asyik lembu kambing je.aku nak tanye korang pasal arnab.wujud lagi x projek ternakan ni,di mana dan kemana pasarannye.kenape xde org buat walaupun kos rendah,senang ternak dan ada dlm senarai ternakan di jbtn haiwan n bank pertanian.kenape?mai la citer.... :wink:
asyik lembu kambing je.aku nak tanye korang pasal arnab.wujud lagi x projek ternakan ni,di mana dan kemana pasarannye.kenape xde org buat walaupun kos rendah,senang ternak dan ada dlm senarai ternakan di jbtn haiwan n bank pertanian.kenape?mai la citer.... :wink:
asyik lembu, kambing sebab ianya tak dapat dipisahkan daripada orang malaysia nie dalam menu kita seharian...dengan permintaan terbesar ialah ayam>lembu>kambing>dan lain2...kalau dalam kek permintaan tu aku tak tahu lah arnab baper persen?..masalah nya tu jer lah kalau kau setakat nak ternak untuk memenuhi selera permintaan termpatan atau terpilih mungkin lah..tapi nak dimajukan ke tahap komersial susah ler..kau kena tukar mind set penduduk malaysia nie dulu...baru senang nak market...huhuhuhu :-D
__________________
Nak buat budget katering klik sini Mainmasak2.
Nak redesign blogger atau wordpress klik sini I'm Freelancer.
Mindset Melayu....bukan suma,....makan daging kambing.. kena darah tinggi, makan daging biri2.. panas, makan daging lembu..jadi gemuk, makan ikan keli..ikan keli makan taik, makan arnab..cam kucing pulak, makan ayam..takut selsema burung, KFC tak pe. So agak2 makanan apa yang paling sesuai utk umat melayu?
:-D :-D :-D entah ler...tapi semalam aku layan lamb chop buat sendiri dengan resipi black pepper...fuhhh...layan siot...hehehehe sodapppp hehehe...daging kambing dari australia... :-D
__________________
Nak buat budget katering klik sini Mainmasak2.
Nak redesign blogger atau wordpress klik sini I'm Freelancer.
Arnab sedap je :-D goreng pun sodap. cam daging ayam, tapi tulang dia comel.
dulu family pernah bela, lama dah sebelum 1990an. tapi penjagaannya agak cerewet. Memang comel biarkan arnab berlari-lari di halaman rumah. tapi biasalah, ramai tak sanggup nak makan. hehe..
__________________
Quality Content Needed: Pihak admin akan meneliti setiap thread untuk memastikan hanya perbincangan berkualiti sahaja akan dikekalkan di dalam forum. Semoga semua ahli forum dapat mengekalkan perbincangan berkualiti.
Sila tanya di forum: Jangan pm saya soalan-soalan mengenai pelaburan / perniagaan. Sila tanya soalan-soalan anda di forum kerana di forum ramai yang boleh mendapat manfaat daripada soalan anda tersebut.
aku bukan apa,memang hobi bela arnab.biarpun hobi,bila arnab tu start ngawan.buleh penuh satu padang bola.skarang ni jadi masalah pulak.nak makan,xde org sembelih.nak sembelih sendiri,ayam buleh ditambat2.arnab ni,menggigit kuat.ada sesape buleh sembelih?
aku pernah ternak arnab nii pada awal 1995 dr 5 ekor setahun aku dah ada dekat seratus ekor.. dr reban kecik dah jadi bansal. arnab senang membiak sekali beranak paling sikit pun 3 ekor..yg masaalahnya dedak dia mahal dan market masa tu murah giler. seekor rm 7 .. mana balik modal nak beli dedak..tu pun di sulam dgn rumput. daging memang lebih sedap dr ayam.. kalau masak merah pehh sedap giler..kebanyakan org cari arnab ni utk ubat sakit semput.. memang mujarab.. kalau tak percaya siapa yg ada semput tu..mkn laa daging arnab insyaalah akan hilang semput tuu..sebb aku pun ada semput dulu laa nii settle dahh..
tp tak tahu laa market sekarang.. kalau harga baik boleh ler cuba ternak lagi.. :mrgreen:
Disclaimer: Bicarajutawan.com does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give or offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion.All posts made by either members or mods even admins on Bicarajutawan.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of Bicarajutawan.com or it's owner.YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE.