Fisheries | Akuakultur Sektor Perikanan / Akuakultur

Closed Thread
 
LinkBack (1) Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 06-11-2007, 09:09 PM
Mentors

Join Date: Sep 2006
Location: Kebun
Posts: 1,270
Thanks: 1
Thanked 4 Times in 4 Posts
uchop is on a distinguished road
Default Keli Organik/Keli Bio-Tech & Keli Omega 3
Hari ni ade lagi cerita pasal keli kat paper
refer kat link nih:
http://www.hmetro.com.my/Current_New...le/indexm_html

bagi yg maleh nak klik-klik baca aja petikan kat bawah:

Ternak ikan keli guna kaedah bio-teknologi

PBK Bertam Teknology Sdn Bhd (PBK Bertam Technology) memanfaatkan kaedah bio-teknologi dalam melaksanakan projek perintis ternakan ikan keli menggunakan kolam kanvas dan air kitar semula.

Sebagai permulaan, 10 kolam kanvas disediakan di tapak projek di Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang dengan setiap satu mampu memuatkan antara 700 hingga 1,500 anak keli.

Selain memajukan sektor pertanian, projek perintis berkenaan juga dilihat dapat meningkatkan pendapatan wanita terutama ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Pengerusi PBK Bertam Teknology, Kamariah Othman, berkata projek perintis itu hasil kerjasama Jabatan Perikanan Pulau Pinang, Pergerakan Wanita Umno cawangan Bertam dan Syarikat Global Albait Sdn Bhd selaku perunding kepada projek berkenaan.

Menurutnya, ternakan ikan keli menggunakan kaedah berkenaan tidak memerlukan kawasan luas selain menjimatkan kos kerana air tidak dibuang, sebaliknya dikitar semula.

“Kaedah bio-teknologi yang digunakan memberi tumpuan pada rawatan air kerana ia aspek penting dalam menentukan ikan sihat atau tidak.

“Kaedah yang digunakan sudah diuji dan hasilnya ikan membesar dengan baik, manakala air pula tidak busuk,” katanya pada majlis perasmian projek perintis itu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan dan Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, baru-baru ini.

Kamariah berkata, pihaknya mendapat nasihat Pengarah Saintifik Global Nourisher Bio Sdn Bhd, Prof Nik Mat Mahmood Daud.

okeh.. dibuka untuk discussion
__________________
Blog : http://oblongburger.blogspot.com Fesbuk: Yusof Ishak Skype: yusof.ishak YM: U'cHoP
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Sponsored Links
  #2 (permalink)  
Old 06-11-2007, 09:56 PM
Just Hatched
Join Date: May 2007
Posts: 46
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
Berintam Malaysia SB is on a distinguished road
Default Re: Keli Organik/Keli Bio-Tech & Keli Omega 3
Hasil Kajian Bioteknology mereka sudah mendapat kelulusan daripada Kementerian Sains & Alam Sekitar ke belum?. WHO sudah iktiraf ke belum samada ianya selamat dimakan atau tidak?. R&D perlu belanja besar. Bukan senang nak dapat company yang berani buat pelaburan berjuta ringgit untuk R&D sedangkan pulangannya belum pasti lagi..
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
  #3 (permalink)  
Old 06-12-2007, 08:04 AM
Near-Enthusiast
Join Date: May 2007
Posts: 682
Thanks: 0
Thanked 1 Time in 1 Post
jukebox is on a distinguished road
Default Re: Keli Organik/Keli Bio-Tech & Keli Omega 3
On-topic :
Kalau betul cerita ni, memang baguslah sebab kandungan omega 3 yang tinggi cuma ada pada ikan yang mempunyai kandungan minyak yang tinggi (ikan keli tidak). Soya yang digunakan sebagai salah satu bahan palet ikan mengandungi omega 6 dan badan manusia memerlukan keseimbangan ratio dalam kedua-dua asid berlemak berkenaan.

Off topic :
Kenapa tidak gunakan kolam tanah then lapikkan dengan kanvas kalau benar adanya kelebihan menggunakan kanvas? Sudah pasti kos lebih kurang dari konsep yang Berintam supply

Tapi aku masih tak faham apa kelebihan penggunaan kanvas as opposed to tanah atau simen, alga biru hijau takleh membiak bila digunakan kanvas ke? Tak mungkin sebab asalkan ada kelembapan sudah cukup untuk dia membiak atas apa permukaan sekalipun.

Proses pembiakan alga biru hijau geosmin dan (MIB) ni perlukan sinaran matahari untuk proses photosintesis untuk pembiakan, iron dalam air dan carbohydrate dalam bahan organic untuk pembesaran . Gambar-gambar yang aku tengok pasal ternak ikan keli pakai kanvas ni kebanyakannya dibuat on open space, so walaupun ada recycled water filtration alga tu kalau udah bertapak memang tetap akan ada.

Nak tengok gak betul ka ikan keli depa ni bebas dari bau dan rasa lumpur
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
  #4 (permalink)  
Old 06-12-2007, 03:44 PM
Mentors

Join Date: Sep 2006
Location: Kebun
Posts: 1,270
Thanks: 1
Thanked 4 Times in 4 Posts
uchop is on a distinguished road
Default Re: Keli Organik/Keli Bio-Tech & Keli Omega 3
Quote:
Originally Posted by jukebox
On-topic :
Kalau betul cerita ni, memang baguslah sebab kandungan omega 3 yang tinggi cuma ada pada ikan yang mempunyai kandungan minyak yang tinggi (ikan keli tidak). Soya yang digunakan sebagai salah satu bahan palet ikan mengandungi omega 6 dan badan manusia memerlukan keseimbangan ratio dalam kedua-dua asid berlemak berkenaan.
yup betul...
lemak dlm keli cuma 5%...
dan omega 3 cuma ada dlm 1% dari 5% tadi....
dulu TPM ada buat (aku pioneer kat biotech dept TPM)

kalo setakat campur fish oil dlm feed pastu kata tinggi omega 3, memang penipu namanya (atau dia tak abis baca buku)
__________________
Blog : http://oblongburger.blogspot.com Fesbuk: Yusof Ishak Skype: yusof.ishak YM: U'cHoP
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
  #5 (permalink)  
Old 06-12-2007, 05:31 PM
Near-Enthusiast
Join Date: May 2007
Posts: 682
Thanks: 0
Thanked 1 Time in 1 Post
jukebox is on a distinguished road
Default Re: Keli Organik/Keli Bio-Tech & Keli Omega 3
Selain dari fish oil dan sumber berminyak yang lain untuk sumber omega 3, ianya boleh juga didapati dari plankton dan beberapa jenis alga. Aku rasalah (tekaan sekupang jer) inilah sumber depa nanti

Ikan keli ni omega 3 tersimpan didalam perut ataupun didalam kulit sahaja, so bila siang ikan keli peratusan tinggi omega 3 ni akan terbuang. Jenis ikan yang berminyak pulak, kandungan omega 3 ni ada pada isi dan lemaknya. (uchop, kau masa kat biotech TPM masa trace % keli betul tak research aku ni)

Jadi aku rasa kalau depa dapat buat palet kaya dengan omega 3 pun peratusan tingginya akan terbuang bila disiang ikan tu.
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
  #6 (permalink)  
Old 06-12-2007, 08:24 PM
Just Hatched
Join Date: May 2007
Posts: 46
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
Berintam Malaysia SB is on a distinguished road
Default Re: Keli Organik/Keli Bio-Tech & Keli Omega 3
Aku tak berani nak claim samaada system ternakan ikan dalam kanvas ini mengandungi omega 3 atau omega 6. Sebab kita tak buat research psl tu. Bab tu serah pada pakar ikan untuk menjawab. Di Indonesia, kajian pd ikan keli (lele) sampai kpd satu tahap dimana ikan keli berpotensi utk dijadikan bahan pengobatan. Fenomena Tsunami yg lalu telah menyebabkan ikan linang di laut pupus. So, penyelidik tempatan spt Prof. Dr Shukri di kelantan menjelaskan ikan keli yang diternak secara organik berpotensi utk menggantikan ikan linang sbg bahan bagi mengatasi masalah buah pinggang, lelah & tenaga batin utk lelaki. Apa pun hasil kajian mereka.. kami hargai. Sekurang2nya ikan keli sdh mempunyai tambah nilai. Yang lebih jelas, menggunakan system kanvas ini..lebih mudah utk kita membuat penggredan ikan2 tu. Smpai masa ikan2 yg bergenatik baik akan membesar lbh cpt dari yg lain. Yg cpt besar akan jd penghulu & panglima dlm kumpulan ikan tu. Ikan besar akan "ngap" ikan yang kecil. Sbb tu pengasingan perlu spya kehilangan ikan2 yg diternak dpt dikurangkan. Lagipun melalui system kanvas, ikan2 akan bebas dpd pemangsa. Memberang klau dh masuk kolam akan bawa anak beranak. Kenduri...Bila dah grading ikan2 tu dgn sempurna, kita dpt kompom berapa baki ikan2 yg ada dlm kanvas. So, dpd situ kita dpt tablekan semula makanan utk ikan2 tu. Dpt kurangkan pembaziran. Saki baki makanan yg terlebih & najis ikan akan jd amonia. Boleh menjejaskan kualiti air. Air & makanan adalah komponen yg sgt penting utk ikan. Air yang bersih & sesuai utk ikan serta makanan yg cukup akan membantu tumbesaran ikan2 yg diternak. Berkenaan air yg biru hijau...kena pastikan dulu samada lumut atau algae. Lumut & tumbuh2an lain tidak sesuai berada dlm kolam kanvas. Ianya akan menjadi pesaing kpd ikan2 utk bekalan oksigen. Kanvas adalah objek mati yg tidak boleh menghasilkan oksigen. Keadaan sedemikian, tidak baik untuk ikan. Tak sama mcm tanah. Yg terbaik utk ikan2 memang dgn tanah. Cuma jika tanah dicemari dgn kapur & urea utk tujuan rawatan..boleh menyebabkan air dicemari ngan bahan kimia. Teknology DNA waktu ni dah canggih. Bahan kimia, khinzir dlm ikan semua boleh detect. Yang penting, hasil dpd ternakan ikan dlm kanvas adalah bersih & selamat dimakan oleh manusia. Gunakan pellet yg terpilih sahaja. Yang terbaik, gunakan makanan yang diproses sendiri. Asalkan protein mencukupi bagi ikan keli, insyaallah ianya akan membesar dgn sempurna. Tak adalah tengkorak je yg lbh bsr dari badan..mcm keli kayu. Oleh kerana, dlm kanvas pun ada sludge..terutama dpd sisa makanan & najis2 ikan..adalah lbh baik ikan2 tersebut dikuarintinkan dahulu menggunakan sumber air yg bersih sblum dipasarkan..Insyaallah harga ikan tuan2 boleh mendapat pasaran sehingga RM12 sekg pada harga runcit.
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
  #7 (permalink)  
Old 06-13-2007, 01:25 AM
Near-Enthusiast
Join Date: May 2007
Posts: 682
Thanks: 0
Thanked 1 Time in 1 Post
jukebox is on a distinguished road
Default Re: Keli Organik/Keli Bio-Tech & Keli Omega 3
Quote:
Saki baki makanan yg terlebih & najis ikan akan jd amonia. Boleh menjejaskan kualiti air. Air & makanan adalah komponen yg sgt penting utk ikan. Air yang bersih & sesuai utk ikan serta makanan yg cukup akan membantu tumbesaran ikan2 yg diternak.
Perkara ni aku dah post kat dalam forum ni ntah thread yang mana satu tak ingat. Ammonia ni kena faham, tahap samaada toxic unionized ammonia (NH3) atau nontoxic ionized ammonia (NH4) bergantung kepada pH level. Tinggi pH mengakibatkan NH3 dan rendah pH pulak NH4. Click pada figure dibawah :




Phytoplankton pula perlukan bahan buangan dalam bentuk ammonia dan nitrate untuk membesar. So, ini bukan masaalah yang besar.

Quote:
Berkenaan air yg biru hijau...kena pastikan dulu samada lumut atau algae. Lumut & tumbuh2an lain tidak sesuai berada dlm kolam kanvas. Ianya akan menjadi pesaing kpd ikan2 utk bekalan oksigen. Kanvas adalah objek mati yg tidak boleh menghasilkan oksigen. Keadaan sedemikian, tidak baik untuk ikan. Tak sama mcm tanah. Yg terbaik utk ikan2 memang dgn tanah. Cuma jika tanah dicemari dgn kapur & urea utk tujuan rawatan..boleh menyebabkan air dicemari ngan bahan kimia.
Aloo bro, alga ni adalah sejenis tumbuhan air yang boleh membiak pada binatang seperti cacing, penyu, siput etc. Selain dari fabrik, binatang, kolam, tasik, laut, sungai, dam, alga juga boleh membiak pada bahan kayu, tin, botol, kolam air panas, lumpur, pasir, celah-celah serta luaran batu, salji, tanah, simen, tumbuhan etc. Ada bukti saintifik mengatakan kanvas tidak sesuai untuk tumbuhan dan alga, sila kemukakan….

Tanah takda kena mengena dengan pengeluaran oksigen, malah ia mengeluarkan karbon dioksida, proses photosintesis oleh tumbuhan dan alga yang mengeluarkan oksigen. Alga cuma menggunakan oksigen pada waktu malam. Dahulu, sumber utama pengeluaran oksigen dan penyerapan karbon dioksida dikaitkan dengan tumbuhan darat sahaja tetapi kajian mendapati alga ni menyumbang hampir 45% sumber oxygen dan menyerap hampir 50% karbon dioksida planet bumi

Sebenarnya sudah ada sumber percuma untuk mengawal ammonia dan pengeluaran oksigen tetapi hangpa taknak gunakan tapi suruh penternak spend duit extra untuk semua ini, untuk environment pun cara hangpa ni merosakkan environment serupa kesan rumah hijau

Bila sebut kapur, ni terlalu general, so aku ambil mineral yang uchop jual seperti Ca(OH) & CaCO3. Hydrated lime Ca(OH) ni adalah component untuk banyak batu, kerang laut dan cengkerang siput. Calcium carbonate CaCO3 ni adalah juga component untuk banyak jenis batu, kerang laut dan coral. CaCO3 ni akan sebabkan hard water sebab kandungan mineral yang tinggi tapi takdalah merbahaya, lagipun ikan keli perlukan pH air antara soft to moderate hard water.

Urea ni banyak kegunaannya, selain dari menjadi komponen untuk baja, makanan binatang dan bertindak sebagai bahan tetap untuk nitrogen tetap ianya juga digunakan sebagai antara bahan untuk memutihkan gigi,


Quote:
Oleh kerana, dlm kanvas pun ada sludge..terutama dpd sisa makanan & najis2 ikan..adalah lbh baik ikan2 tersebut dikuarintinkan dahulu menggunakan sumber air yg bersih sblum dipasarkan..Insyaallah harga ikan tuan2 boleh mendapat pasaran sehingga RM12 sekg pada harga runcit.
Kuarantin ikan keli ni dah lama penternak di US buat untuk hilangkan rasa serupa lumpur (akibat alga hijau biru).

“Currently, one promising option for handling off-flavor fish is through the use of raceways or flushout ponds to purge the off-flavor compounds which comes from a blue-green algae in the water. This method involves holding off-flavored catfish in a small pond or raceway and continuously flushing it with well water until the off-flavor is removed.”

Depa di US guna kolam tanah sahaja. Banyaklah kerja kan tapi mungkin penternak keli seperti uchop boleh gunakan juga konsep kuarantin ni juga dan dapat jual pada harga RM12 se/kg.

Kalaulah benar ternak pakai kanvas ni ikan keli memang betul2 berkualiti, kenapa perlu kuarantin ikan dan dibersihkan dengan sumber air yang bersih? ………sebab alga hijau birulah

Ada beza ke kolam kanvas Berintam dengan kolam tanah di US? …..yang gunakan konsep sebelum jual sama sahaja

Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
  #8 (permalink)  
Old 06-13-2007, 07:26 AM
Just Hatched
Join Date: May 2007
Posts: 46
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
Berintam Malaysia SB is on a distinguished road
Default Re: Keli Organik/Keli Bio-Tech & Keli Omega 3
Spesis yg dijual di kios ikan keli kat US pun tak sama mcm keli kita.. Kenapa masih perlu dikuarintin dengan air yg bersih sbb diantara kelemahan menggunakan system kanvas ini ianya tidak menggunakan system penapisan air yg sempurna. Masalah sludge tidak dpt diatasi sehingga menyebabkan bau yg kurang enak pada ikan. Bila dimasak masih boleh potong stim untuk dinikmati keenakan rasanya. Tetapi tidaklah segeli menikmati ikan keli konflik.. Maklumlah system ni murah serta ekonomi. Tidak semahal system yg berteknology tinggi sehingga RM180k per module. Belum masuk financing..dah telan kos RM7 sekg. Tak sesuai utk ikan keli kot..Nak claim organik ni pun tak boleh suka2 atau aci hentam saja. Ada satu badan khas yg akan mengiktiraf produk kita samada organik atau sebaliknya. Yang tu kena melalui satu suruhanjaya antarabangsa yg boleh kata organik ataupun tak. Kita skrg pun msh makan beras yg disembur dgn chemical. Blum ada bahan asas utk makanan ikan yg btul2 100% organik. Nk import dr luar kos lg tinggi. Kena buat kilang sndiri plak tu..investment juta2. Guna sendiri tak hbs. Kena jual kat pengusaha lain...Dia org nak beli ngan kita ke? Harga makanan dh jd jauh lbh tinggi dr yg lain. Mungkin sdh ada akta cuma blum dikuatkuasakan spya semua pengusaha mengamalkan pemakanan yg organik kpd ikan2 ternakan pengusaha. Jgn jadi spt pengalaman yg prnah dilalui oleh pengusaha kopi tongkat ali tempatan yg trsohor. Claim kopi tongkat ali. At last..produk tersadai kat Dubai kerana kandungan tongkat ali yg dimaksudkan hampir tidak dpt dikesan..dek peratusan kandungan tongkat alinya terlalu rendah 0.000something. Naya..!. ingat..MOA pun bukan mudah nak bg pengiktirafan SOM ( Sijil Organik Malaysia ) pada produk akuakultur ni..Harap2 akan wujud pengusaha bumiputra yg betul2 berjaya menghasilkan ikan keli organik yg boleh diterima oleh pasaran antarabangsa..
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
  #9 (permalink)  
Old 06-13-2007, 09:39 AM
mybob's Avatar
Penternakan BJ
Join Date: Feb 2007
Posts: 1,070
Thanks: 0
Thanked 8 Times in 7 Posts
mybob is on a distinguished road
Default Re: Keli Organik/Keli Bio-Tech & Keli Omega 3
emm otai2 ternak ikan nie...hebat2 jugak kau orang punyer knowledge..nantie leh exchange la..uchop.. :-D
__________________
Nak Buat Akikah Anak?/Budget Katering?/Francais Nasi Kukus klik sini Mainmasak2.
Website on progress...http://www.mynasikukusayamdara.com
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
  #10 (permalink)  
Old 06-13-2007, 02:57 PM
Just Hatched
Join Date: May 2007
Posts: 46
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
Berintam Malaysia SB is on a distinguished road
Default Re: Keli Organik/Keli Bio-Tech & Keli Omega 3
Tak..berintam bukan otai dlm ikan keli nih...berintam cuma kendalikan pasaran sahaja. Berintam sedang berusaha untuk mendapatkan bekalan ikan keli yang bersih. Begitu juga dengan lain2 spesis ikan air tawar. Sekurang2nya 7 spesis ikan air tawar bersih diperlukan. 4,000 kg/sehari diperlukan bagi setiap spesis. Tak banyak..sikit je. Sekadar muat lori 5 ton saja. Bekalan diperlukan setiap hari. Kami bercadang berkongsi peluang pasaran yang ada dengan pengusaha2 yang berminat. Berintam tidak menjual system. Pengusaha boleh menyediakan system yang dicadangkan melalui inisiatif sendiri. Cuma sebagai panduan, anggaran kos bagi system tersebut adalah RM20k termasuk benih dan makanan untuk setiap modul. Dalam program kami, ada otai2 yg telah bersara dpd kementerian2, university2 & jabatan perikanan. Penyertaan otai2 dalam bidang akuakultur masih diperlukan..untuk merancakkan lagi industri perikanan negara. Kita semua buat kerja masing2. Jika berintam nak cepat kaya, peluang yang ada sudah lama diserahkan pada sykt korporat yang memiliki modal besar. Cuma demi kebaikan bangsa, kek yang sebesar itu kita kongsikan bersama..kita sama2 melaksanakan jihad ekonomi..demi agama, bangsa dan negara...semoga apa yang kami usahakan dapat difahami oleh semua pihak. Bro ucop, adzmi, jukebox & lain-lain otai trime kasih kerana bnyk memberi pandangan..bagus tu.Ada ilmu tak disalurkan pd org rmai jadi dosa pulak..serba salah plak bila ada ilmu tinggi2 ni ye..
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Advertisement
Closed Thread

Bookmarks


LinkBacks (?)
LinkBack to this Thread: http://www.bicarajutawan.com/forum/thread1116.html
Posted By For Type Date
Keli Omega 3: Selamat Datang Ke Blog Keli Omega 3 This thread Refback 02-21-2010 03:05 PM

Currently Active Users Viewing This Thread: 1 (0 members and 1 guests)
 
Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is On
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On


Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Penternakan Ikan Keli : Buat Duit Dengan Ikan Keli zamrimohamad Books Club 17 03-13-2010 02:40 AM
Bincang - Ikan Keli Organik Kak Yati. uchop Fisheries | Akuakultur 1242 01-07-2010 01:32 PM
Serunding Keli aurafx Agro Crops, Livestock & Aquaculture 4 12-15-2009 01:04 PM


Disclaimer: Bicarajutawan.com does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give or offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion.All posts made by either members or mods even admins on Bicarajutawan.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of Bicarajutawan.com or it's owner.YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE.

no new posts