SEPANG, 19 Okt (Bernama) -- Bila disebut ubi kayu, datuk dan nenek kita mungkin akan teringat waktu makan ubi kayu rebus semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu bilamana beras sukar didapati.
Bagi petani dan pekebun di kampung, makan ubi kayu yang direbus merupakan kebiasaan selepas lelah membanting tulang di sawah dan ladang.
Namun, apa yang nyata ubi kayu yang menjadi penyambung hidup orang miskin juga boleh mengubah hidup mereka yang bijak mengambil peluang dan tabah berusaha.
Pesara tentera, Haji Jamaluddin Singah, 60, dari Kampung Bukit Bangkong, Sg Pelek di sini, kira-kira 100km dari Kuala Lumpur bergelar usahawan dengan pendapatan lumayan kerana ubi kayu.
Beliau mampu meraih pendapatan kasar sehingga RM69,000 sebulan, hasil perniagaan kerepek ubi kayu dan makanan ringan lain yang diusahakan sejak 1987.
Perusahaan Sepang RJ milik Jamaluddin tidak bermula dengan modal yang besar atau pun pinjaman bank. Semuanya dibuat secara berdikit-dikit dan perniagaan yang diusahakan secara industri kampung ini semakin meningkat.
Jamaluddin boleh berbangga kerana produk kerepek ubi kayunya turut dipromosikan dengan bantuan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) ke Singapura, Brunei, Bahrain, China dan Taiwan.
pengalaman takde.. tapi saya perhatikan potensi perusahaan ni mmg baik.. sekarang bentuk packaging pun dah cantik mcm kentang lak... perusahaan ni banyak kat area johor dengan selangor kan..
kerepek ubi nie yg sedapnya kalau pakai ubi kuning. tapi ubi kuning nie tak ramai yg tanam sbb tak sedap utk dimakan atau dibuat kuih ker. biasa yg jual kat pasar tuh ubi putih. biasanya yg dia org buat kerepek nie guna ubi putih. kaler cerah jer kan. kalau guna ubi kuning kerepek nyer kuning sikit dan lebih rangup. kat JB ada satu tempat yg guna ubi kuning nie tapi sekarang ni pun dia kata susah nak dapat. ada sesapa yg ada baka ubi kuning nie?? kalau ubi biasa tuh saya ada la, ubi pulut pun ada, ubi gajah pun ada, ubi tahun pun ada.
wuish, raya pung nak dekat nih, sesapa area KL/Selangor kalo rerasa nak mniaga kerepek nih bleh amek kat Tg Karang, area sana bersepah, murah2 lagi...mcm2 jenis kerepek ader, ubi, pisang, cendawan, nangka, beras, durian dan byk lagi....sungguh enak dimakan begitu sajaa...lalaalalalaalalaaa
Assalamualaikum,...
Siapa tahu berapa anggaran harga mesin untuk buat kerepek....
Pisang nangka dah berbuah ni,... boleh buat kerepek, jual utk Hari Raya.....
buat kecik2 dlu, cara manual, potong jerk pakai tangan, jgn hang potong tangan hang sudah...mesin tuh bleh buat sendiri @ upah jerk org buat, harga tuh igt2 tak sampai rm1000.00
sagat guna tangan jer. takyah pakai mesin pun. bila minyak dah panas tuh sagat jer pisang tuh terus masuk dlm kuali ehehehehe jgn lepas tuh tenguk jari tinggal separuh sudah.
Disclaimer: Bicarajutawan.com does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give or offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion.All posts made by either members or mods even admins on Bicarajutawan.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of Bicarajutawan.com or it's owner.YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE.