Quote:
Quote:
Salam
Pada saya konklusi nya, kalau mahu banyak Omega 3 lebeh baik makan ikan yang nelayan pangai ikan bodoh, org penang panggil ikan temenung, orang kl panggil ikan kembung. Kalau pergi ke tempat ikan naik kat kuala muda kedah, ikan ini di bawa naik tiap2 hari bertan2 sebab tu murah. Dulu masa saya kecik2 harga ikan bodoh ini hanya sekupang sekati, tahun 80han 2rgt 5kupang sehingga 3rgt, sekarang 7 8 rgt sekilo. Maseh murah macam ni pun maseh org peleceh ikan bodoh ni, jadi siapa yang bodoh ikan ka atau manusia ![]() Tuhan dah program bagi manusia senang, tetapi kenapa manusia bersusah payah nak lawan kepandaian tuhan dengan nak buat, nak alter benda yang sudah di sediakan. Konklusi nya pak, mahu omega 3 makan ikan bodoh, makan laksa pulau pinang. Hmmm ini Idia baguih ni, jual laksa penang dan gunakan sales gimmik dengan menamakan LAKSA OMEGA3 PULAU PINANG yang kaya dengan omega 3. Lama2 banyak org tau dah harga naik 20rgt sekilo, baru menyesal den.Kalu nak org2 melayu banyak makan ikan keli dan mahu naikan harga kita cari jalan lain kesurga. Kita kompolkan semua chef melayu kat malaysia ini. Mintak depa semua berusaha pelbagaikan resepi masak ikan keli, ini pi sana pi sini habis2 lemak cili padi aja , sedap tu memang sedop tapi lama2 bosan den. Mintak grant kat kerajaan 2 juta buat promosi besar2an, pergi segenap perusok negeri, buat pesta ajar orang masak dengan pelbagai masakan keli supaya orang2 malaysia lebeh makan ikan darat yang masih murah ini, jadi lebeh banyak orang makan lebeh banyak la orang boleh ternak, tak payah la nak alter depa bunya gene. Aku takut bila banyak makan ikan yang kena alter gene ini tengok2 esok anak cucu tumbuh ekor pulak
Quote:
Aku nie bukan la pandai sangat,tapi kalu takat dalam pHD makanan ikan tu ,tak sah kelentong aku la......dan kita nie jangan le hipokrate, orang lain kita minta proof le bukti lah ,dalam masa yang sama kita kata produk kita sampai 60 % protin ,ade prof ke, ade bukti ke....... Kalu takat pakai tepong grade malaysia tak payah bohong le....nie aku nak bagi tau hal tepong ikan ni,di malaysia semua tepong ikan di buat dari ikan baja,profil amino asidnya telah rosak ,baik untuk pokok saja, Untuk buat tepong ikan kena mula dari laut lagi.....suhu tak lebih dari 95 darjah dari mula tangkap hingga jadi tepong.Kalu pakai kacang soya pula dia ade Trysin inhabitor ,ade ke kita nyah toksid anti nutrient nie.,benda nie di buang kena guna stim atau kemia,kilang kita ada boiler ke? kalu setakat ade mesin palet dan mixer tu tak payah cakap le kita ni dah advanve Sama juga kilang makanan,kena ade lab sendiri....kena test ari ari untuk maintain qualiti...bukan nya setahun sekali atau dua tahun sekali... Kita bercakap industri makanan kita besar,berapa company yang modal berbayar lebih dari 1 juta? kalu industri makanan kita ni besar,kenapa penternakan kita tak sebesar thailand atau negara negara lain,Jangan la kita memburuk buruk orang lain untuk menunjukan kelebihan kita, think positive,act positive, tapi ada pepatah berkata 'kalu orang melayu sendiri tak menjatuhkan orang melayu siapa lagi.......... Dari segi harga palet pula,tak payah cakap la harga kita murah ,Lembu mak salleh makan tepong ikan,tak makan rumput ,tepong ikan nie murah lagi ke dengan rumput ? tapi daging dia jual lebih murah dari daging tempatan.nape? Claim pulak FCR sekian sekian,ade prof ke fcr kita tu sekian sekian,Kita tak payah tipu diri sendiri penternak sekarang bukan nya bodo,kita bole jual pada mula nya....tapi akhir nya dia tak beli lagi dengan kita.FCR 1 dah jadi 2,FCR 1.5 dah jadi 3!,dan kita boleh kelentong penternak nape jadi begini,ikan mati la,benih tak elok la dan macam macam lagi.....Tak guna jual palet murah kalu kos pengeluaran tu dah jadi tinggi Dari segi bahan mentah pula,kita masih lagi ketinggalan,kalu di thailand dah banyak kilang bahan mentah,dah ade kilang tepong kangkong,bulu ayam dan berbagai lagi bagi pembekalan kepada kilang kilang pembuatan makanan.Di sana ada tidak kurang dari 200 kilang makanan ternakan yang mana modal berbayar lebih dari RM 1 juta,dengan banyak nya kilang kilang pengeluaran ini harga harga makanan menjadi kompetatif,pengeluaran yang kompetif ini membawa kepada qualiti makanan yang lebih baik,tapi di malysia ni kita lebih mengunakan hasil buangan industri lain utuk kegunaan kilang makanan ,jadi qualiti nya macammna, profil amino acid nya macamana,lemak macam mana ,toksik yang masih ade macam mana,untuk murah kan harga palet kita pakai PKC ..seratnya macamna ,untuk optimun pemakanan ikan keli serat tak lebih dari 10 % serat,jika lebih dah tentu FCR nya akan meningkat.... tetapi dalam masa yang sama PKC nie boleh juga di pakai.....Stocking juga kena ambil kira........bahan mentah yang kita beli tahun lepas ,jangan kata protin nya sama dengan masa yang mula mula kita beli dulu,benda nie akan berkurangan mengikut cara penyimpanan kita. kita bercakap tentang protin,sebenar nya ikan tak perlu kepada protin per se tapi perlu kepada amino acid untuk pembesaran dll.enzim adalah protin,H5N1 adalah protin,hata semua virus adalah protin!,bagi pembesaran optima setiap ikan perlu kepada 11 jenis keperluan wajib amino acid,saperti lysine , metionine dll.Kalu setakat kita campur tepong ikan,dedak dan kacang soya tu boleh di panggil makanan ikan tu ,tok sah harap le kita dapat FCR bawah dari 1,tidak kira la makanan tu protin nya lebih 50 % atau tidak,ini kerana tidak semua bahan mentah tu semua nya tinggi dari segi amino asid nya,Itu baru dari segi fomulasi,dari segi penghadaman pula macamana,terlampau banyak guna tepong ikan akan meningkat abu.(ash),kacang soya atau sumber protin dari tanaman perlu kepada treatment tertentu untuk penghadaman maksimum.kalu tak, masuk ikut mulut keluar ikut belakang ......macam tu je. kalu nak kira protin yang banyak pula , bulu ayam tinggi protin nya ,80 % lebih,Nak tipu senang je ,campur dengan dedak berapa nak 30,40 50 peratus protin boleh buat,dan kalu pegi test mana mana lab pun boleh certified dan prof makanan kita sekian sekian banyak protin,tapi bila bagi makan ikan ,ikan tak akan besar sampai bila bila.Bila ade komplen kita tunjuk aje Test Result makanan kita,explain kat penternak bukan masalah makanan,masalah lain,janji boleh jual dedak sudah.Tetapi sebenar nya bulu ayam ni boleh di guna, ada cara nya ade ke kita teknologi itu....dan peralatan yang di perlukan.Ini la yang patut kita fikir kan bagaimana benda ni bole di manafaat kan. Dalam kontek keli omega 3 ,tak perlu nak kan prof apa apa,kita tak jual palet kita kat open market,makanan di bekal secara kontrak farming,kemudian ikan di beli balik,Makanan dan pemakanan kita kawal, dari segi kos hingga kepada quality makanan.Nak buat apa tunjuk sijil kat penternak,penternak bukan nak sijil,mereka nak untung! Kalu kos jadi mahal kita kurang kan harga makanan atau menaik kan harga belian ikan,penternak adalah aset kita,kalu mereka rugi,mereka tak akan jual kat kita atau tak mau lagi ternak ikan,macam mana kilang nak jalan, kita juga yang rugi.............Salam Last edited by abanghan; 05-15-2008 at 12:03 PM.
Quote:
Kalu kita tengok secara global..tangkapan ikan berkurangan dari setahun ke setahun,Tepong ikan adalah bahan mentah utama, boleh di katakan untuk semua penternakan,dan untuk ikan pula di dalam diet pemakanan perlu sekurang kurang nya 1 % dari asid lemak omega 3, dan 1 % dari asid lemak omega 6 untuk pembesaran optima. Kita jangan jadi macam beras,dulu bila ade orang syorkan untuk memperbesarkan tanamam padi ,kita kata import lebih murah, tapi sekarang baru sibut nak memperbesarkan tanaman padi ini bila ade masalah! Kalu kita berfikir secara rational,di masa depan harga tepong ikan dan minyak ikan akan melambong tinggi,(tangkapan berkurangan) dan sudah tentu nya harga harga palet ini akan menjadi mahal,Kalu kita dapat mengembang kan keli omega 3 secara berskala besar,dengan pengeluaran 1 tan keli omega 3, kita dapat keluarkan sekurang kurang nya 10 tan keli biasa.........samada dalam bentuk minyak ikan atau tepong ikan yang di campur dengan bahan mentah lain......... Last edited by abanghan; 05-16-2008 at 09:12 PM.
Quote:
Keli Omega 3 adalah reality ! bukan gimik,cuma mungkin terlalu awal ![]() Bill gate mengeluarkan program window ver4.0 nya dulu berkata operating sistem nya adalah yang terbaik,sedangkan operating sistem nya kena masuk melalui pintu lain kemudian keluar melalui window dia,dan dia yakin dia betul walau pun orang lain kata dia bohong.Dan sekarang ini dia adalah orang yang terkaya ......... dan ini lah kenapa di bincang bicarajutawan.com ini ?
Last edited by abanghan; 04-27-2008 at 12:54 PM.
kepada yang email dan pm mahu formula makanan ikan keli........
1.Spesifikasi pemakanan ikan keli.-clarias gariepinus a. Lemak - 8 hingga 10 % b. Protin 1. Rega ke 1 " - 35 hingga 40 % 2. 1" ke 3" - 25 hingga 35 % 3. 3" keatas - 28 hingga 32 % 4. Induk (40 hari sebelum di suntik) - 40 hingga 45 % c. Kabohydrate - peneriman lebih baik berbanding ikan jenis kanivarous d. Amino asid - a.lysine -5.1 % dari jumlah protin b.methionine ( jika cystine tiada) -2.3 % dari jumlah protin e.Phosphorus - 0.5 % f .Garam - 0.5 - 1.0 % g.Tenaga penghadaman - 2700- 3100 Kcal/kg h.Komponen penting : tidak kurang dari 7.5 % tepong ikan , tidak kurang 14 % Protin dari sumber binatang lain spt bonemeal dsbnya. i.Faktor negatif : lemak tengit ( rancid),serat tinggi lebih dari 8 % 2.Contoh formula makanan. a. Tepong Ikan - 20 kg b. Penukut beras - 40 kg c. Kanji - 8 kg d. Hampas kacang soya - 30 kg e. Minyak sawit - 2 kg f. Vitamin Pre mix - 0.5kg g.Dcalcium phosphate - 1 kg anggaran protin 29 hingga 30 % Selamat mencuba........ Last edited by abanghan; 04-27-2008 at 12:54 PM.
Quote:
sorry lambat reply... (aku balik kajang) jika marah kita terarah utk buat salah.. kita berkeputusan sblm baca.. aku dah tulis aku kat TPM 1998-1999 link yg hang kasi 2001... aku dah korek kolam sendiri kat batangsi la bro.. org punya paper tuh... mungkin en hanan dari fisheries boleh explain lanjut... cucuwak pun dah hint kat hang sikit tentang TPM punya research..
__________________
Blog : http://oblongburger.blogspot.com Fesbuk: Yusof Ishak Skype: yusof.ishak YM: U'cHoP
hebat nya hang... bravo..!
__________________
Blog : http://oblongburger.blogspot.com Fesbuk: Yusof Ishak Skype: yusof.ishak YM: U'cHoP
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||