Salam sahabat2 semua...
Saya buka thread ni sebab belum ada lagi thread yg bincang pasal ikan sepat. Ikan sepat yg saya maksudkan ialah Sepat Benua, org utara panggil sepat benua. Setengah org kata sepat siam. Tujuan thread ni dibuka utk berbincang mengenai ikan tersebut. Cara pemeliharaan, air, makanan, tempoh, jualan dan sebagainya. Jangan pula ada yg melalut pula. Sekian terima kasih. Soalan pertama saya ingin tahu ialah , kadar atau jumlah ikan boleh masuk dalam kolam. Utk 1 ka2 berapa ekor?
Quote:
salam azdin, sepat atau snakeskin gouramy boleh buat stoking ada kadar sepuloh ekor untuk satu kaki persegi untuk air sedalam 2-3 kaki. air mesti bersih ie filtered (natural) atau running slowly. sepat siam besar sikit dari sepat benua dan sepat benua besar sikit dari sepat ronggeng. makan phyto plankton dan herbivor. tapi daging yang boleh masuk mulut pun boleh makan juga seperti fish meal. saya guna dedak padi campur fish meal. masa besar 6-8 bulan untuk jadi 10 ekor sekilo. cara makan, fish month 2 kali sehari, lepas tu sekali sehari pun tak apa. kena ternak bawah matahari untuk boleh hidupkan algae air. harga di sg besar sama harga puyu ia itu 9-10 untuk sekilo harga ladang. benih harga 18-20 sekor untuk benih antara 1-3 inci. senang cedera masa tangkap dan transport. guna pukat yang tenun. eof salam hj hanafiah
Tn Aji., Terima kasih di atas info tu.
Yg lain tak berminat ke? Tadi pergi Giant supermarket. Sepat Benua (sepat siam ni) RM 5.99 utk 250 gm. ( dlm 6- 8 ekor) tu yg kering tuu. Jadi sekilo mau RM24... value added / yg dtambah.. ikan dijemor, diasinkan dan diplastik yg berjenama...terus dimarket... senang nyeee. Bukan org kita yg buat... kenapa?
saya ada menternak ikan sepat dalam kolam simen ..dan memberi makan roti..nak tanya otai kat sini..boleh tak ikan sepat ni membesar kat kolam simen ..dan perlukan air nya berapa dalam..buat masa sekarang kolam saya air nya 1.5 kaki..makanan apa kah yang sesuai untuk ikan sepat ni..kolam saya size 10x10x3 ...sepat siam
salam sahabat...beneh ni saya dapat dari ikan liar
salam
makanan paling disukai ialah sejenis lumut hijau berlendir nak describe in detail tak reti. kalau kolam penternakan/pembenihan terkena serangan hyra ikan sepat boleh digunakan sebagai biology control. tapi kalau bela secara komersil pakai palet je la wassalam
__________________
no hp 017-2503290 tak jawab sila sms maklumat kursus/benih ikan sila layari; www.adzmikelibreeding.blogspot.com basic pet fish visit; http://zda-fishenthusiast.blogspot.com/ pembenihan betta; www.adzmibettabreeding.blogspot.com
Quote:
Quote:
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||