|
|
Salam...saya ndak minta komen, nasihat dan apa2 yang berkaitan... ceritanya macam ni..saya ingin membeli tanah, setelah selesai menengok tanah..duduk la semeja dengan tuan tanah..bukak geran..ops Geran Sementara, ada sekatan tukar hak milik dan tanah adalah status pajak 99 tahun.
Soalan Pertama - Geran sementara, bagaimana untuk menukarkannya ke geran tetap. Soalan Kedua - Sekatan -tidak boleh tukar hak milik/gadai tanpa kebenaran Pengarah Tanah Saya diberitahu tuan tanah sebelum boleh menukar hak milik, isi satu borang memohon tukar hak milik tanah hantar kepada Pengarah Tanah, selepas mendapat kelulusan, berurusan pulak dengan pejabat tanah daerah, isi borang tukar hak milik tanah... Soalan Ketiga - Pajakan 99 tahun Apa akan jadi selepas 99 tahun? Walau pun mungkin umur saya tak panjang ingin juga tahu, boleh ke kerajaan ambil balik tanah ini sebelum tempoh 99 tahun tamat? selepas 99 tahun? Harap mendapat tunjuk ajar samada "safe" atau tidak untuk saya beli tanah ini
__________________
www.anr-usahatani.blogspot.com
Pening saya memikirkan sama ada safe atau tidak untuk membeli tanah ini...penjual mencadangkan satu Power of Attorney ditandatangani berserta dengan borang permohonan untuk menukar hak milik dan surat perjanjian jual beli. Tuan tanah minta saya jelaskan semua harga selepas borang2 ini ditandatanggani...di dalam surat perjanjian jual beli ada klaus "pembeli adalah dibernarkan untuk memasuki dan mengusahakan tanah tersebut dengan serta merta selepas pembayaran dibuat".
Harap dapat kawan2 forum BJ memberi buah fikiran dan tunjuk ajar...tolong...
__________________
www.anr-usahatani.blogspot.com
kenapa nak tanah tu jugak?
kalau sekatan itu bermaksud caveat, kalau rasa mampu nak menunggu proses birokrasi dan perundangan dan ia berbaloi, mungkin ia baik utk wish. dan pasal leasehold 99 tahun tu, tidak bijak sgt untuk tujuan investmnet.
__________________
![]() Quality Content Needed: Pihak admin akan meneliti setiap thread untuk memastikan hanya perbincangan berkualiti sahaja akan dikekalkan di dalam forum. Semoga semua ahli forum dapat mengekalkan perbincangan berkualiti. Sila tanya di forum: Jangan pm saya soalan-soalan mengenai pelaburan / perniagaan. Sila tanya soalan-soalan anda di forum kerana di forum ramai yang boleh mendapat manfaat daripada soalan anda tersebut.
Pakdi sy beli utk buat tanaman kontan.Tanah ni diberi percuma oleh kerajaan negeri kepada penjual.jd kerajaan negeri letak sekatan tidak blh pindah milik tanpa kebenaran kerajaan negeri .Jd isi borang dan hantar ke pengarah tanah pahang.Sbb dah lebih 10 tahun selalunya dibenarkan pindah milik. Yg pajakan 99 tahun plak,kerajaaan skrg ni x bg geran tetap lg sbb lg senang tuan tanah jual.kata pejabat tanah bila ndak renew pajakan nanti byr dlm rm300 aje selot.
__________________
www.anr-usahatani.blogspot.com
wait, sekatan x semestinya caveat. caveat-caveat la. for me, from what u tell here, x de masalah utk u beli. n i rasa dia suruh buat PA, sbb tanah tu, tanah mohon.
saya rasa u can go ahead. cuma kalau dia jual mahal sgt x payah la. sbb lepas u sign PA. later on u kena buat 14A pulak. tinggi gak kos. tell him, transfer je skang. sekatan (kami lebih suka panggil consent) more or less dlm 6 months baru boleh lulus. nanti le i jawap lg. bz la
oo, restriction on transfer. bila wish cerita byk sikit maklumat, lebih jelas. kalau begitu keadaan dan tujuannya, tak rugi mencuba.
__________________
![]() Quality Content Needed: Pihak admin akan meneliti setiap thread untuk memastikan hanya perbincangan berkualiti sahaja akan dikekalkan di dalam forum. Semoga semua ahli forum dapat mengekalkan perbincangan berkualiti. Sila tanya di forum: Jangan pm saya soalan-soalan mengenai pelaburan / perniagaan. Sila tanya soalan-soalan anda di forum kerana di forum ramai yang boleh mendapat manfaat daripada soalan anda tersebut.
Terima kasih Noradil and Pakdi...dah tandatangan PA and borang mohon pindah milik...Lawyer kat dah safe dah..since dah sign after High Court approve I have the right to the land, right? Once received the approval akan buat pindah hak milik...Noradil u mentioned about high cost? Cost apa?
__________________
www.anr-usahatani.blogspot.com
Quote:
Quote:
mcm lacoste jwp tu..kena tgu jupem ukur..pas keluar pelan akui pej tanah akan bg hakmilik tetap... soalan 2 mmg susah sikit nak transfer nama..kena dpt kelulusan dulu...ambik masa...silap2 5-6 bln x settle...kalu ada hikmat dalaman mungkin bleh cepat :-( :-( soalan 3 selepas 99 tahun tanah tu akan kembali menjadi hak kerajaan...tp kalu krjn x mau tanah tu utk buat sbrg projek ko bleh apply utk extension dia punye lease...kena bayo premium... tu yg aku tau le..kalu salah betulkan ye..
sedikit pandangan,
-berhati-hati bila membeli tanah yg masih berstatus geran sementara kerana; i. sempadan belum diukur secara muktamad ii.luas mungkin berbeza apabila telah diukur secara muktamad (mungkin lebih kecil jika perlu ditolak simpanan laluan dll). Jika layout utk geran sementara disediakan oleh jurukur tanah bertauliah, perbezaanya tidak ketara kerana semasa penyediaannya jurukur telah buat ukuran awal. -semasa lawatan, pastikan tanah dalam geran sementara SAMA dgn kedudukan tanah spt yg ditunjukkan oleh tuan tanah (samada geran sementara/geran kekal). Dalam hal ini, mungkin tuan tanah boleh tunjukkan sempadan tanaman yg diusahakanya shj kerana sempadan tetap belum ada. -utk lebih pasti, cuba semak di pejabat kerajaan yg berkaitan kerana mungkin tanah telah diukur tetapi geran kekal belum dikeluarkan. - pajakan 99 tahun? menjadi dasar kerajaan tidak keluarkan status hak milik kekal lagi, apabila tamat tempoh maka pajakan boleh diperbaharui. - sekatan? biasanya tiada halangan, cuma mungkin perlu dapatkan kebenaran MB -harga? biasanya tanah berstatus geran sementara harganya lebih rendah berbanding tanah yg dah ada geran kekal. TQ
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||