tertarik dengan topik ni...aku nak mintak pendapat otai-otai yang ada kat sini mengenai perkara ikan organik ni.
apa sebenarnya yg diorg maksudkan ikan organik ni? takat bagi makanan yang bersih, jaga air, takda antibiotik bg aku itu bukan organik. Kerajaan pun baru je keluarkan pengiktirafan Skim Organik Malaysia (SOM) tp tak perasan pulak ada ke peternak keli or ikan organik lain masuk dalam list tu. Ataupun produk 'ikan organik' saja dikeluarkan semata-mata nak tarik pelanggan mereka konon organiknya lebih baik, natural. tp bila makan itu adalah ikan biasa. siapa boleh sahkan? ada sijil? ada SOP?
setakat yg aku tahu la, nak hasilkan ikan organik ni dari proses buat telurpun kena natural. takda pakai hormon untuk bg ikan tu bertelur. biasanya ikan keli kena tunggu hujan la kalo nak betelur. ada ke diorg buat macam tu. itu tak masuk lagi kriteria makanan, stocking densiti, peralatan kolam dll.
aku pun konpius lagi pasal hal organik ni, sape2 ada pengalaman mari kita diskas sama2. aku tak nak la kita beli ikan kononnya organik, harga lebih mahal tp last2 jd cam tipah tertipu ikan tu takda apa2 yang organik pun sama cam ikan kolam biasa. hanya propaganda nak jual ikan...
Akuakultur organik ni perlu mengikut standard Naturland dan mengikut keadaan yang semulajadi sekiranya munasabah...ini apa yang gua baca dari internet la.Nak pakai aeration pun tak leh dalam sistem ternakan.Dan dia ada banyak lagi peraturan dan kalau korang nak tahu yang paling untung ialah organisasi nilah (Naturland)Diorang bagi sijil kita bayar sijil dan upah datang buat evaluation.bukannya murah beb!!!Beribu2 dolar!!!!Sedarlah bahawa kita tak leh capai lagi kalau tak ada pakar kat negara kita ni....Semua nak bergantung kat orang Barat....Letih la macam ni :x
aku rasa,dari crite ikan keli organik yg x tentu arah sahnye tu,baik tumpukan pada takat bersih,halal,suci dan x berbau.ada pasaran pun,ajar org sistem x betul pun,x kemana pasaran tu.naye org lagi ada.nak kejar yg best,tapi buatnye hampeh pun xde maknenyer...
contoh contoh makanan organik kat malaysia......ayam kampung,ulam ulam,pucuk paku,dll....ebnda benda ni tak guna sebarang chemical utk membesar....membesar secara semulajadi.
aku rasa utk suntikan hormon tak pa kut...sebab suntik hormon nih nak bagi dia bertelur jer...pastu bela la guna cara konvensional.....makanan pun kasik yg semulajadi......kambing jgn bagi makan pelet....lembu jgn bagi makan pelet.....makanan organik ni mahal skit dari yg berorganik.
Dekat Asia ni hanya ada satu kilang aje yang mengeluarkan makanan organik..Dari Thailand...Itupun tak ada pengiktirafan lagi pun...Cuma appointed aje
Aku dengar taklimat dari bos berintam. Dia kata, ikan keli organik belum boleh dihasilkan secara komersial selagi orang malaysia masih makan beras yang beracun. Bahan makanan ikan di malaysia pun belum ada yang organiknya. Ada satu badan khas antarabangsa yang akan mengiktiraf sesuatu produk yang dihasilkan sekiranya produk tersebut adalah organik. Sijil organik malaysia SOM hanya dikeluarkan untuk produk pertanian. Belum lagi kepada akuakultur. Ikan dilaut sekarang ini pun sudah tercemar dengan macam logam berat. Ikan di paya.. kebarangkalian organiknya mungkin boleh dipersetujui...katanya
Disclaimer: Bicarajutawan.com does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give or offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion.All posts made by either members or mods even admins on Bicarajutawan.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of Bicarajutawan.com or it's owner.YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE.