Alhamdulillah.........ketika balik ke rumah tengahari tadi untuk menghantar anak sekolah, den pun pergila ke belakang rumah untuk menjenguk arnab-arnab. Al-maklumlah, cuaca sekarang panas terik yang amat.
Seperti biasa, selepas membebel-bebel kat anak suruh ambil beg sekolah dari dalam kereta dan bersiap untuk ke sekolah agama, den akan menjenguk arnab-arnab sekejap..........manala tahu ada yang dah kekeringan air atau apa-apa. Den pun bukakla pintu dapur umah......kreeoookk........"aduihhh....panas teriknya.......tengok arnab sume mencungap-cungap. Cek air......sume ada, cek makanan.....sume ada......sampailah den cek sangkar Si Embun(Holland Lop)...........eh..eh.....banyaknya bulu dalam bakul.........periksa punya periksa..............laaa....dah beranak rupanya.........ada 5 ekor baby-baby yang montel-montel......... Den pun cekla ibunya, sian dia........penat rupanya........melepek kat tepi sangkar............" Ni rasanya mesti baru beranak dalam area kul 10 atau 11 pagi tadi.....coz masa bagi makanan kul 7.30 pagi tadi lum nampak apa-apa. Cuaca lak panas terik. So, suapkanla air minum untuk dia, pastu den baringkan dia mengereng untuk bagi anak-anaknya minum susu.........uiihhh........pelahap betul anak-anaknya..........haus rupanya......... So, nak jadi kerja, maka melepekla den kat situ sampai kul 3 untuk bagi puas anaknya minum susu.........bila dah nampak perut diarang putih bulat dengan susu dan masing-masing terbungkang kenyang, barulah den masuk kerja balik ni. Gambarnya den tak dapat snap tadi, coz kemera tertinggal kat ofis. Insya Allah........esok akan den download ke sini buat tatapan kengkawan...... Insya Allah.........anaknya yang 5 ekor ni akan den simpan bagi dijadikan induk kelak. Hari ni den rasa seperti mendapat satu anugerah yang amat berharga sekali bagi meningkatkan semangat den di dalam "Dunia Penternakan Arnab". Syukur alhamdulillah.............
Pada 12hb Februari 2010 (Ahad) lepas, den berpeluang melawat ke tapak projek penternakan arnab seorang rakan baru di Kanchong Darat, Banting. Tuan punya ladang bernama Hafez, seorang kontraktor dan pengusaha Kilang Feez Kerepek. Tujuan asalnya cuma untuk menghantar nipple dan barang2 aksesori arnab yang lain, tetapi alang2 dah terlanjur ke sana, maka bersembang panjang la pulak dengan beliau sambil meneliti arnab2 nya. Sambil tu, den pun mencurahkan serba sedikit ilmu penternakan arnab yang mana den tahu kepada beliau.
Arnab yang dipelihara beliau terbahagi kepada 2 jenis, iaitu; pedaging dan pet. ![]() Pemilik Ladang Arnab ![]() ![]() Antara arnab-arnab beliau yang berjumlah 40 ekor semuanya. ![]() Kaedah pemberian makanan yang menarik minat den. Semoga berjaya hendaknya sahabat baru den ni.........Insya Allah...........
Yang ini pula kira anak murid den yang baru berjinak-jinak dengan penternakan arnab juga. Yatim namanya, bertempat di Bandar Tun Razak. Beliau bermula dengan 12 ekor arnab pedaging dan pet. Semalam, 11hb. Februari 2010 (Rabu), den berkesempatan melawat ke tempatnya setelah menghantar barang kelengkapan arnab kepada rakan penternak baru juga di Subang.
![]() ![]() Semoga berjaya hendaknya sahabat baru den ni.........Insya Allah...........
Salam..
Adehhh....smalam ada induk den yang carry baka Holland lop beranak 9 ekor........tapi malangnya 8 ekor telah dipelahapnya.........masa tu den takda kat umah pulak.......balik2 umah tengok tinggal kepala je...........terkilan tul keluar umah smalam....ya la mana la tahu leh beranak tercepat 2 hari lak....ikutkan due date 18hb., ni smalam dah kuar lak.... Harap sekor yang terselamat ni pun terpaksa den tumpangkan kat ibu Lop yang beranak aritu tu....Nasib baikla dia leh terima...... Cuma harap nanti, ada 2 lagi induk yang carry Holland Lop dan sekor yang carry Fuzzy Lop ni dapatlah melahirkan anaknya dengan selamat dalam 20 ke 21hb. ni..............tidak..........waaaaaa.........nan gis den............
Petang semalam masa balik kerja dengar arnab menjerit kat belakang umah....ingatkan ada pemangsa, cek2 rupanya seekor EA melahirkan 3 ekor anak Holland Lop.............alhamdulillah.........sihat2 semuanya............
Dan pagi ni time bangun subuh kul 6.15 pagi, terdengar lagi arnab menjerit kat belakang...........punyala panik taku ada kucing ke apa ke kacau...........dan lagi den terkejut
RESEPI MASAKAN DAGING ARNAB
Daging Arnab Rendang Kicap Berempah Bahan - bahan : 600 g daging arnab 1/2 cawan kicap pekat 15 tangkai cili kering - digiling 1 sudu teh jintan manis - digiling 1 sudu teh jintan putih - digiling 3 sudu besar ketumbar - digiling 6 ulas bawang merah - digiling 4 ulas bawang putih - digiling 2.5 sm halia - digiling 3 sudu besar gula 1 biji bawang besar (dipotong bulat) Sedikit garam Minyak untuk menumis CARA MEMBUATNYA: 1. Daging dipotong kecil-kecil dan toskan. 2. Kemudian gaulkan daging bersama dengan bahan yang telah digiling, kicap dan gula. 3. Perapkan selama 1/2 jam. 4. Panaskan minyak dan tumis daging tadi dan setelah empuk masukkan garam. Jika daging tadi agak keras masukkan sedikit air dan kacau rata. 5. Akhir sekali masukkan bawang yang telah dipotong bulat. Setelah masak angkat dan hidangkan. Kari Pedas Daging Arnab Bahan - bahan : 1.5 kg daging arnab 2 biji bawang besar - digiling 7 biji buah keras - digiling 1.5 sm kunyit - digiling 3 batang serai - digiling 1.5 sm langkuas - digiling 3 ulas bawang putih - digiling 15 tangkai cili kering - digiling 1 sudu teh serbuk biji sawi 1.5 kg ubi kentang - dibelah empat 2 biji cili hidup - dibelah dua 1cawan minyak masak 1 cawan air 1 sudu besar cuka Garam dan serbuk perasa secukupnya Cara Membuat : 1. Panaskan minyak dan tumis biji sawi dan bahan yang telah digiling sehingga mengeluarkan aromanya. 2. Selepas itu masukkan air bersama dengan ubi kentang yang telah dibelah empat. 3. Setelah agak empuk, masukkan pula daging yang telah dipotong . 4. Apabila daging telah masak, masukkan cili, garam dan serbuk perasa secukupnya Inti Karipap Daging Arnab Bahan - bahannya : 600 g daging arnab (dicincang halus) 2 sudu besar jintan manis - digiling 3 cm halia - digiling 4 ulas bawang putih - digiling 5 ulas bawang merah - digiling 300 g bawang besar (dipotong dadu) 1 sudu teh serbuk kunyit Sedikit daun bawang dan daun sup Garam secukup rasa Sedikit minyak sapi untuk menumis Cara Membuat : 1. Tumiskan bahan-bahan yang digiling sehingga bangkit aromanya. 2. Masukkan daging dan setelah dikacau rata masukkan pula sedikit air untuk mengempukkannya. 3. Apabila daging sudah masak dan sebati, masukkan bawang besar dan kacau sehingga rata. 4. Setelah masak, angkat dan taburkan dengan daun bawang serta daun sup. Arnab Masak Merah Bahan-Bahan : 1 kilo daging arnab - digoreng ½ masak 1 kotak santan Bahan A : 6 tangkai cili merah) 2 batang serai ) 2 labu bawang besar ) 2 ulas bawang putih ) dikisar halus 1 inci halia ) 1 inci lengkuas ) Bahan B : ½ cawan sos cili ½ cawan sos tomato ½ cawan kismis Sayur Campuran 2 helai daun kunyit Sedikit minyak, garam dan gula Hiasan : Daun bawang/sup Cara : * Tumis bahan A. * Bila wangi, masukkan bahan B. * Bila bahan B sebati dan sedikit masak, masukkan arnab yang ½ masak tadi. * Masukkan daun kunyit dan santan. * Bila didih, masukkan sayur campuran. * Masukkan kismis, garam, gula secukup rasa. * Bila telah naik minyaknya, angkat dan hidangkan dengan ditabur daun sup/bawang. Tambahan : Boleh dimakan dengan nasi, pulut kuning atau roti. Sup Kepala Arnab Selalunya kepala arnab (yang sudah disembelih) akan dibuang sahaja. Tetapi, di restoren eksotik di salah satu wilayah di China menggunakan kepala arnab dalam masakan mereka. Kepala arnab juga dikatakan berkhasiat untuk melegakan Demam Malaria (Buku 1001 Petua Orang Lama). Jadi, pada hari ni saya memberikan resepi 'Sup Kepala Arnab' Bahan-Bahan: 1 kepala arnab (bagi orang Islam, pastikan arnab itu sudah disembelih mengikut syara') Garam & lada sulah secukup rasa 2 kuntum bunga lawang 5 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 4 cawan air 250 gm ubi kentang (dipotong dadu kecil-kecil) Garam secukup rasa Bahan Untuk Dikisar : 2.5 cm Halia 2 labu bawang merah 8 biji bawang putih Untuk Hiasan : Bawang Goreng Daun bawang dicincang Daun sup yang dicincang Cara Memasak: Buang kulit, bersihkan dan belah (potong) dua kepala tersebut sehingga nampak otaknya. Kemudian ketepikan. Masukkan air dalam periuk. Pijarkan atas api yang sederhana & masukkan rempah-rempah kering. Tumis selama 1-2 minit masukkan bahan yang dikisar. Goreng hingga layu. Besarkan api. Masukkan kepala arnab & bahan perasa selebihnya. Rebus sehingga rata kuningnya, kemudian kecilkan api. Masukkan air, ubi kentang & garam. Didihkan perlahan-lahan hingga kepala arnab & ubi kentang empuk. Padamkan api itu. Sesuaikan rasanya & isikan ke dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan. Taburkan atasnya dengan bawang goreng, daun bawang & daun sup. Boleh di minum sahaja atau makan dengan nasi. Sangat sesuai untuk mereka yang demam (malaria) dan rasa lemah badan. Dipetik dari Blog: Badrulzamani Last edited by shamza; 02-19-2010 at 05:57 PM.
Assalammualikum semua,
Ingin saya kongsikan pendapat saya terhadap pertanian di Thailand. Di mana Thailand terkenal dengan buah durian, mangga yang manis, dan berbagai buah buahan yang tanpa musim... Apakah Rahsianya....? Rahsianya adalah Pembajaan di Thailand...mungkin anda semua tertanya tanya baja apa yang digunakan.... Jadi saya telah membuat ujian dan ujikaji di rumah saya terhadap tanaman tersebut mengguna kan Baja S ini... memang nampak musthail apabila pokok pokok yang di tabur baja ini menjadi... buahnya semakin besar dan manis... Jadi saya ingin kongsikan baja tersebut kepada semua petani di forum ini... sebagai menolong anda semua... Inginkan Baja tersebut contactlah saya....
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||