salam semua ahli BJ..
disini saya ada sedikit krisis pemikiran saya... saya ada modal 10 ribu dalam tangan,sy pernah ikuti kursus ternakan ikan ketutu,ikan kelah dan ikan keli. lain2 cacing n lintah... saya lebih berat kepada ikan ketutu ,tetapi setelah sy lihat kawan saya telah mula menternak sendiri (3 kolam,1000 ekor anak ikan ketutu) dtg pada diri sy rasa ragu2 sebab setakat ini dah 3 bulan kawan sy menternak,hampir 30 ekor dah mati....tambahan pemakanan plak terlalu tinggi kosnya... jadi mgkn itu satu cabaran bagi seorang penternak ikan ketutu atau adatak pandangan saudara2 semua apakah yg terbaik saya boleh ternak bermodalkan rm10 ribu ni... terima kasih... Last edited by en faizal; 04-10-2009 at 11:47 PM. Reason: tukar tajuk.
Tiada cadangan ikan apa tapi mencadangkan jangan membela keli terus dgn modal 10 ribu tersebut. Kalau nak try keli jugak, main mainlah satu kolam dengan 2000 fries dulu. Tengok boleh tahan kos makanan tak..
![]() ikan ketutu tu satu idea yg baik. Saya sendiri nak membela ketutu tapi tak macam kawan awak. Dia buat 1000 ekor 3 kolam. Saya mungkin buat 2000 ekor 10 kolam. Macam mana pun saya belum lagi bermula so jangan ambil pandangan saya secara serius. Tanya pada yg pakar. Quote:
hang dah pegi kursus kan? so apa kandungan kursus tu?? apa yg kursus tu bincangkan? takkan takde cerita strength ngan weakness ikan? so dari kursus kita leh menilai mana yg patut...setiap ikan ada kekuatan dia sendiri...ada penternak bela keli jana lebih kurang RM 50k sebulan, ada juga penternak keli jana -RM sebulan...
Quote:
2)mesti memilih benih pada orang yang betul 3)muat kolam yang bersesuain dgn ikan yang hendak di ternak Quote:
belajaq dari kawan2 macamana nak bela ikan... nak pi kursus masa dulu payah nak jumpak(tak macam lani..dah berlambak kursus dari yg dok betoi2 bela ikan)& tak mampu.... Mula2 juai kat orang kampong ngan pasaq sikit2...lama2 dah ada modai lebih sikit tambah lg....alhamdullilah dari berkat kesabaran dah bertambah sumber rezeki cheq..... P/s; yg dok bg kursus tu tak semestinya dia tahu bela ikan,kecuali kalu dia sendiri yg bela ikan...
salam,
nak bela ikan ni senang je..yang penting pengalaman samada dari kawan2 or dari kursus..klu dh ader basic, baru senang nak cite..jgn mulakan tanpa sedikit pon pengetahuaan, nanti naya..klu bermodalkan 10k, banyak benda yg leh dibuat selain dari terus menternak 100%.penternakan memerlukan jangka masa yang panjang, paling kurang ikan keli iaitu 3-4bulan untuk mendapat hasil tuaian.cuba kaedah menternak 50% dan trading 50%.disamping menunggu hasil tuaian, anda juga boleh menjual kelengkapan kolam termasuk anak benih, peralatan kolam, makanan ikan, hormon, vitamin ikan dan bermacam2 lagi kelengkapan yang digunakan oleh lain2 penternak.disitu anda bukan saja menjana pendapatan dari hasil tuaian, tetapi juga menjana pendapatan dari side busines yang anda lakukan. macam saya la, pada awalnya menternak saja, tapi skang dah wat trading melebihi ternak..hehe.. banyak jenis ikan yang boleh diternak, ikan puyu boleh, sepat boleh, patin boleh, yang penting macamana nak market..jgn dok diam belakang rumah tapi mengeluh tak dapat jual hasil...usaha dan marketing strategy tu yg penting... Quote:
![]() Z.... garangnye....hik3!! dah makan?? dah minum?? dah tdo?? hurm.... mesti ade yg tak kena ni... hik3!!
tadi baru balik dari pusat ikan ,pg tgk2 ubat ikan,formalin dan metadin biru...
belajar cara nak cegah penyakit ikan.pg pun dengan kawan yg dah bela ikanketutu...cuma tulah nak bela kene ada ilmu dululah...sbb tny rakan2 lain dia cadangkan jgn bela ketutu 100%..buat dua ternakan...cth ketutu dan kelah...disamping tu jadi agen pembekal benih ikan.. terima ksih kpd yg dah bg pandangan..mgkn dalam ramai2 ahli BJ ada yg mula dgn modal yg kecik dulu kan mcm daus n milionare....pengalaman itu yg saya nak dari saudara semua ada pandangan lain lg...insyaAllah akhir bulan ni saya akan jalankan ternakan cuma sekarang nih nak dapatkan sedikit lagi pandangan2 saudara semua...
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||