Tadi seorang tauke Cina cadangkan saya buat projek Sarang Burung Layang2, Anggaran kos permulaan lebih kurang 40 - 60 K. Dia ajak saya JV 40 K seorang. Tanah saya lebih kurang 6 KM dari laut dan status bangunan, jadi dari segi lokasi tu kira ok. Masalahnya saya tak bermodal, nak buat pinjaman tu, kena fikir banyak kali. Dari pemerhatian saya disekitar Dungun ni ada lebih kurang 10 buah projek sarang burung layang2, semuanya dimiliki orang cina. Mungkin ditempat lain ada orang Melayu yang buat projek ni. Kalau sesiapa ada info berkaitan potensi projek ini boleh kita bincangkan.
Quote:
ape kate yang lain ?
Persoalannya adakah sarang burung tersebut ( biasanya dibuat sup ) dijual kepada orang melayu Islam atau dijual kepada bukan Islam. Pandangan aku, Kalau setakat jual kepada bukan islam aku rasa tak pe, sekiranya hanya hukum memakannya haram. Jangan bandingkan dengan menjual arak atau babi kerana asasnya benda2 tersebut dah sememangnya haram di dalam hukum, berbanding dengan air liur burung layang2 aku tak pernah baca atau dengar air liur burung tu haram, kecuali mcm Naim kata hukum memakannya adalah haram. ( Sapa yg lebih tahu hukum sila betulkan takut2 aku silap ). Satu hal lagi, aku rasa aku tak pernah tengok orang melayu islam yang mempunyai restoran yang menjual sup sarang burung ni, jauh sekali nak memakannya kerana harganya yang agak mahal. Kalo yang buat projek sarang burung layang2 ni ada la, tu pun aku rasa cuma bagi sewa tapak je, operasi chanunyaalif yang running. Tapi yang eloknya pergi la tanya tok2 guru agama yang lebih arif baru la puas hati.
Hazri..tanah ko kat mana? area Gong Pasir ke? aku tengok banyak tanah area tu yang kosong lagi.
=>AbuBusrah, Tanah saya kat Binjai Stesen, Tepi Sg Dungun dekat Jln Keretapi yg tak bekeretapi tu.
=>Petani, TQ atas info yg di beri, saya akan cuba kawan di kelantan. =>Saya masih menunggu kepastian tentang hukum memakan sarang burung layang2 ni. Saya sendiri pernah memakannya dan pernah membeli untuk dijadikan ubat arwah bapa mentua saya. Ada Restoran "Halal" terutamanya di KL dan JB yg menyediakan sajian Sup Sarang Burung........
copy paste dari
http://hikmatun.wordpress.com/2007/0...l-dan-haram-2/ 11) Semua binatang yang diarahkan untuk dibunuh atau dilarang dari dibunuh. Sebilangan ulama berpendapat bahawa binatang-binatang yang dilarang oleh nabi SAW dari membunuhnya atau yang diarahkan untuk membunuhnya adalah haram. Binatang yang diarahkan bunuh: Sabda nabi SAW: “Dari ‘Aisyah bahawa rasul SAW bersabda: 5 jenis binatang semuanya fawasiq boleh dibunuh di Tanah Haram: burung gagak, burung layang-layang, kala jengking, tikus, anjing dan al-’aqur (sejenis binatang yang menggigit).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai). *** persoalan lanjut harapnya boleh dikemukakan pada yang lebih arif.
Tentang Cost untuk projek sarang burung layang-layang ni lebih kurang RM 20,000 keatas, bergantung kepada size, lokasi,audio system dan sebagainya.
Bak hukum..... Saya ada bentanya beberapa orang yang agak arif (ustaz) . Yang dijual dipasaran adalah "Air Liur Burung" yg terdapat pada sarang burung layang-layang (walit). Setelah melalui beberapa proses pembersihan, maka tinggallah air liur burung tersebut untuk dipasarkan. Jadi ia adalah berrsih dan boleh dimakan. Walau bagaimanapun saya amat menunggu jawapan dari yang benar-benar arif.
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||