nk tya skit la.. utk tanaman sayuran dan buahan ni.. sesuai tak guna baja organik tinja kambing? sbb aku tya is aku ni dok produce baja organik tinja kambing dr farm aku.. tp tak penah try pn bg kt pokok lain.. yg aku try bg kt pokok bendi yg pekerja aku tnm.. buah bendi tu mak ai besar2 sungguh.. kalo leh.. leh la aku promote kt korg suma yg tanam sayur n buah nih..
detail psl baja aku ni cam rega, aku takleh nk citer kt sini.. kang tok mod kata aku menjual lak.. kang kena pangkah aku ngn tok mod tu.. tp yg pasti rega mmg murah la.. kalo nk tau rega pm ja aku k.. cuma cara aku bt baja ni cara yg very simple.. keringkan tinja.. hancurkan.. campurkan effective microb.. then bungkuskan.. so leh jual dgn murah sj.. takde cecah ringgit2 sekilo.. cuma yg aku nk tau adakah cara tu leh bg apa2 kesan buruk kt pokok.. kalo ok then senang la aku nk psrkn.. la ni yg org dok beli tuk bg kt pokok pisang n pokok buah naga.. kesan cukup bagus.. ada gak org dr lanskaping beli tuk letak kt pokok bunga.. so bgtau pendapat ya sapa2 yg tau tu.. kalo nk sample pn aku leh bg tuk korang try.. tp tak byk la.. mgkn dlm sekilo ja kot.. kang beratus yg mintak sample.. abih la aku.. Last edited by abang mat; 06-06-2009 at 09:33 AM. Reason: tukar tajuk
Assalamualaikum,
Baja organik memang amat sesuai bagi penanaman secara konvensional. selain daripada pembekalan nutrien kepada pokok, sedikit sebanyak ianya dapat memperbaiki struktur tanah yang berasid atau beralkali dengan campuran nisbah bahan-bahan tertentu. Melalui pengalaman saya yang tak seberapa ini, penggunaan baja kimia secara ecessive akan membuat tanah lama-kelamaan menjadi acidic. Keadaan ini akan membuat akar pokok menjadi tepu di mana dengan penambahan secara berterusan bahan kimia ini. Keadaan sebegini kita boleh pulihkan samada dengan campuran baja organik ataupun kompos. Baja organik bertindak meneutralkan semula bahan-bahan toxic di dalam tanah ini melalui penguraian bakteria atau mikrob-mikrob yang berfaedah. Di dalam pasaran kini pun ada berbagai-bagai jenis baja organik, samada secra terus dari tinja ternakan, bakteria atau reja-reja ladang. Secara kesimpulannya baja organik lebih selamat dan ekonomik bagi memastikan kelangsungan pertumbuhan pokok dan kesuburan tanah. Just my 2 cents. My Blog - http://shamzaagroproduct.blogspot.com My Thread - Agro organic planting medium and fertilizer
bagus penerangan shamza.. tp yg peliknya.. org kita ni masih ramai yg nk jugak guna baja kimia nih.. mmg la kesan dia cukup bagus tp dgn rega yg makin mahal n kesan kpd alam.. sikit sebanyk membuatkan baja organik ni lebih baik dr baja kimia..
lg 1.. baja organik ni cam kata shamza.. byk digunakan dlm pertanian konvensional.. maksudnya pertanian cara moden spt fertigasi masih perlu guna baja kimia.. so mcm mana nk bagi pertanian moden ni guna jugak baja organik ni? Quote:
Tapi kadang2 agak sukar juga untuk mengubah mentaliti orang kita terhadap barangan keluaran tempatan, maklumlah Melayu made. Tapi tak ngapalah, kita wat je. pucuk pangkalnya nawaitu kita. Wassallam... Last edited by shamza; 06-09-2009 at 06:33 PM.
Quote:
Baja dari tinja lembu,kambing, ayam dan cacing. Mana satu yg bagus?
Assalamualaikum.
Saya ada hasilkan 3 jenis baja organik: 1. SMS compost (drpd spent mushroom substrate) 2. Vermikompos (VC) 3. Biological Fertilizer (campuran VC + specialize microbes spt NPK microbes, mycorhizae, bio-control agents etc). Sekarang dalam proses untuk pengeluaran secara mass-production. Ujian di test plot saya sendiri menunjukkan kesan yg baik. Namun saya rasa perlu juga diuji oleh 3rd party yg berkecuali. Saya nak mohon bantuan mana-mana pihak yg berminat untuk cuba baja-baja saya ini (test plot). Saya beri percuma siap hantar dalam kuantiti yg sesuai untuk 2-3 musim penanaman. In return saya cuma perlukan feedback, kalau baik katakan baik, kalau tak baik katakan tak baik. InsyaAllah saya akan kaizen. Kalau berminat, boleh email kepada saya di nabhan@nasagro.com atau telefon di 0193852700. Terima kasih. NAS AGRO FARM Last edited by CuciManja; 06-10-2009 at 03:09 PM.
Kalau diikutkan semuanya bagus dan mempunyai kelebihan serta kekurangan % nutrien tersendiri. Sebaiknya bahan ini dimix dengan bahan2 lain untuk melengkapkan unsur. Buat masa ini saya lebih prefer campuran tinja lembu, kambing dan cacing kerana bahan ini mengandungi kurang patogen jahat. sebaiknya bahan ini dikompos terlebih dahulu dari digunakan direct. Ada beberapa bahan yang perlu dicampurkan untuk menyah patogen dan benih2 rumput. Nak bagi detail, saya minta maaf kerana bahan2 ni dah dipaten oleh saudara saya. Percentage kandungan nutrien dalam setiap tinja ni memang dah dikaji, yang terbaru kami sedang mengkaji percentage nutrien dalam vermicompos tu.
Quote:
Tinja lembu dan kambing bagus. Oleh kerana itu sudah tentulah vermikompos pula berada satu tahap lebih baik dari kedua-duanya kerana vermikompos adalah tinja lembu dan/atau tinja kambing yang dimakan cacing. Kesannya: 1. Peningkatan kandungan beneficial microbes 2. Pengurangan kandungan patogen dan heavy metals 3. Pertambahan macro nutrient dan unsur2 trace elements 4. Kewujudan hormon-hormon pertumbuhan yg penting yg tiada pada tinja kambing/lembu seperti gibberilin, cytokinin dan auxin Kajian-kajian saintifik dah banyak dijalankan membandingkan farm yard manure spt tinja lembu/kambing dengan vermikompos dan didapati vermikompos mempunyai kelebihan dari beberapa aspek.
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||