Fisheries | Akuakultur Sektor Perikanan / Akuakultur

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 06-02-2009, 03:38 AM
white_panda's Avatar
VIP & Pakatan Hawa BJ
Join Date: May 2009
Location: Jambatan Duyong, Melaka
Posts: 2,307
Thanks: 315
Thanked 12 Times in 11 Posts
white_panda is on a distinguished road

Mood
In Love

Cool GAMAT : Penyembuh, Nilai Komersial & Halatuju
Salam...

Kita semua tahu atau pernah dengar tentang GAMAT. Sangat popular di Langkawi, Kedah dan begitu terkenal sebagai PENYEMBUH LUKA luaran dan dalaman. Setiap kali menyebut tentang LUKA - kita pasti akan teringat tentang MINYAK GAMAT untuk MENYEMBUH LUKA LUARAN. Begitu juga jika mendengar ada wanita BARU LEPAS BERSALIN atau orang yang BARU LEPAS MENJALANI PEMBEDAHAN - sudah pasti AIR GAMAT menjadi cadangan yang pertama sebagai PENYEMBUH LUKA DALAMAN.

Namun, masih ramai yang tidak begitu kenal dengan GAMAT. Malah... ada yang tidak tahu tentang GAMAT pun. Jadi, thread ini dibuka (dengan izin...) untuk sama-sama kita membincangkan tentang GAMAT - suatu sumber asli laut yang sangat bermanfaat bagi kita semua. Sekarang sudah ada yang menternak GAMAT sebagai salah satu sumber pendapatan KOMERSIAL. Namun, ke manakah sebenarnya HALATUJU industri atau penternakan gamat itu? Sama-sama kita bincangkan...

NOTA: Iklan untuk penjualan GAMAT atau PRODUK GAMAT mungkin TIDAK DIBENARKAN di dalam thread ini. Sila iklankan di thread yang tepat. Sebarang tindakan drastik daripada Tuan Moderators BJ tidak dapat dielakkan - saya hanya sebagai pemula thread sahaja. Harap maklum...
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
Sponsored Links
  #2 (permalink)  
Old 06-02-2009, 10:08 AM
eddytujuhtujuh's Avatar
Enthusiast
Join Date: Mar 2009
Location: Pasir Gudang
Posts: 1,140
Thanks: 20
Thanked 10 Times in 9 Posts
eddytujuhtujuh is on a distinguished road
Default
Bagus thread ini dibuka. Saya pun nak tau banyak ttg khasiat gamat dan apakah produk2 yang boleh dihasilkan daripada gamat nih. So sesiapa yang mempunyai ilmu dan info, harap dapat kongsi bersama.
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #3 (permalink)  
Old 06-02-2009, 04:53 PM
white_panda's Avatar
VIP & Pakatan Hawa BJ
Join Date: May 2009
Location: Jambatan Duyong, Melaka
Posts: 2,307
Thanks: 315
Thanked 12 Times in 11 Posts
white_panda is on a distinguished road
Cool Habitat Gamat @ Timun Laut
Jumlah species timun laut diperkirakan sekitar 1100, kawasan Indo-Barat saja terdapat kurang lebih 300 species.
Di perairan Malaysia terdapat lebih dari 43 jenis timun laut, dan 36 daripadanya mendiami kawasan air pasang surut (litoral negeri Sabah.
Penyebaran dan kepadatan species ber ubah-ubah menurut keadaan topography suatu tempat, habitat maupun keadaan lingkungan seperti suhu (29 – 30C) kadar oxygen (7.3 – 7.5 mg/L), kadar garam atau salinitas air (29 – 31 ppt) dan pH air laut (7.3 – 7.5).

Hewan invertebrate laut ini dapat ditemukan didaerah pasang surut hingga kedalaman 8000 m ke dasar laut.
Kebanyakan timun laut dikawasan tropika adalah dari golongan Aspidokirodita.
Pada umumnya diperairan Malaysia timun laut dan GAMAT hidup pada kedalaman air kurang dari 20 meter.
Pada kedalaman ini terumbu karang masih hidup selama mereka mendapat sinar matahari.
Timun laut seperti juga GAMAT (keluarga Stichopus) bergerak perlahan pada dasar laut dengan bantuan kaki-kaki yang menyerupai tabung.
Tingkah-laku hewan ini ber beda-beda bergantung pada jenisnya
Sebagian ada yang membenamkan dirinya per lahan-lahan kedalam pasir atau Lumpur, sebagian lagi merayap pada celah- celah batu, cabang-cabang karang hidup dan mati, permukaan pasir halus, Lumpur berpasir, berlindung dibalik rumpun-rumpun algae, rumput laut dan rumbai laut seperti Sargassum dan Pudina.

Contohnya:
Gamat Stichopus Hermanii mendiami kawasan karang hidup jenis tanduk rusa (Staghorn, Acrophora), sementara Actinopyga. Echinites berhabitat di kawasan berpasir halus dan batu-batuan yang kaya akan rumbai laut yang mungkin dimanfaatkan sebagai pelindung sekaligus sumber makanan.
Gamat Stichopus berteduh dan berlindung dibawah karang pada siang hari.
Itulah sebabnya perburuan Gamat di pulau Langkawi secara tidak ter kendali dapat membahayakan kelestarian alam karang serta habitat kehidupan laut disebabkan oleh pembalikan karang-karang oleh pemburu teripang.

Sementara PERBURUAN Gamat di daerah Sabah dilakukan pada malam hari, ini disebabkan karena hewan-hewan ini justru keluar pada saat petang dan sekaligus mencegah kerusakan karang akibat pembongkaran selama perburuan dan memakan waktu puluhan tahun untuk pemulihan

Timun laut di kawasan pasang surut tropika dibagi menjadi dua golongan (order), yaitu;
- Order Dendrokirotida
- Order Aspidokirotida

Timun laut Order Dendrokirotida mengembangkan tentacle (belalai belalai kecil) dendritic, Organisma kecil melekat pada tentacle dan kemudian disapunya masuk kedalam mulut
Selain dari itu, timun laut tersebut menyedot pasir halus bercampur Lumpur oganic yang kaya gizi.
Cara makan seperti ini dikenal dengan sebutan: “deposit feeder” atau “pemakan endapan”.

Timun laut Order Aspidokirotida merupakan hewan pemakan endapan menggunakan tentacle nya yang berbentuk peltat untuk menelan pasir, phytoplankton, detritus, diatom, foraminifera, algae, rumbai laut serta bahan organic yang kemungkinan merupakan sumber makanan timun laut.
Kadang kala dalam lumen usus nya dijumpai duri landak laut ataupun siput laut.

Sumber : www.gamatmaster.com/home/habitat.htm
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #4 (permalink)  
Old 06-02-2009, 04:56 PM
white_panda's Avatar
VIP & Pakatan Hawa BJ
Join Date: May 2009
Location: Jambatan Duyong, Melaka
Posts: 2,307
Thanks: 315
Thanked 12 Times in 11 Posts
white_panda is on a distinguished road
Cool Penyembuh dari dasar Samudera
NOTA: Di INDONESIA, timun laut digelar sebagai TERIPANG.

Seekor binatang dasar laut yang hampir luput dari perhatian dunia membuat kejutan dikarenakan keampuhannya dalam membantu pemulihan penyakit degeneratif mematikan yang paling ditakuti banyak orang seperti Diabetes Militus, Kerapuhan Tulang, Radang Sendi, Bocor Jantung, Asthma, Psoriasis, Kanker, dsb.

Holoturian, Teripang laut (Haisom) digunakan oleh bangsa melayu Langkawi sekaligus sebagai makanan obat tradisionil untuk menyembuhkan penyakit asthma, sakit persendian, penyakit kulit darah tinggi hingga jantung.

Lebih dari 1.100 species telah teridentifikasi sebagai kerabat binatang laut maupun duri babi.
Ada yang berbentuk biasa seperti yang kebanyakan digunakan untuk konsumsi makanan executive ada yang berbentuk sangat exotis.

Banyak jenis memiliki tonjolan-tonjolan pada kulitnya sehingga tampak seperti mentimun berkulit
Besar ukurannya beraneka ragam, mulai yang berukuran mikroskopis hingga bisa sepanjang 5 meter, namun kebanyakan berukuran sekitar 10 - 30 cm.

Teripang mendominasi kehidupan dasar laut dalam / palung laut hingga 90%, sekalipun mayoritas tinggal didasar laut beberapa species dapat berenang.

Teripang terdapat diseluruh samudera dunia dan bertugas membersihkan pasir laut dari serpihan serpihan endapan benda- benda / Lumpur organic di dasar laut maupun terumbu karang dengan cara menghisapnya, melumatnya dan meninggalkan pasir yang telah dibersihkan dibelakangnya.

Sumber : http://www.gamatmaster.com/
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #5 (permalink)  
Old 06-02-2009, 05:00 PM
white_panda's Avatar
VIP & Pakatan Hawa BJ
Join Date: May 2009
Location: Jambatan Duyong, Melaka
Posts: 2,307
Thanks: 315
Thanked 12 Times in 11 Posts
white_panda is on a distinguished road
Cool Antara Timun Laut Dan Gamat
Oleh: LAUPA JUNUS
(Utusan Malaysia , 9 Apr 2005)

KERANA bentuknya yang menyerupai timun dan laut merupakan persekitaran hidupnya, haiwan ini dikenali sebagai timun laut di kalangan rakyat tempatan, meskipun sebahagian besar lagi mengenalinya sebagai gamat.

Populariti timun laut ini bukan sahaja menarik perhatian saintis, tetapi juga menjangkau kepada beberapa kelompok masyarakat kerana kehebatan khasiatnya.

Beberapa hari lalu, penduduk di Port Dickson, Negeri Sembilan menjadi gamat kerana kehadiran ratusan, malah ada mengatakan ribuan timun laut yang terdampar dan mati di pantai, yang sekali gus mengundang misteri dan seribu tanda tanya.

Dengan mengaitkannya dengan perubahan cuaca, keadaan laut dan selepas sebahagian pantai barat Semenanjung Malaysia dilanda tsunami, kehadiran timun laut itu seakan-akan memberi petanda bahawa ia terdampar di situ akibat dari gegaran muka bumi dan ombak besar serta bermacam kemungkinan lain.

Sehingga ada yang `begitu bijak' membuat teori sendiri dan menyebarkan khabar angin mengatakan kehadiran timun laut itu sebagai petanda akan berlaku tsunami di Port Dickson!

Seorang penyelidik tersohor dalam kajian timun laut, Prof. Dr. Ridzwan Hashim, yang turut hairan dengan jumlahnya yang begitu banyak berkata, ada kemungkinan spesies invertebrata (tanpa tulang belakang) itu mengalami gangguan persekitaran kerana pada asalnya, ia hidup dalam selut atau lumpur sedalam enam sentimeter (sm).

Bermakna, persekitaran timun laut itu benar-benar terganggu sehingga menyebabkan ia meninggalkan habitatnya dan kemudian dihanyutkan ke pantai.

Persoalannya ialah apakah bentuk gangguan itu?

Adakah ia disebabkan oleh pencemaran atau parameter air laut seperti perubahan kadar pH, kadar oksigen terlarut (DO) yang terlalu rendah atau permintaan oksigen biologi (BOD) meningkat, turbiditi (kekeruhan) air meningkat atau pelbagai faktor lain yang tidak diketahui.

Dr. Ridzwan yang juga Timbalan Dekan (Akademik) Kulliyyah Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), terbabit dalam penyelidikan timun laut sejak 1983 ketika menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Sabah.

Kajiannya mengenai timun laut dan organisma marin lain telah dibukukan bertajuk Sumber Makanan Pesisir Laut Sabah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1993.

``Gamat merupakan sebahagian daripada keluarga timun laut dan terdapat kira-kira 2,000 spesies timun laut di dunia,'' jelasnya.

Beliau berkata, perbezaan jenis-jenis timun laut ini dapat ditentukan dengan melihat beberapa ciri iaitu terdapat tiga atau lebih jalur di bawah (bahagian ventral) spesies itu.

``Gamat juga dapat dibezakan daripada timun laut berdasarkan kepada genus (peringkat pengkelasan dalam sains taksonomi),'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya kelmarin.

Setakat ini, terdapat 53 spesies timun laut dijumpai di Malaysia dan lapan gamat, yang empat daripadanya telah dikenal pasti.

Antara spesies timun laut popular ialah Holothuria atra atau nama tempatan bat hitam dan trepang, Holothuria edulis (bat puntil, bat merah), Holothuria scabra (bat putih), Holothuria argus (bat putan, bat bunga) dan Holothuria impatiens (bat batuan, bat timpul) dan Holothuria tubulosa (bat puyoh, bat berduri).

Spesies popular lain ialah Actinopyga echinitis (bat kuning, bat timpu, bat sugih, bat putih), Bohadschia marmorata marmorata (bat sawah, bat suah) dan Bohadschia marmorata vitiensis (bat andung, trepang benang).

Empat spesies gamat yang dikenal pasti ialah Stichopus hermanii, Stichopus chloronotus (bat talifan), Stichopus horrens dan Stichopus badionotus (bat jambi, gamat).

Dr. Ridzwan sendiri telah menjumpai beberapa spesies timun laut yang belum dinamakan kerana masih memerlukan kajian lanjut.

Spesies yang dijumpai di Port Dickson baru-baru ini juga adalah timun laut dalam kelas Apadacea dan order Molpadiida berdasarkan kepada rupa bentuk morfologi (ciri-ciri luaran) iaitu berbentuk globos dan mempunyai unjuran bentuk ekor pada bahagian posterior (belakang).

``Yang menghairankan bagaimana spesies timun laut ini dijumpai kerana habitatnya ialah di kawasan berpaya, berselut dan terperosok dalam lumpur.

``Sekiranya hendak mengambil spesies ini anda perlu memijak-mijak pasir untuk mengesannya,'' ujarnya.

Meskipun timun laut dijumpai di pantai selepas ombak adalah perkara biasa, tetapi bagi spesies yang terperosok atau bersembunyi dalam lumpur, adalah amat mustahil ia berada di pantai.

Berdasarkan tekstur badan, timun laut berbadan lembut dan di bahagian kulit biasanya terdapat struktur membengkak seperti ketuat (satu lagi ciri bagi membezakannya dengan gamat). Ia berkulit nipis dan isinya agak liat.

Tabiat memakannya ialah dengan menggunakan tentakel (menyerupai sesungut) yang dilekapkan pada substrat (bahan di dasar laut) dan dibawa masuk ke mulut.

Tentakel ini dipercayai merembeskan mukus untuk memerangkap ampaian zarah makanan.

Antara makanannya ialah organisma kecil seperti diatom foraminifera, rumpai laut dan alga.

Satu ciri unik timun laut ialah kaedah pembiakannya yang terbahagi kepada tiga:

1) Seksual.

Kaedah mengawan dan bertelur - Perkembangan telur hingga ke peringkat larva dan dewasa memakan masa hanya beberapa minggu.

2) Aseksual.

Kaedah melibatkan satu individu memutuskan bahagian badannya kepada satu jasad berasingan.

Jasad (potongan kecil) ini akan membentuk satu struktur lengkap timun laut manakala jasad utama membina sendiri mana-mana organ yang tidak lengkap.

3) Autotomi.

Timun laut menghasilkan jasad lain daripada serpihan kulit badannya.

Hari ini, taburan timun laut semakin kurang dan hanya dijumpai di Pulau Pangkor, Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Banggi (Kudat) dan beberapa pulau di Semporna di Sabah.

``Salah satu sebab kekurangan populasi ialah keghairahan penggemarnya mengambil dan menjadikan makanan (dikeringkan) atau dibuat sup dan beberapa kegunaan lain seperti kosmetik dan minyak urut,'' kata Dr. Ridzwan.

Kajian lanjut mengenai aspek genetik juga sedang diusahakan.

Berdasarkan kajian nilai pemakanan, timun laut dan gamat mengandungi protein kasar yang tinggi serta elemen lain seperti kanji dan kalori. Ia juga kaya dengan mineral, mangan, kuprum dan ferum (zat besi).

Di kalangan masyarakat, terdapat beberapa nama lain seperti brunok, trepang, hoi som atau balat.

Keghairahan yang melampau kerana khasiatnya menjadikan timun laut sangat berharga tetapi pada masa yang sama mengancam populasi spesies ini.

Sumber : www.jphpk.gov.my/Malay/Apr05%209b.htm
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #6 (permalink)  
Old 06-02-2009, 05:42 PM
white_panda's Avatar
VIP & Pakatan Hawa BJ
Join Date: May 2009
Location: Jambatan Duyong, Melaka
Posts: 2,307
Thanks: 315
Thanked 12 Times in 11 Posts
white_panda is on a distinguished road
Default Jeruk Gamat - Teluk Yu Mukim Ayer Hangat
NOTA: Antara Produk Tradisional GAMAT

MASYARAKAT umum megenalinya sebagai gamat atau timun laut, haiwan tanpa tulang belakang yang ada azimat penyembuh diakui nenek moyang sejak 300 tahun dahulu. Tidak hairanlah mengapa gamat menjadi pilihan sebagai satu daripada perubatan alternatif masa kini kerana mampu merawat pelbagai penyakit tanpa memberi kesan sampingan.
Melihat keberkesanan GAMAT daripada perspektif perubatan.
ADA lebih 2,000 spesies mentimun laut atau nama saintifiknya holothurida di seluruh dunia. Daripada jumlah itu. kira-kira 30 spesies dikenal pasti di perairan Malaysia. Namun, daripada 30 jenis dikenal pasti sesuai digunakan dalam perubatan iaitu Stichopus Hermanii, Stichopus chloronatus, Sticophus badionatus dan Sticophus horrens.
Pengarah dan ketua Eksekutif Gamat Emas Sdn.Bhd. , Dr.Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, berkata satu daripada empat dari timun laut itu dikenali sebagai gamat emas berwarna kuning keemasan dan jalur hitam pada badannya. Gamat jenis itu mudah didapati Pulau Pangkor, Perak. Kebimbangan pengusaha gamat emas mengenai kepupusannya mendorong sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai Prof. Madya Dr. Ridzwan Hashim (Kini berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa - UIA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), menjalankan penternakan gamat spesies itu bagi memastikan bekalannya mencukupi.''Gamat adalah haiwan elastik. Apabila didedahkan ke udara dalam masa beberapa minit akan menjadi lembik dan lama kelamaan bertukar menjadi lendir. Tetapi apabila dimasukkan kedalam air masin, ia akan kembali kepada asalnya,'' katanya.
Beliau berkata, gamat ada 'cell growth factor' membolehkan ia merangsangkan pertumbuhan sel dan tisu dengan kadar cepat. keberkesanan gamat dalam membantu pertumbuhan sel baru terbukti apabila ia banyak digunakan untuk menyembuh luka sama ada dalaman atau luaran seperti gastrik dan ulser perut.''katanya
Dr.Syid Ayob berkata, pesakit ulser yang mengikuti kaedah rawatan moden biasanyamengambil masa sekurang-kurangnya lapan minggu untuk sembuh . Apabila menggunakan rawatan alternatif melalui pemakanan produk berasaskan gamat, pesakit boleh sembuh dalam masa enam hari atau paling lama dua minggu. Ulser menyebabkan penghidapnya luka teruk di salur darah dalam perut dan boleh mengakibatkan kematian. Penghidap boleh kenal pasti melalui warna najis hitam apabila membuang air besar.
Penyakit ini berpunca daripada tekanan hidup,pemakanan yang tidak dikawal selain tindak balas sampingan daripada memakan ubat penahan sakit dan radang bukan steroid (NSAID) tanpa kawalan. Bagi pesakit diabetes agak teruk seperti diabetes neuropathy yang biasanya ada masalah luka luaran yang lambat sembuh kerana salur darah tersumbat selain salur darah tersumbat, gamat berupaya membantu menyembuhkan luka dengan syarat pengawalan gula dalam darah sempurna di samping penjagaan luka secara teliti. Gamat dapat meningkatkan penghasilan hormon insulin dalam darah dengan mengaktifkan reseptornya. Justeru, proses menyerap gula dalam darah bagi pesakit diabetes akan lebih cepat daripada biasa.
''Gamat berkesan menyembuhkan luka dalaman dan luaran. Kajian menunjukkan ia dapat bertindak sebagai ubat penahan sakit iaitu kira-kira dua kali ganda aspirin, mengelak bahan menyebabkan radang dan antihistamina yan berguna untuk penghidap resdung dan asma'' katanya. Selain itu, katanya faktor penggalak pertumbuhan sel dalam badan juga dipercayai berupaya membantu pasangan kurang subur menndapat anak. ''Melalui testimonial, gamat dipercayai dapat membantu pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi gagal mendapatkan anak mencapai cita-cita mereka.Ini terbukti apabila pasangan berasal dari Taiping, Perak yang sudah tujuh tahun berkahwin tetapi gagal mendapat anak. Apabila mereka mula mengambil produk ini tidak lama kemudia impian mereka berhasil'' katanya.
Melalui ujian makmal ke atas pesakit darah tinggi yang mengamalkan pemakanan produk gamat, salur darah koronari yang sempit dan tersumbat disebabkan kenaikan tekanan darah, didapati mengembang atau mengalami vasolidatasi. Selain merangsang pengembangan salur darah, gamat dapat mengalakkan pengecutan otot jantung bagi mengelak lemah jantung. ''Banyak keupayaan dan keajaiban gamat untuk menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak diketahui dan kini masih dalam kajian.''katanya. Dr.Syid.Ayob menasihatkan pesakit yang mengamalkan pemakan produk gamat supaya memilih barangan dalam bentuk cecair keranan ia lebih berkesan. ''Gamat ada antioksidan dan Vitamin E yang tinggi membantu awet muda. Gamat dalam bentuk cecair lebih berkesan,''katanya.
Katanya lagi, kandungan ekstrak gamat dalam produk berbentuk gel didapati lebih tinggi dan berkesan untuk menyembuhkan penyakit serta berupaya menghentikan pendarahan dalam masa singkat. Dalam barangan kosmetik, ekstrak gamat berupaya membantu penjagan kulit supaya lebih cantik dan anjal. Disebabkan ekstrak itu ada kandungan kondroitin (chondroitin) dan mukopolisakarida, ia dapat mewujudkan bendalir antara sendi yang mampu meredakan masalah sakit sendi seperti osteoarthritis. Selain itu, kesan anti radang mengurangkan radang dan bengkak tisu pada sendi. Bagi mereka yang kerap lesu, gamat dapat membakar lemak untuk menghasilkan kadar metabolisme badan. Kesan antikulat pula menyembuhkan jangkitan kulat seperti kurap dan ulat air -

Sumber : worldofgamatlangkawi.blogspot.com
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #7 (permalink)  
Old 06-02-2009, 05:49 PM
white_panda's Avatar
VIP & Pakatan Hawa BJ
Join Date: May 2009
Location: Jambatan Duyong, Melaka
Posts: 2,307
Thanks: 315
Thanked 12 Times in 11 Posts
white_panda is on a distinguished road
Cool Salam...
Quote:
Originally Posted by eddytujuhtujuh View Post
Bagus thread ini dibuka. Saya pun nak tau banyak ttg khasiat gamat dan apakah produk2 yang boleh dihasilkan daripada gamat nih. So sesiapa yang mempunyai ilmu dan info, harap dapat kongsi bersama.
Thanks, bro...

Kalau ada masa tu, tolong cari2 gambar GAMAT/TIMUN LAUT ni... upload kat sini... WP blom layak nak upload gambar... isk...isk...isk...
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #8 (permalink)  
Old 06-02-2009, 07:30 PM
Z Hasa's Avatar
Asst MGR Community/Business Discussion & Ketua Pakatan Lembah Kelang BJ

Join Date: Jan 2009
Location: Muar , Johor
Posts: 5,445
Thanks: 15
Thanked 78 Times in 63 Posts
Z Hasa is on a distinguished road
Default
Quote:
Originally Posted by white_panda View Post
Thanks, bro...

Kalau ada masa tu, tolong cari2 gambar GAMAT/TIMUN LAUT ni... upload kat sini... WP blom layak nak upload gambar... isk...isk...isk...
eh upload jaa.....

kena g www.photobucket.com

upload gambor kat situ, pastu linkkan ke BJ...
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #9 (permalink)  
Old 06-03-2009, 04:57 AM
white_panda's Avatar
VIP & Pakatan Hawa BJ
Join Date: May 2009
Location: Jambatan Duyong, Melaka
Posts: 2,307
Thanks: 315
Thanked 12 Times in 11 Posts
white_panda is on a distinguished road
Cool Salam...
Quote:
Originally Posted by Z Hasa View Post
eh upload jaa.....

kena g www.photobucket.com

upload gambor kat situ, pastu linkkan ke BJ...
Uiks... yer ke...? WP bukan pandai sgt bab2 IT nih... nanti WP try yerk. Ada gak sket2 ambik foto2 gamat & nak post kat sini, tp dh try 2-3 kali x belh. Patutnya btanya dulu... ini la jadinya kalo nak tunjuk pandai

p/s: Tengkiu bro.ZHasa yg ensem... Sbb nih la bleh jd MOD...
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #10 (permalink)  
Old 06-03-2009, 05:32 AM
white_panda's Avatar
VIP & Pakatan Hawa BJ
Join Date: May 2009
Location: Jambatan Duyong, Melaka
Posts: 2,307
Thanks: 315
Thanked 12 Times in 11 Posts
white_panda is on a distinguished road
Default
Quote:
Originally Posted by white_panda View Post
Uiks... yer ke...? WP bukan pandai sgt bab2 IT nih... nanti WP try yerk. Ada gak sket2 ambik foto2 gamat & nak post kat sini, tp dh try 2-3 kali x belh. Patutnya btanya dulu... ini la jadinya kalo nak tunjuk pandai

p/s: Tengkiu bro.ZHasa yg ensem... Sbb nih la bleh jd MOD...
Jeruk gamat
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
Advertisement
Reply

Bookmarks


Currently Active Users Viewing This Thread: 1 (0 members and 1 guests)
 
Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is On
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On


Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Marketing Terbaik & Bonus Terbaik di GAMAT EMAS SDN BHD (AJL 931357) all_king MLM | Network Marketing 12 03-08-2010 06:30 PM
Potensi tanaman ulam dan nilai komersial En. Rhoma Irama Crops 6 03-01-2010 10:58 PM
halatuju filem dan drama melayu malaysia! shafiq lasoandrea General Discussion 14 08-12-2008 10:42 PM


Disclaimer: Bicarajutawan.com does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give or offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion.All posts made by either members or mods even admins on Bicarajutawan.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of Bicarajutawan.com or it's owner.YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE.

no new posts