam 4 hari...dah hijau baru masuk benih dan apply RAS. Saya perhatikan sistem dia lebeh kurang dengan sistem Aquaponic cuma kelemahan sistem si aurafx tu ada pembaziran, kalau sistem Aquaponic ada banyak kebaikan akan kita dapat. Di sini kita ada banyak otai atau pakar2 akuakultur dan juga pakar dan pertanian seperti Cik Mat a.k.a Abang Mat. Saya harap dapat kita berbincang tentang sistem Akuaponic ni untuk kebaikan bersama bukan sahaja Akuakultur tetapi juga warga dari sektor pertanian- Crops seperti Hydrophonic dan fertigasi. Disebabkan saya cuma ada satu saja DVD tu, tak dapatlah saya nak share atau pass around atau buat cetak rompak, jadi saya akan refer kat DVD tu jika ada apa2 yang interesting akan cuba saya cerita kat sini. Tapi saya percaya banyak otai2 kat sini yang dah come across benda ni cume tak ada orang tanya, maka tak terlintas di fikiran nak bagi tau. Sekali lagi saya ucapkan terima kaseh kepada Aurafx kerana buka hati saya untuk memulakan perbincangan ni. Saya mintak tolong saudara Aurafx kalau boleh tolong buat posting daigram tuan di sini sekali agar dapat kita mula berbincang. Wasalam Ahmad Shakri Khalid
Nampaknya x ramai yg minat dgn aquaponic ni. Sy telah lama guna kaedah ini untuk ternakan ikan talapia dan puyu saya walaupun dlm skala kecil je..
Alhamdulillah sy dapati kaedah ni byk juga faedahnya. Air jernih walaupun dah x tukar lama dan bahan kumbahan dijadikan baja pd tanaman. Sy gunakan kangkung sebagai tanaman utama. Boleh juga dijadikan makanan tambahan pd ikan selain kita makan sendiri. _______________________ Blog Hasilkampung.com Quote:
p/s: signature dah enable untuk normal user, try ushar2 kat user cp....
__________________
Perihal Perikanan Akuakultur http://aquaculturemall.blogspot.com Diari Akuakultur http://diariakuakultur.blogspot.com Keli http://malaysiancatfish.blogspot.com Aquaculture water http://aquaculturewater.blogspot.com Tilapia http://houseoftilapia.blogspot.com TEMPAHAN:Sticker Eklusif Members Bicarajutawan - klik disini
Quote:
Salam,
Maaf sbb lambat reply. Saya buat kaedah ni sebagai hobi je. Saja nak test, cuba try. Di setengah negara maju kaedah ni dah di buat secara komersial.. Ilmu saya bab aquaculture ni masih cetek lagi, banyak yg perlu dipelajari khusus drp sifu2 dlm forum ni.. Saya ada sertakan gambar berikut. Maaf sebab belum beberapa pandai upload gbr lagi.. Kalau nak tengok lain-lain gambar, harap sudi lawati Blog saya di http://hasilkampung.com/blogger Selamat berpuasa.. Osman - Kluang, Johor __________________________ Blog Hasilkampung.com Last edited by manita; 08-15-2010 at 03:31 PM.
Hijau betul sayur2 tu. Segar mata memandang. tapi lagi segar bila pandang model 5 orang kat kanan tu. Hilang kekaburan sekejap. He!he!
Quote:
ni tanam dalam cup polisterine... dan dimasukkan kat atas polisterine box yg ditebuk lubang (utk letak cup) medium guna spange ... Sekarang ni ada buat semula, baru nak mula jer,, benih baru jer tumbuh... best gak makan salad aquaponic ni...
Teknik ni memang menarik cuma x dan nak gunakan jer lagi. mungkin next time.
Setakat ni waste air dari ikan yang bela kat polytank tu saya salurkan masuk ke tangki fertigasi. Jadi tak terbuang camtu jer. cuma la ni tanaman fertigasi direhatkan tapi kemudahan yang ada diextendkan utk pokok anggur. jadi tak perlu menyiram pokok. Nampaknya teknik ni sangat sesuai utk skala kecil @ rumah. Kalau komersil, rasanya kos agak tinggi n kurang ekonomik.
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||