Reload this Page Pembiayaan perumahan menggunakan perbankan islam, apa kebaikan dan kelemahan?

Property Loan and Financial Mencari modal untuk bermula?

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #11 (permalink)  
Old 02-22-2007, 01:19 PM
Enthusiast in Training
Join Date: Aug 2006
Posts: 308
ayu_arisya is on a distinguished road
Default my research
Recently, i ada buat survey & study sikit pasal housing loan. Wen it come comarison between conventional vers Islamic loan, i rasa the +ve point i reward pada Islamic loan.
Kenapa ?
Below are my justifications:
Islamic loan will give a fixed rate and even it should higher than the current BLR, tapi kena aware, kita buat loan rumah utk satu jangka masa yg panjang; 20 -30 tahun. Kalau BLR naik, mortage year kita pun akan naik jugak. I ada dapat satu BLR trending from 1990 -2004 , and the average BLR is 8.38%. It quiet high bila di fikirkan BLR ada kemungkinan besar akan naik.

Then,you can take a look at Bank Islam / CIMB Islamic loan / Bank Rakyat which i see it giving very reasonable and affordable rate for almost civilian like us .

__________________
rgds
Ayu
http://klci-stocktrading.blogspot.com/
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
Sponsored Links
  #12 (permalink)  
Old 03-07-2007, 06:38 AM
Apprentice
Join Date: Jun 2006
Posts: 96
kama017 is on a distinguished road
Default Re: Pembiayaan perumahan menggunakan perbankan islam, apa kebaikan dan kelemahan?

rasanya...Citibank ni yang mulakan konsep musyarakah..bank lain gunakan konsep BBA ...satu perkembangan baru untuk produk perbankan Islam



06-03-2007: Citibank sees 50% of new mortgage biz from Islamic financing
By Ashwin Raman



Citibank Bhd expects its new Islamic home financing facility, Citibank Home Partner-I – which is based on the diminishing musyarakah concept - to account for 50% of new business under its mortgage segment in 2007.

Its chief executive officer, Piyush Gupta said the new scheme was based on a floating base financing rate (BFR) with the added protection of a rate cap.

He said on March 6 consumers would enjoy savings benefits when the BFR is low, but if the BFR rises, the customer is protected by the capped rate. If the BFR rises beyond the capped rate, the customers’ monthly payments would still be calculated on the capped rate of 8.9% for five years

Speaking at the launch of Citibank Home Partner-I in Kuala Lumpur, he said consumers could also make early or extra payments in any amount at any time to settle their financing with the bank earlier.

He added the Citibank Home Partner-I did not incur interest to late payment charges and it was available only for completed properties. A scheme for properties under construction was in the works for a launch in the second quarter.

In 2006, he said, the mortgage segment contributed 25% of Citibank’s overall revenue.

He said the product was based on the concept of diminishing “musyarakah” or a diminishing balance co-ownership contract.

Under this concept, the bank would own up to 90% of the property which would then be leased to the consumer and each extra payment made would reduce the bank’s share in the property and thus lead to lower monthly payments.

Gupta said this was part of Citibank’s strategy to introduce two to three Islamic products each quarter, in-line with the government’s aspirations to establish Malaysia as an Islamic banking hub.

He said Islamic products contributed up to 5% or RM1.1 billion of Citibank’s total balance sheet of RM22 billion last year.

__________________
http://www.ilmuwanmuda.blogspot.com
http://www.ilmuwanmuda.kids.net.my -Wooden toys, IQ Games for children
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #13 (permalink)  
Old 03-07-2007, 03:59 PM
Pakdi's Avatar
Founder
Join Date: Jan 2006
Location: Selangor, Malaysia
Posts: 3,934
Pakdi has disabled reputation
Default Re: Pembiayaan perumahan menggunakan perbankan islam, apa kebaikan dan kelemahan
Musharakah Mutanaqisah = Diminishing Musharakah

baguslah kalau semakin kompetetif :-D
__________________


Quality Content Needed: Pihak admin akan meneliti setiap thread untuk memastikan hanya perbincangan berkualiti sahaja akan dikekalkan di dalam forum. Semoga semua ahli forum dapat mengekalkan perbincangan berkualiti.

Sila tanya di forum: Jangan pm saya soalan-soalan mengenai pelaburan / perniagaan. Sila tanya soalan-soalan anda di forum kerana di forum ramai yang boleh mendapat manfaat daripada soalan anda tersebut.
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #14 (permalink)  
Old 03-08-2007, 01:48 AM
Just Hatched
Join Date: Mar 2006
Posts: 11
cyberqash is on a distinguished road
Default Re: Pembiayaan perumahan menggunakan perbankan islam, apa kebaikan dan kelemahan?
Benarkah Perbankan Islam
Lebih Mahal & Zalim ?
Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman


Melalui tulisan ini, saya akan cuba menjawab beberapa persaoalan yang seringkali kedengaran di kalangan masyarakat Islam khususnya, bagaimanapun, sedikit malang kerana kerap kali isu yang dijaja ini tidak disandari oleh fakta yang jelas, spesifik dan mantap.

Silap Faham Masyarakat
Masih segar di ingatan saya, salah seorang pemuda yang kelihatan kuat pegangan Islamnya mendekati saya lalu bertanya dengan soalan yang amat kerap saya mendengarnya
" Mengapa bank Islam lebih mahal dari yang Riba ? ". Tatkala saya bertanya apakah yang menyebabkan ia membuat kesimpulan demikian.
Lalu dengan tegas si pemuda ini menjawab : "Sebagai contoh" katanya dengan yakin, "Ibu saya mengatakan pembiayaan perumahan bank Islam jauh lebih tinggi dari Perbankan Konvensional, bagaimana tu ustaz ?" katanya sambil membulatkan matanya ke arah saya.
Saya bertanya kembali, " bagaimana cara ibu saudara mengira sehingga dapat jumlah itu? " kata saya, "adakah saudara tahu berapa kadar keuntungan yang dikenakan oleh Bank Islam dan berapa pula, yang dikenakan oleh Konvensional?" Tanya saya lagi.
Pemuda itu menjawab : "bank Islam ini mengenakan kadar 7.60 % setahun untuk tahun ke tiga ke tiga puluh", manakala bank konvensional hanya mengenakan 6.75 % , tambahan pula, bank islam kena bayar RM 1050 sebulan, bank konvensional hanya RM 850 sahaja " katanya membawa contoh dengan amat yakin.

Teknik Yang Tidak Disedari
Inilah antara bentuk kekeliruan yang menjalar di kalangan orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan perbankan Islam di ketika ini. Mereka tidak dapat memahami cara kiraan yang betul menyebabkan mereka membuat keputusan dan kesimpulan yang salah. Bayangkan, Perbankan Islam hanya mengenakan 7.60 % (tahun 3-30 sebagai contoh), ini bermakna kadar ini tidak akan bergerak hinggalah 30 tahun itu, bukankah bank Islam menanggung risiko yang besar ?. Bank Konvensional tidak menawarkan bayaran bulana sedemikian kekal sehingga 30 tahun, ia akan disemak dari masa ke semasa.

Manakala jika dilihat kepada pinjaman perumahan oleh produk konvensional, hampir kesemuanya memukau pelanggan dengan kadar rendah di tahun pertama, tetapi bagi tahun berikutnya kadarnya tidak dapat diketahui oleh pelanggan kerana ia bergantung kepada kadar peratusan BLR ( Base Lending Rate) atau Kadar Pinjaman Asas yang tidak tetap serta dicampur dengan 0.25 % (sebagai contoh). Bagaimana jika % BLR melambung tinggi seperti 10 % sebagaimana yang berlaku ketika krisis ekonomi?, bukankah tatkala itu, kadar interest yang perlu di bayar oleh pelanggan juga amat tinggi. Ini tidak akan berlaku dalam pengamalan bank Islam kerana di awal kontrak lagi telah menetapkan harga jualannya, tanpa terikat dengan BLR dan tidak akan naik malah mungkin boleh turun sekiranya bank Islam bermurah hati untuk memberikan rebate (ibra') atau diskaun jika pihak pelanggan ingin membuat penyelesaian hutang awal 'early settlement'. Perlu dingat bahawa BLR telah naik beberapa kali sepanjang tahun lepas dan tahun ini dari 6 % sehingga 6.75 %. Ia juga boleh melonjak lagi bergantung kepada keadaan ekonomi.

Ini bermakna, kenyataan yang menyebut perbankan Islam mengenakan kadar yang lebih tinggi untuk dibayar oleh pelanggan adalah kenyataan yang kurang tepat dan amat boleh dipertikai. Malah jika dilihat kepada kadar pembiayaan yang dikenakan oleh Perbankan Islam untuk produk-produk pembiayaan perniagaan juga membuktikan kadar adalah setara dengan yang di tawarkan oleh Bank Konvensional malah lebih murah dalam banyak keadaan. Hal ini sukar untuk didedahkan kerana sesuatu kadar pembiayaan itu bergantung kepada dua hal terpenting :-
a) Kadar Pengurusan Minima ( Cost of Fund ) sesebuah Bank islam itu.
b) Prestasi dan kekuatan sesebuah organisasi yang memohon pembiayaan.
c) Potensi and risiko perniagaan yang ingin diceburi.
Semua yang disebut di atas akan mempengaruhi kadar yang dikenakan kepada pemohon.

Zalim ?
Saya sedar, bahawa walaupun saya telah menerangkan hujjah di atas, akan terdapat orang ramai yang mula menyebut :
" jadi mengapa hanya setanding dengan konvensional? , kami ingin kamu menjadi lebih murah".
"Bukankah bank Islam ni patutnya 'maqasid' (tujuannya) adalah untuk membantu umat Islam, lalu kenapa mahal ?" Tanya seorang pelajar Sarjana (MA) kepada saya di sebuah IPTA.
Ketika itu, saya memberikan ceramah khas berkenaan produk perbankan Islam di sana, turut hadir adalah Ketua Jabatan Fakulti Shariahnya. Lalu saya terus melihat kepada Prof ini lalu saya bertanya pula :
"Prof. jika saya nak buat PhD di sini dalam bidang Fiqh Islam & Perbankan Islam, berapa yurannya?"
" Lebih kurang RM 13,000" katanya
"Mengapa begitu tinggi Prof, kenapa tidak yurannya hanya RM 2000 sahaja?" tanya saya menguji.
"Mana boleh, macam mana nak bayar gaji pensyarah kalau begitu" tegas Prof tersebut.

Demikianlah dapat saya simpulkan hal di Perbankan Islam juga, harga yang ditawarkan adalah menurut kemampuan dan keperluan pasaran. Perlu difahami bahawa Islam menjaga hak penjual dan pembeli secara adil. Bukan hanya hak pembeli sahaja yang perlu dijaga.

Adalah dikira kezaliman pada kita sebenarnya, jika kita 'mengutuk' sebuah kedai nasi lemak seorang islam kerana menjual nasi lemak dengan harga RM2.00, dalam keadaan kedai bukan Islam menjual pada harag yang sama atau lebih murah sedikit. Padahal, si Muslim menjual dengan kadar harga yang ia mampu tawarkan, dan ia juga halal.

Kunci Untuk Faham
Bagi meneruskan jawapan persoalan ini, adalah terlebih baik jika pembaca dapat menghayati fakta berikut terlebih dahulu :-
a) Bank-bank Islam adalah merupakan syarikat-syarikat berlesen dan berdaftar yang juga mensasarkan keuntungan agar organisasi dapat mara lebih maju lagi ke hadapan. Bagi mencapai sasaran itu, perbankan Islam menawarkan khidmat kewangan menurut Islam melalui produk-produknya yang diiktiraf Shariah. Ia bukannya badan kebajikan yang menawarkan perkhidmatan secara percuma.

b) Bank-bank Islam juga mempunyai pelabur-pelabur yang mengharapkan pulangan yang baik hasil pelaburannya, dan ia bukannya wang subsidi yang diberi secara percuma.

c) Bank-bank Islam juga mempunyai para kakitangan yang perlu di bayar gaji selaras dengan nilai pasaran. Keuntungan adalah amat penting bagi menjamin kakitangan yang berkualiti dapat di kekalkan bagi meneruskan "bank's efficiency" dan "its competitiveness".

d) Bank-bank Islam juga perlu membayar seluruh kos operasi bangunannya dan peralatan-peralatan nya. Justeru jika khidmat yang di tawarkan adalah percuma dan amat murah, bagaimana mungkin sebuah bank Islam mampu terus berkembang.

Selepas memahami empat fakta di atas, cuba fahami fakta berikut pula :-
a) Jika anda mengatakan bahawa, perbankan Islam sepatutnya sentiasa lebih murah berbanding konvensional kerana ia perlu membantu orang ramai terutamanya orang Islam. Anda perlu menyedari bahawa, kebajikan dan kepentingan bank juga perlu dijaga agar mampu terus menerus membantu segenap lapisan masyarakat. Nabi SAW tidak membenarkan kawalan harga dibuat oleh kerajaan pada masa yang tidak terdesak. Ia adalah kerana Nabi SAW tidak mahu menghadkan hak peniaga bagi mendapat keuntungan, justeru, selagi mana ruang keuntungan masih berada di paras pasaran, ia adalah dibenarkan. (Mahanij Ijtihad Fi Istinbad bi rakyi, Dr Fathi Ad-Durayni, ketika menghuraikan isu tas'ir iaitu penetapan harga oleh kerajaan)

b) Jika anda mengatakan, perbankan Islam sepatutnya membantu orang-orang yang susah dan bukan semakin menyukarkan mereka. Maka anda perlu memahami bahawa jika sesebuah bank islam itu memperolehi keuntungan, ia akan mengeluarkan zakat bagi asnaf (kumpulan) yang layak menurut Shariah. Malah selain itu, Bank-bank Islam juga mempunyai peruntukan sumbangan kebajikan "charity" yang diberikan menurut keadaan. Bukankah itu juga membantu individu yang susah dan memerlukan.
Ini jelas, kerana orang yang benar-benar susah tidak akan mampu langsung untuk mendekati Bank dan mengajukan permohonan. Maka sesiapa yang diluluskan permohonannya oleh Bank-Bank Islam sebenarnya adalah orang yang agak senang. Justeru, bukankah amat baik apabila zakat yang dikeluarkan oleh Bank disalurkan kepada orang yang benar-benar susah berbanding yang sederhana susah. Kita perlu mengetahui bahawa jumlah peruntukan zakat yang sediakan oleh Bank-Bank Islam dan jendela "windows" perbankan Islam bagi tahun kewangan 2005 sebagai contoh adalah seperti berikut : RHB ISLAMIC Bank : RM 920 ribu, HSBC Amanah : RM 49 ribu, Maybank "Islamic windows": 1.172 juta ; Public Bank "Islamic windows": 55 ribu ; Hong Leong Islamic : RM 45 ribu Rujukan : Laporan setiap Bank Berkenaan bagi Tahun Kewangan 2005). Bukankah ini benar-benar membantu orang yang susah sebagaimana yang diinginkan?.

c) Keuntungan baik yang diperolehi oleh Bank-Bank islam juga akan membolehkan Bank ini meluaskan lagi jangkauan operasinya, selain memantapkan lagi keuntungan akan datangnya. Ia adalah amat baik kerana bakal menghasilkan lebih banyak peluang kerjaya baru bagi individu Muslim di Perbankan Konvensional yang ingin berhijrah ke perbankan Islam, ia juga mewujudkan banyak peluang pekerjaan buat rakyat sekaligus membantu mereka. Malangnya, ramai yang suka menyempitkan pemikiran mereka dengan hanya melihat kepada kadar-kadar pembiayaan sahaja.

d) Tidakkah anda sedar bahawa, apabila bank mendapat kentungan yang baik, maka ia juga akan menghasilkan kadar pulangan yang tinggi bagi penyimpan-penyimpan di akaun Islam sebagai contoh Akaun Mudharabah, sudah tentu penyimpan ini akan mendapat pulangan yang lebih besar. Demikian juga penyimpan yang menyimpan di dalam akaun simpanan jenis wadiah. Mereka juga berpeluang mendapat pulangan 'hibah' yang lebih menarik. Ia juga satu lagi bentuk bantuan tetapi tidak disedari oleh orang yang merungut ini.

Jika hujjah ini masih lagi tidak mencukupi, saya sertakan lagi hujjah lain bagi memahamkan rakyat Malaysia terhadap perbankan Islam :-
1) Nilai sesuatu yang halal adalah tidak ternilai.
Seorang usahawan Malaysia pernah memberitahu saya pengalamannya di London, bahawa harga ayam yang disembelih jauh lebih mahal dari ayam yang tidak di sembelih. Bagaimanapun, umat Islam tetap terpaksa membeli ayam yang mahal tadi demi memastikan makanannya halal walaupun ia lebih mahal.
Demikian analogi yang ingin saya utarakan; jikalau benar sekalipun tuduhan yang mengatakan produk Bank Islam lebih mahal ; perlu diingat ia telah dipastikan halal di sisi Shariah menerusi pengesahan Majlis Penasihat Shariah masing-masing berbanding produk-produk yang tidak di 'sah' kan Shariah.

Satu fenomena yang agak ganjil berlaku hari ini apabila wujud di kalangan orang Islam yang amat mengambil berat agar tidak memakan makan yang dicampur dengan ayam tidak sembelih dan sebagainya, tetapi sering melupakan bahaya dosa keterlibatannya dengan Riba, sedangkan dosa Riba adalah jauh lebih berat dari memakan ayam bangkai atau khinzir.

2) Kos tambahan untuk khidmat professional pengesahan Shariah.
Jika dilihat dari perspektif perniagaan dan logik pula. Perlu kita sedari bahawa proses pengesahan Shariah amat diperlukan di dalam semua produk, aktiviti pelaburan dan pembiayaan oleh Bank Islam. Justeru, keadaan ini boleh di anggap sebagai satu proses penambah piawanan professional yang pastinya memerlukan kos masa, tenaga dan kepakaran tambahan. Keadaan ini sekali lagi menyebabkan semua produk yang di tawarkan Bank Islam adalah unik, istimewa dan melalui proses Shariah Screening. Sesuatu yang lebih unik dan berkualti sudah tentu mempunyai nilai pasaran yang sedikit berbeza.

3) Bank-bank Islam adalah pemain-pemain kecil yang sedang meningkat naik.
Ini ternyata dari statistik yang dikeluarkan oleh Laporan bank Negara Malaysia Tahun 2005 yang menyebut bahawa aset semua Bank-bank Islam dan Jendela Perbankan Islam di Malaysia sebanyak RM 111.8 Billion dan ia hanya merupakan 11.6 % dari kesleuruhan aset bank di Malaysia. Ini bermakna, bank konvensional masih menguasai industri perbankan dengan cukup jauh sekali. Bagaimanapun, kita bersyukur kerana prestasi perbankan Islam mencatatkan pertumbuhan sebanyak 17.7 % berbading tahun 2004.

Maka, sebagai pemain-pemain kecil yang sedang naik, kadangkala harga yang di tawarkannya mungkin lebih tinggi sedikit berbanding pemain-pemain besar. Ia bolehlah dianggap seperti harga barangan yang ditawarkan di Kedai Runcit di bandingkan dengan harga di hypermarket. Sebagai penguat hujah ini, seseorang perlu memahami bahawa sebuah bank konvensional yang mempunyai aset besar sekitar RM 150 billion (sebagai contoh), jika ia menghadapi hutang tidak berbayar (non performing loan) dari peminjamnya berjumlah RM 150 juta, kedudukan Bank itu masih tidak tergugat. Bagaimanapun, sekiranya sesebuah bank Islam dengan asetnya berjumlah RM 8 billion, mempunyai jumlah nilai hutang tidak berbayar yang sama, sudah tentu ia akan amat memberikan kesan yang besar kepada jangka hayat bank Islam itu.

Kesimpulannya, Bank-Bank Islam serta kaunter/ jendela "windows" Islam hari ini perlu diberi lebih sokongan oleh semua rakyat demi memampukan ia mencapai tahap yang di gariskan kerajaan (iaitu 20 % aset perbankan Islam berbanding konvensional) , malah mengatasinya. Jika hari ini kita sanggup berkorban sedikit demi memajukan bank-bank Islam, nescaya sudah pasti generasi akan datang mampu melihat dan menikmati kadar yang sangat hebat serta halal dari institusi kewangan Islam dan produk-produk Islam

Ust Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #15 (permalink)  
Old 03-09-2007, 12:36 PM
Pakdi's Avatar
Founder
Join Date: Jan 2006
Location: Selangor, Malaysia
Posts: 3,934
Pakdi has disabled reputation
Default Re: Pembiayaan perumahan menggunakan perbankan islam, apa kebaikan dan kelemahan
saya kurang bersetuju dengan kenyataan-kenyataan yang membawa maksud:

"Sebab ia halal, maka ia mahal." :? :-o

ini alasan tak boleh pakai.

cukuplah dengan mengaku perbankan Islam adalah player kecil yang masih perlu caj lebih tinggi kerana ia masih baru, modal kecil, belum mampu memberikan servis yang lebih kompetetif berbanding big player dll. bila takmahu mengaku kelemahan, sampai bila-bila pun susah nak berubah.

Realiti-nya:

perbankan Islam di Malaysia umpama kedai runcit kecil.

perbankan konvensional yang sedia ada adalah seperti hypermart, tesco, carefour, giant dll.

Memanglah beli barang di kedai runcit lebih mahal dari hypermart. kan?
__________________


Quality Content Needed: Pihak admin akan meneliti setiap thread untuk memastikan hanya perbincangan berkualiti sahaja akan dikekalkan di dalam forum. Semoga semua ahli forum dapat mengekalkan perbincangan berkualiti.

Sila tanya di forum: Jangan pm saya soalan-soalan mengenai pelaburan / perniagaan. Sila tanya soalan-soalan anda di forum kerana di forum ramai yang boleh mendapat manfaat daripada soalan anda tersebut.
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #16 (permalink)  
Old 03-09-2007, 07:21 PM
Apprentice
Join Date: Sep 2006
Posts: 54
farhan is on a distinguished road
Default Re: Pembiayaan perumahan menggunakan perbankan islam, apa kebaikan dan kelemahan
maaf saya bukan berniat nk menimbulkan suasana x senang kat sini..tp betul la kata pakdi..
kenyataan "Sebab ia halal, maka ia mahal." memang langsung tidak boleh diterima pakai.. kenapa?
sb kalau semua yg halal itu mahal, maka umat islam boleh la menggunakan alasan tidak mampu atas sb yg halal itu mahal utk mendapat sesuatu yg haram..ini mmg bercanggah sama sekali dlm syariat islam.. jika kenyataan tersebut dibaca atau cuba ditafsirkan oleh org bukan islam, tidakkah ia boleh menjejaskn agama islam itu sendiri..(nauzubillah.) berbalik kpd soal yg berbangkit..

perbankan islam di malaysia skng seolah2 ada yang x kena dr segi perlaksanaannya..kenapa?
saya ingin bertanya satu soalan kepada anda semua, kena riba' itu haram dan sgt2 dibenci oleh Allah S.W.T??
kesimpulan yg dapat dibuat seperti dibawah ini : - maaf saya copy n paste.

1. Riba merupakan pemerasan dan penindasan yang terkutuk. (along berlesen :-D )

2. Riba menghilangkan rasa tolong menolong di antara satu sama lain. (membebankan :-D)

3. Riba menambahkan kemelaratan dan kesusahan ke atas orang-orang susah dan miskin. (mahal :-D)

4. Riba menanamkan semangat tamak haloba kepada orang-orang yang berada dan kaum-kaum pemodal, sebaliknya menimbulkan semangat kebencian dan hasad dengki di dalam hati orang-orang miskin. (bank kaya, peminjam kayap :-D)


Kerana keburukan-keburukan itulah, Islam mengharamkan perbuatan riba dan mengutuk keras ke atas orang-orang yang terlibat dalam urusan riba.


soal pemberian hibah atau beberapa benefit yg diberikan kpd peminjam yg layak, bukanlah tidak bersyukur, tp jika diambil kira bebanan yg terpaksa ditanggung oleh peminjam itu, adakah ia berbaloi??

Jadi adakah sistem perbankan islam di malaysia terlepas dari semua perkara diatas..tidakkah mahal itu membebankan dan hanya mengambil untung semata2 seperti bank2 konvensional yg lain sedangkan bukan itu yg kita harapkan dari perbankan islam, dan tentunya adat perniagaan yg betul ada untung dan rugi.. adakah ia nya hanya menepati syariat diatas kertas shj?bukankah perkataan interest hanya diganti dengan perkataan profit?? bukankan cara keuntungan dikira sama seperti bank yg mengamalkan riba'?? jika peminjam terpaksa mengambil pinjaman sehingga 30 tahun, tidakah bank telah mendapat untung yg berlipat ganda?? sama2 kita renungkan...segala kekurangan adalah silap saya...sekian

Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #17 (permalink)  
Old 03-21-2007, 11:25 AM
Apprentice
Join Date: Mar 2007
Posts: 53
estima is on a distinguished road
Default Re: Pembiayaan perumahan menggunakan perbankan islam, apa kebaikan dan kelemahan?
sebenarnya bank secara islam ni cuma ubah akadnya saja,2x5 dengan bank biasa tu???tapi kalau kita cakap macam ni habis kita di lebelkan sukan makan riba,tetapi mereka tak fikir yg kita ni nak yg lebih baik untuk umat islam semua baru adil,ni tak kita buat loan dengan bank cara islam seolah2 di paksa,terpaksa,tiada keadilan yg ada dalam islam,jual beli atas keterpaksaan...
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #18 (permalink)  
Old 03-21-2007, 11:25 AM
Apprentice
Join Date: Mar 2007
Posts: 53
estima is on a distinguished road
Default Re: Pembiayaan perumahan menggunakan perbankan islam, apa kebaikan dan kelemahan?
sebenarnya bank secara islam ni cuma ubah akadnya saja,2x5 dengan bank biasa tu???tapi kalau kita cakap macam ni habis kita di lebelkan sukan makan riba,tetapi mereka tak fikir yg kita ni nak yg lebih baik untuk umat islam semua baru adil,ni tak kita buat loan dengan bank cara islam seolah2 di paksa,terpaksa,tiada keadilan yg ada dalam islam,jual beli atas keterpaksaan...
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #19 (permalink)  
Old 03-21-2007, 11:25 AM
Apprentice
Join Date: Mar 2007
Posts: 53
estima is on a distinguished road
Default Re: Pembiayaan perumahan menggunakan perbankan islam, apa kebaikan dan kelemahan?
sebenarnya bank secara islam ni cuma ubah akadnya saja,2x5 dengan bank biasa tu???tapi kalau kita cakap macam ni habis kita di lebelkan sukan makan riba,tetapi mereka tak fikir yg kita ni nak yg lebih baik untuk umat islam semua baru adil,ni tak kita buat loan dengan bank cara islam seolah2 di paksa,terpaksa,tiada keadilan yg ada dalam islam,jual beli atas keterpaksaan...
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #20 (permalink)  
Old 03-24-2007, 04:17 PM
DonBalon's Avatar
Guru Bahasa Sepanyol BJ
Join Date: Mar 2007
Location: Beranang-KL-Kota Gelanggi-Jengka
Posts: 961
DonBalon is on a distinguished road
Default Re: Pembiayaan perumahan menggunakan perbankan islam, apa kebaikan dan kelemahan?
Amber setuju amat dgn kenyataan pakdi, dan cogankata yang sepatutnya ialah "halal tak semestinya mahal". Estima pulak sila terima dengan tenang, konsepnya tidak dua kali lima. Bila sudah fix 7.75%, maknanya hati pun tenang, boleh plan untuk tempoh 20-30 tahun tersebut. Ayam yang disembelih ditengkuk sama sahaja dengan ayam yang diketuk (pinjam analogi Ustaz Shamsuri), darah keluar juga. Tapi kaedah tidak betul, tidak menurut syari'at maka ianya haram. Yang jadi masalah ialah bila Ahmad jual sekilo 6.50 tapi Kok Meng jual ayam ketuk4.90 sekilo. Ahmad mungkin tidak sepatutnya mengambil untung lebih, tetapi adakah di sini kita membeli ayam Kok meng?
Harapan amber ialah bank-bank islam bertambah kompetitif dan meningkat ke tahap "tesco" dari tahap runcit sekarang, supaya kita dapat sama-sama beroleh faedah. memang perlaksanaan adalah agak bermasalah, tetapi hairan juga kerana islamic windows bagi bank2 konvesional pun kadarnya macam bank islam juga, tidakkah kita terfikirkan sesuatu? Mungkinkah itu kadar purata bagi turun-naik BLR bagi 20-30 tahun? Ataupun jika kajian saudari kita yang dihormati dari Public Mutual itu tepat, adakah menjadi suatu kerugian menggunakan perbankan Islam? Bak kata Allahyarham Ismail Din dalam iklan ubat gigi mu'min" Kita ada yang halai, kita gunala yang halai (lebih kurang gitu amber dok braper ingat)"..
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
Advertisement
Reply

Bookmarks


Currently Active Users Viewing This Thread: 1 (0 members and 1 guests)
 
Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is On
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On


Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Semak Semula Perbankan Islam. en faizal General Discussion 1 02-21-2012 08:12 PM
Perbankan Islam: Isu-isu disekitarnya iskandar Islamic Capital Market 251 01-09-2010 02:18 AM
Salam Berkenalan~LKK (Agen Perwakilan Pembiayaan Perumahan) LKK Property Loan and Financial 4 11-12-2008 02:17 PM
WAJIB BACA: Pembiayaan Perumahan Secara ISLAM abgKhalid General Talk 2 11-17-2007 12:31 AM
Pembiayaan perumahan nikiza Property Loan and Financial 11 12-06-2006 12:02 AM


Disclaimer: Bicarajutawan.com does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give or offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion.All posts made by either members or mods even admins on Bicarajutawan.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of Bicarajutawan.com or it's owner.YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE.

no new posts