PERSATUAN PENTERNAK-PENTERNAK IKAN BUMIPUTERA MALAYSIA
PROFIL PERSATUAN Persatuan Penternak-penternak Ikan Bumiputera Malaysia (PPIBM) ditubuhkan pada 19 November 2008 bertujuan menyatupadukan penternak-penternak ikan bumiputera yang menjalankan penternakan di Malaysia. MATLAMAT 1. Memperkasakan Industri Akuakultur Malaysia . 2. Memperkenalkan produk ke pasaran Global. 3. Membantu penternak-penternak bumiputera dalam pasaran. 4. Menstabilkan harga-harga ikan mengikut pasaran semasa dari pesaing bukan bumiputera. 5. Membela nasib penternak bumiputera 6. Membimbing penternak dengan kaedah penternakan moden dan terkini. 7. Membantu penternak baru. 8. Menyediakan latihan, bimbingan dan nasihat. 9. Penyelidikan dan pembangunan (R & D). 10. Menyediakan tempat dan lokasi penternakan . 11. Bantuan kewangan dan pinjaman. 12. Tabung bencana alam kepada penternak. 13. Insurans berkelompok. 14. Khairat kematian penternak. 15 Kemudahan-kemudahan yang difikirkan perlu KEAHLIAN PPIBM • Ahli-ahli PPIBM terbuka kepada semua bumiputera Malaysia . • Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah keahlian melalui borang keahlian. • Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah melalui Ahli Jawatankuasa Tertinggi persatuan. • Ahli yang baru mendaftar dikenakan bayaran pendaftaran keahlian sebanyak RM50.00 sebagai bayaran kos pengurusan dan peralatan seperti kad keahlian, borang, surat-menyurat dan sebagainya. • Yuran keahlian yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM120 (satu ratus dan dua puluh sahaja) setiap tahun dan boleh dijelaskan melalui tiga cara seperti berikut: 1. RM120.00 setahun (sekaligus). 2. RM60.00 (dua kali setahun). KELEBIHAN MENJADI AHLI • Setiap ahli diberi jaminan pasaran. • Tiap-tiap ahli persatuan akan dilindungi oleh insurans berkelompok. • Ahli mendapat tabung bencana alam apabila berlaku risiko penternakan seperti banjir, ribut dan sebagainya. • Setiap ahli persatuan akan menerima khairat kematian dari persatuan. • Pihak pengurusan persatuan akan memasarkan produk ke pasaran antarabangsa. • Pihak pengurusan persatuan akan menyediakan bantuan kewangan dan pinjaman iaitu melalui kerjasama dengan pihak Agro Bank, dan TEKUN serta Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani melalui dana khas dan badan kewangan lain. • Setiap ahli dibimbing dengan kaedah penternakan moden dan terkini • Menstabilkan harga ikan. • Kemudahan-kemudahan lain yang difikirkan perlu oleh pihak persatuan. BLOG :- www.ppibm.wordpress.com Last edited by en faizal; 04-17-2009 at 05:30 AM. Reason: tukar tajuk.
Salam...insyaallah..aku one of the ahli utk PPIBM..bg aku persatuan nie mmg amat2 membantu terutama penternak2 baru (mcm aku le)hehe..sbb depa nie ade byk bwt krsus..then dr keahlian kite dpt byk bnfit....aku sndiri penah jmpe die pnye pengasas PPIBM- dr.hafidze..alhmdllh....klu rajin join la...depa ade pusat trnakan kt area dengkil.bukit changang..gerek seyhhhh
Quote:
benefit? ada sesiapa ahli ppibm yg pernah dapat itu benefit? tolong syer.
Saya pernah nak join tapi dinasihatkan oleh ahli jawatankuasa persatuan sendiri untuk berfikir masak-masak kerana wujudnya masalah dalaman dalam persatuan. Somehow saya tak berani nak komen apa-apa sebab saya tak jadi join.
Dalam web ppibm ni kan ada nombor telefon ahli jawatankuasanya. Cubalah tanya AJK negeri masing-masing. Get advice from them. Quote:
Quote:
peaceee...
Quote:
kat pertanian agrotek dengkil. masuk ikut simpang depan masjid dengkil. jauh juga masuk dalam. yg paling hujung sekali..itulah tempatnya. saya suka melayu bersatu dan berpersatuan begini. tapi saya paling tak suka orang ambil kesempatan dari MOTO persatuan. so; kalau ada yg sudi untuk buktikan bahawa dia telah menjadi ahli dan telah mendapat benefit. tolong ceritakan benefit apa yg diperolehi. jgn kecing noo. sbb rakan BJ ni ramai yg rajin turun padang utk melihat sediri. kalu benar2 bagus, war-warkanlah berserta bukti . semoga ia menjadi satu persatuan contoh. semoga impian persatuan akan menjadi kenyataan.. sebagai pembekal terbesar di malaysia. tapi kalau sebaliknya or sekadar nk running kursus.. sediri mau ingatlah. sebab ....forum BJ ni ramai ahlinya. perniagaan perlukan kejujuran. "maaf jika ada yg terasa" kejujuran akan membawa keberkatan.
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||