Nie sedikit info tentang aeroponik yang dihasilkan oleh Sime Aerogreen
Quote:
Penanaman aeroponik adalah kaedah penanaman tanpa tanah yang dapat menjimatkan penggunaan air. Berbeza dengan kaedah hidroponik yang memerlukan akar tanaman terendam dalam nutrien, kaedah aeroponik memerlukan ruang udara antara akar pokok dan paip yang menyemburkan nutrien dan air untuk melembapkan dan menyuburkan pokok.
Proses penanaman bermula dengan percambahan biji benih. Setelah dua hari di dalam bilik percambahan, anak pokok itu dipindahkan ke tapak semaian dan dibiarkan selama dua minggu sebelum diletakkan di atas palong di dalam rumah hijau. Di rumah hijau itu, sayur-sayur berkenaan akan dibiarkan membesar sehingga sampai masa untuk dituai.
Palong-palong di rumah hijau itu diperbuat daripada polistyrene untuk mengelak penyerapan haba. Di bahagian tengah palong diletakkan paip yang mempunyai alat semburan yang direka khas pada jarak yang tertentu.
''Alat penyembur itu akan menyemburkan nutrien dan air yang telah disejukkan ke bahagian akar tanaman pada kekerapan tertentu. Ruang yang ada antara paip dan akar tumbuhan itu membolehkan tanaman memperoleh oksigen secukupnya untuk pembesaran yang lebih cepat dan sihat.
''Semburan air sejuk itu dapat 'menipu' tanaman sehingga membolehkan kita menanam sayur iklim sederhana di kawasan rendah dan panas seperti di sini,'' kata Joseph.
Menurutnya, dua elemen penting dalam proses aeroponik ialah air dan bekalan elektrik. Kaedah aeroponik merupakan kaedah yang paling menjimatkan air, iaitu menggunakan kira-kira 10 peratus air yang digunakan dalam kaedah hidroponik. Lebihan air semburan di palong akan dikumpulkan dan disalurkan kembali ke tempat penyejuk untuk dikitar semula dalam proses semburan berikutnya.
''Sistem aeroponik merupakan sistem penanaman paling efisien dari segi penggunaan air. Pengaliran air dilakukan dalam satu aliran tertutup, dan ini bermakna, tidak ada sebarang bahan cemar terlepas ke persekitaran,'' kata Joseph.
Projek ni dijalankan oleh Sime
depa ada duit, boleh buat RnD..
tapi, nak tau, samada mampu dibuat oleh petani biasa ke tak?
macam dulu, orang kata fertigasi ni mahal, sebab bila tgk agensi kerajaan yang dapat duit free buat, memang gempaq rain shelter
jadi orang pon takut2 nak kuarkan modal
sapa yang selalu pi Cameron Highlands, bole kot bagi info
mana la tau, kot ada orang kat cameron tanam pokok pakai aeroponik
p.s:dengar cerita macam ada aeroponik kat cameron... sapa2 ada gambar, kasik screen shot sket
8-)..mmg byk sistem yg diperkenalkan skrg ni.. cuma yg jadi tanda tanya pd aku..
berbaloi ke kalau kita pengusaha kecil ni nak bt mcm tu? mcm fertigasi.. RPH tu saje akan cecah
puluhan ribu.. sedangkan peralatan lain tu hanya mengambil sedikit je dr keseluruhan modal..
jadi pikir2kan la ye.. tapi kalau ada duit..semua bende buleh dibuat.. ada ke duitnye? 8-)
Disclaimer: Bicarajutawan.com does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give or offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion.All posts made by either members or mods even admins on Bicarajutawan.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of Bicarajutawan.com or it's owner.YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE.