Crops Sektor Pertanian

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #961 (permalink)  
Old 05-01-2010, 03:51 AM
GHV's Avatar
GHV GHV is offline
Apprentice
Join Date: Oct 2008
Location: Ulu Tiram, Johor Darul Takzim
Posts: 166
GHV is on a distinguished road
Default
Quote:
Originally Posted by DonBalon View Post
Bravo ZZdin..
Koi sokong aok..
Kebetulan koi pun start 2.5 ekar jugek, rizab sungai di Jerantut..
Koi pengalaman tanam 10 ekar pun ada, tapi yanc ayoh koi.. dia pun dah takde skg ni, mok koi urus sendiri..
Semoga thread ni kembali meriah dengan orang2 yang mengusahakan seperti aok, bukan jadi tempat ejen baja dan ejen anak pokok sembang berapi..

Koi bukan anti dgn semua, ramai juga yang jual harga berpatutan.. tapi spesis yang dengan orang kampung pun ketuk gilak2.. konon direct dari kilang, kalau sebeg organik rm110 buat hapa..padahal kos baja organik sindri mao ingat laa..
tu yang kami terpaksa layan baja kimia je tu, dah terbukti..
Koi pun layan Behn Meyer je la.. baja campuran baru rm73-78.. tengok keadaan..pegi kedai, beli 10 beg demeh hantor drumoh..settle masaalas..
Pokok koi pergi tempah sendiri di PPTR Sg Tekam, pokok 10 bulan baru rm8.50, yang gambi, terbukti banyok buoh dan berkualiti. punto. koi belum kaya lagi nok layan pokok berbelas ringgit ni, berpuluh jauh sekali la.. baka apa pun kilang felda kota gelanggi 1 ambik harga standard satu tan jugek kuikui..


TreeCC..
Nanti koi roger Uda suruh jawab soalan aok tu.. dia otai-motai sawit ni, muor punya line..sikijam aaa..gue seru nama dia..
Salamm....

Quote:
Semoga thread ni kembali meriah dengan orang2 yang mengusahakan seperti aok, bukan jadi tempat ejen baja dan ejen anak pokok sembang berapi..
Kalau di tuju pada kawan... kawan minta maaf byk2, bukan maksud kawan nak promote tapak semaian kawan, walaupun kawan bukan otai @ sawit lads tapi kawan nak berkongsi ilmu yg sedikit nie pada bangsa kawan... supaya celik dengan perubahan teknologi dan menjadi petani yg berilmu dan ambil tahu, so bila kita tengok kebun bangsa lain kita tak pelik atau pun selalu tertipu @ di tipu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab @ pun bangsa lain.

Quote:
Koi bukan anti dgn semua, ramai juga yang jual harga berpatutan.. tapi spesis yang dengan orang kampung pun ketuk gilak2.. konon direct dari kilang, kalau sebeg organik rm110 buat hapa..padahal kos baja organik sindri mao ingat laa..
Kawan bukan nak cakap apa, realitinya memang ada harga sedemikian berpandukan kandungan @ bahan yg digunakan; tapi kawan nak bagi tau yg bio-organik berbeza dengan organik, cthnya; 1 kg Trichoderma dah nak dekat RM 30.00,

Quote:
tu yang kami terpaksa layan baja kimia je tu, dah terbukti..
Koi pun layan Behn Meyer je la.. baja campuran baru rm73-78.. tengok keadaan..pegi kedai, beli 10 beg demeh hantor drumoh..settle masaalas..
Sememangnya penggunaan baja kimia memang tindakkannya cepat, tapi saudara tau ke apa maksud nombor2 yg tertera diatas baja tu... apa itu NPK ? , TE ?, kenapa kerajaan beria2 galakkan penggunaan baja organik dengan memperkenalkan RSPO siap bagi subsidi lagi... kenapa? Tahukah saudara bahaya keracunan Ammonium pada sumber air dalam tanah & serta kesannyanya terhadap organisma tanah. Kawan dulu kuat jugak isap rokok, satu hari kat 2 kotak... kalau tak isap macam tak ada idea, serba tak kena... alhamdullilah sekarang kawan dah berhenti, kalau ALLAH izinkan panjanglah sikit umur kot

Tahukah saudara Behn Meyer tu sebuah syarikat YAHUDI, nama 'Behn Meyer' itu sendiri nama yahudi, so belilah baja dari gred yg sama dari sumber dlm negara cthnya CCM (PNB ada saham dlm CCM).

Satu lagi, oleh kerana kuda singa ni baja yg sudah terkenal dan tauke serta managementnya, tokey kedai baja pun tak ramai yg Islam (so takde cover insuran akhirat kalau di tipu) bagaimana nak mengenali yg mana kuda singa asli & yg mana tipu ?

Quote:
Pokok koi pergi tempah sendiri di PPTR Sg Tekam, pokok 10 bulan baru rm8.50, yang gambi, terbukti banyok buoh dan berkualiti. punto. koi belum kaya lagi nok layan pokok berbelas ringgit ni, berpuluh jauh sekali la.. baka apa pun kilang felda kota gelanggi 1 ambik harga standard satu tan jugek kuikui..[/COLOR]
Sg. Tekam mmg pusat penyelidikan Felda, dia pengeluar biji benih.. macam kami pengusaha nursery kena BELI pastu semai biji benih sbb tu harga berbeza, oh ya saudara beli Yangambi siri apa ? Yangambi ada banyak siri ML 100, BAA 5, GBI 85, GMH 43, ML 161... paling baik ML 161 dan GMH 43. Oh ya... menurut manual keta kawan, servis tiap 10,000 km tak macam kebiasaan keta lain 5,000km. rasanya pokok camtu jugak kot... dah tanya dengan diorang dari segi maintenance, penjagaan, ciri2 baka, dsbg sebagai panduan utk dapatkan hasil yg terbaik dari pokok tsb?





Sumber : FELDA, "Developing High Oil Yield DxP Through Introgression Of Nigerian Germplasm Materials At Felda"



Kawan ramai gak customer dan kawan dari FELDA, apa cite dgn Felda Maokil ? Mahkamah Tolak Permohonan Felda, Teringat pada customer dari Felda Inas yg mengadu kebunnya di tanam dgn benih Dura...

Tu laa... kawan ingat kawan pun dah malas laaa... nak mandai2 lagi kat sini, sebagai tips terakhir kawan nak bagi tahu ANTARA cara nak mengenali kuda singa yg asli dgn yg tipu tengok pada warna butiran baja... kalau putih... kebarangkalian baja itu ori tinggi, kalau coklat.... YANG LAIN KAWAN SIMPAN atau tanya pengguna 'harcore' chap kuda singa nih... ke mereka simpan untuk diri sendiri, tak nak kongsi ?
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
Sponsored Links
  #962 (permalink)  
Old 05-01-2010, 05:45 AM
GHV's Avatar
GHV GHV is offline
Apprentice
Join Date: Oct 2008
Location: Ulu Tiram, Johor Darul Takzim
Posts: 166
GHV is on a distinguished road
Default
Quote:
Originally Posted by treec00l View Post
salam tuan-tuan,

saye berminat utk join the league sebagai penanam sawit kecil-kecilan.

situasi saye, saye zero-knowledge dan kudrat pon takdak. pasal modal, saya akan usahakan ke arah itu supaya ada

cara impian saye lebih ke arah mempunyai tanah dan upah orang buat keje sambil saye supervise.

sekarang saye dalam proses memahami dan merangka conceptual utk dapatkan best practice penanam sawit, bermula dari keje tanah, di samping mendapatkan picture tentang kos dan masalah2 yg bakal dihadapi.

1. boleh tak kalo saye nak mintak advice tuan-tuan, bermula dengan saye tunjukkan projection work activity setakat mana yg saye tahu, dan mintak tuan-tuan punye komen?

Untuk permulaan, katekanlah keadaan tanah tu macam ni,

Jenis Tanah : laterit dan landai (ade bukit sikit-sikit je)
Luas Tanah : 10 Ekar.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti utama di ladang sawit yang perlu dilakukan secara berjadual (saye buat andaian secara teori je):
  1. Kerja Tanah : dlm 2 minggu pertama siap. bole ke?
  2. Tanam Pokok : katekan boleh masok 600 pokok, dalam 1 bulan boleh siap tanam semua ke?
  3. Bungkus Anak Pokok Guna Tin : buat sekali dengan kerje tanam pokok
  4. Membaja : 3 bulan sekali. utk tahun pertama macam mane aturannye? brape lame tempoh utk siap?
  5. Meracun : 4 bulan sekali. utk tahun pertama macam mane aturannye? brape lame tempoh utk siap?
  6. Bersih Ladang : yg ni berape kali kekerapannya dlm setahun? brape lame tempoh utk siap?
  7. De-Flowering : yg ni saye x brape jelas. brape lame tempoh utk siap?
  8. Prunning (trim pelepah) : yg ni berape kali kekerapannya dlm setahun? brape lame tempoh utk siap?
  9. Racking (bersihkan bawah pokok) : yg ni berape kali kekerapannya dlm setahun? brape lame tempoh utk siap?
  10. Potong Buah : utk yg ni, saye x tau kene start bile? dan brape lame plak tempoh utk siap?
  11. Loading Buah : yg ni, kene start bile dah start potong buat kan? kene siap paling lewat, sehari lepas selesai keje potong buah kan?
  12. Hantar Kilang : same mcm loading buah kan?

kerja2 sampingan lain yg perlu dibuat ikot keperluan (ni pon andaian):
  • Sulam Pokok Mati : bile start ye? hehehe
  • Buat Jalan : bile patut buat jalan?
  • lawan haiwan perosak : bile perlu kan? preventive action akan di-detailkan.
  • lawan serangga perosak : bile perlu kan? preventive action akan di-detailkan.
  • lawan pokok perosak : bile perlu kan? preventive action akan di-detailkan.



2. untuk ladang 10 ekar, perlu ke bahagikan ladang kepada 2@3 peringkat? atau buat je semua keje dalam 1 peringkat? untuk info, saye x penah tengok @ buat keje2 kat ladang sawit. la ni baru nak belaja secara teori je


3. nak dapatkan gross figure untuk :
  1. initial cost (utk keje tanah dan tanam pokok, termasok upah orang, tapi x termasuk kos dapatkan tanah)
  2. operating cost (utk aktiviti2 berjadual)

4. akan bersambung.

tq in advance all

p/s : saye mencari mentor tq in advance.
Salam treec00l,

Kawan biasanya jarang bagi respon pada soalan yg ditujukan pada otai2 sawit, tapi hang bermula dengan 'salam tuan-tuan' rasanya tak lah segan kalau pendapat kawan nanti salah ke apa (kalau ada minta di perbetul)

Quote:
situasi saye, saye zero-knowledge dan kudrat pon takdak. pasal modal, saya akan usahakan ke arah itu supaya ada
INGAT DAN BERPEGANGLAH

Allah SWT berfirman:

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
Surah Asy-Syarh ayat 5-6.


Quote:
cara impian saye lebih ke arah mempunyai tanah dan upah orang buat keje sambil saye supervise.
Kena ada ilmu jugak bro nak supervise... untuk permulaan boleh dapat buku seperti yg disebut oleh mr.klone, tajuk buku tersebut yg lebih tepat adalah "Manual Penanaman Dan Penyelenggaraan Sawit Untuk Sektor Pekebun Kecil", buku ni ada juga disebut anggran kos setiap aktiviti tapi bersandarkan anggaran kos tahun 2004, lebih tepat bulan Julai. Tapi sedikit sebanyat boleh dapat gambaran lah kos yg terpaksa di tanggung hari ini. kalau di MPOB, Bangi harganya RM 50.00, kalau di cawangan MPOB hargannya kalau tak silap RM 55.00 atau buku2 lain berkenaan sawit yg banyak terdapat di sana.

Quote:
sekarang saye dalam proses memahami dan merangka conceptual utk dapatkan best practice penanam sawit, bermula dari keje tanah, di samping mendapatkan picture tentang kos dan masalah2 yg bakal dihadapi.
Bagus... ada perancangan, org kita selalu kantol bab nih. "Failing to plan is planning to fail"

Quote:
1. boleh tak kalo saye nak mintak advice tuan-tuan, bermula dengan saye tunjukkan projection work activity setakat mana yg saye tahu, dan mintak tuan-tuan punye komen?
Stakat nih kawan ikhlas, tapi kalau dah ada yg bising2... otai sawit yg tak puas hati, kawan dah tak ada mood. Bil internet pun kawan tanggung sendiri, lepas balik kerja... penat, masa tidur pun kawan korbankan (waktu sekarang 3:24am), kawan bukan nak tunjuk pandai tapi kawan dah janji dgn kamu nak respond... insyALLAH, mana yg kawan tahu kawan berkongsi for the last time..

Quote:
Untuk permulaan, katekanlah keadaan tanah tu macam ni,

Jenis Tanah : laterit dan landai (ade bukit sikit-sikit je)
Luas Tanah : 10 Ekar.
Tanah jenis laterit nie, payah skit... sifatnya kurang subur kerana mengandungi banyak zat besi & aluminium

Pengurusan:
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.
- Menyediakan lubang tanaman lebih besar.
- Memperbaiki struktur tanah dengan bahan organik.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.

kalau cerun bukit kurang dari 30 darjah o.k, kalau tak kena buat platform.

Quote:
[*]Kerja Tanah : dlm 2 minggu pertama siap. bole ke?
Tengok kebun tu macamana keadaan dia... ada tanaman lain tak ? Hutan ? Semak ? Ada jalan kebun ? Pilihan jentera ? Kobi ? JCB ? Bulldozer ? Tenaga manusia ? dll.. kawan ambil kontrak buat tanam semula, kebun lebih kurang 12 ekar... Chipping, Stacking pakai kobi dlm seminggu setengah.. tu pun kebun 2 tempat, 4 ekar & 8 ekar siap tolak hutan sikit., JCB buat jalan kebun baru pasang gelong 3 hari. Pokoknya kena cari driver yg rajin, jujur & amanah... macam JCB kawan sewa kira hari, so masa dia buat kerja kena pantau kat situ.

Quote:
[*]Tanam Pokok : katekan boleh masok 600 pokok, dalam 1 bulan boleh siap tanam semua ke?
Kawan pernah hantar kat customer 1 trip 400 pokok... bila sampai 2nd trip 400pokok lagi pada hari yg sama kawan tengok pokok yg trip pertama tadi telah habis di tanam. Tapi pekerja dia ramai laaa... JANGAN LENGAHKAN TANAM POKOK, kerana anak benih memerlukan penjagaan yg rapi, terutama air (bukan air paip) 1x pagi.. 1x petang, kalau musim panas 3x sehari... kalau pakai springkler paling kurang siraman dibuat selama 1/2 jam... kalau musim panas lagi lama jalan air

Quote:
[*]Bungkus Anak Pokok Guna Tin : buat sekali dengan kerje tanam pokok
YA, kalau kawasan kebun saudara tiada risiko serangan binatang, tak payah... tapi stakat nie pada pengalaman kawan dah tengok ada org pakai tayar, kawat duri, jaring besi, plastik polibeg, plastik, dan macam2 tapi masih belum ada lagi method yg betul2 berkesen untuk menghindari dari serangan babi.

Quote:
[*]Membaja : 3 bulan sekali. utk tahun pertama macam mane aturannye? brape lame tempoh utk siap?
Bergantung pada pemilihan jenis baja. Kalau murah rezeki boleh pakai slow release, letak skali sampai setahun boleh tahan... beg 25kg harga $225.00 sebeg, buatan Belanda penggunaan dlm 300g per pokok.. kawan tak letak nama baja takut nanti ada yg tuduh kawan promote baja tsb w/pun kawan bukan ajen @ penjual baja tsb. Kawan cuma nak bagi tau adanya teknologi sebegitu dgn harga yg sedemikian.

Kalau tanam kekacang atau gunakan sungkupan spt EFB (TANDAN SAWIT) atau gunakan AAA Mulch atau Felda Mulch, dapat mengurangkan penggunaan baja, simpan air dan byk lagi paedahnya. (kawan bukan agen @ penjual produk tsb, bleh tanya AAR @ Felda)

Selalunya pokok tahun pertama tak susah, paling baik beli baja yg larut air (pilih yg berjenama) yg mempunyai kandungan N yg tinggi, racun kulat dan racun serangga. Campurkan ketiga2tadi kedlm satu tong, kemudian sembur.... jimat masa & tenaga selagi pokok masih belum tinggi/besar. PERINGATAN, JANGAN GUNAKAN PAM YG SAMA DIGUNAKAN UNTUK MERACUN RUMPAI. KENA ADA 2 PAM, SATU UNTUK RUMPAI & SATU UNTUK MENYERANGGA/BAJA ASING DAN LABELKAN PAM TSB

Quote:
[*]Meracun : 4 bulan sekali. utk tahun pertama macam mane aturannye? brape lame tempoh utk siap?
[*]Bersih Ladang : yg ni berape kali kekerapannya dlm setahun? brape lame tempoh utk siap?
Untuk pokok sawit kecil, racun lorong shj... JANGAN MERACUN dibawah atau dipangkal pokok sawit, TIDAK DIGALAKAN GUNA RACUN SERAP @ nama kimianya Glyphosate dan JANGAN GUNA RACUN AMINE

Quote:
[*]De-Flowering : yg ni saye x brape jelas. brape lame tempoh utk siap?
Saudara buang bunga jantan aje... klau buah agak2 cantik boleh dijual... kawan nasihatkan jual, tapi kalau nak ambil buah kalau boleh guna kaedah 'curi buah', kurangkan buang pelepah... hanya buang pelepah bila perlu shj spt kering atau kalau dah terpaksa.

Sorilah, sampai di sini saja kawan bagi respond, jam pun dah 4:41am, kawan pun dah ngantuk nih, bagi kawan2 yg lain plak... pada kawan tempoh masa siap sesuatu kerja tu bergantung pada kejujuran, amanah serta kualiti kerja yg dipamerkan oleh pekerja yg telah dipertanggungjawabkan... so carilah pekerja yg berkualiti

Harap membantu dan semoga berjaya !


Wassalam

Last edited by GHV; 05-01-2010 at 05:49 AM.
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #963 (permalink)  
Old 05-01-2010, 05:56 AM
GHV's Avatar
GHV GHV is offline
Apprentice
Join Date: Oct 2008
Location: Ulu Tiram, Johor Darul Takzim
Posts: 166
GHV is on a distinguished road
Default
Quote:
Originally Posted by abang mat View Post
pemantauan selalu di lakukan, nampak kebelakangan ni terdapat unsur2 pengiklanan dalam thread ni, samaada direct atau indirect, tujuan thread ni adalah memberi ilmu tentang sawit, pengurusan dan berkaitan sawit, saya harap tuan2 gunakan sebaik mungkin untuk pengetahuan ilmu sawit dalam konteks small holders , bukan estate corporation ni secara beretika, saya tidak akan teragak mendelete mana2 posting berunsur iklan dan promosi product walaupun bukan milik sendiri.
harap maklum.
sila guna thread berkaitan untuk promosi atau iklan.
O.klah... kawan pun ingat nak mengundur diri dari sini, Thanks !

Last edited by GHV; 05-01-2010 at 06:04 AM.
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #964 (permalink)  
Old 05-01-2010, 01:18 PM
treec00l's Avatar
Finance

Join Date: Jun 2008
Location: Bdr Country Homes, Rawang
Posts: 783
treec00l is on a distinguished road
Default
salam sahabat2,

terima kasih di atas panduan tersebut.

Alhamdulillah, berkat perkongsian kawan2 kat BJ ni, semalam kawan pegi ke MPOB Kelana Jaya, (semalam cuti ganti, heheh), dan dah beli 2 buku :

a. Manual Penanaman dan Penyelenggaraan Sawit Untuk Sektor Pekebun Kecil (Best Seller) : RM50
b. Perusahaan Sawit Di Malaysia : Satu Panduan (2nd Best Seller) : RM40

Alhamdulillah, kawan dah nampak dah sikit, ape itu sawit dan cara-cara tanam sawit, SECARA TEORI. Memang x boleh lawan pengalaman sebenar, tapi sebagai pengenalan, saye sgt gembira dan berpuas ati.

Bro GHV, jangan begitu. ape yg Don Balon dan abgmat tulis tu, ditujukan utk mereka-mereka yang buat iklan semata-mata di sini. macam bro GHV, tuan berkongsi info dan perbincangan, sangat-sangat kami hargai dan perlukan.

contohnya macam soalan saye kat atas tu lah terima kasih byk2. bro dah kongsi ilmu yg bermanfaat kat sini mohon untuk diteruskan perkongsian tersebut.


dan untuk mereka-mereka yg membuat iklan, kami moderator di BJ ade policy, untuk asingkan iklan2 dari tempat berbincang. cadangan dari saye, diharap kawan2 dapat berkongsi ilmu di tempat berbincang ini, dan buat iklan di tempat buat iklan tersebut. insyaAllah, berkat kreadibiliti dan kejujuran yang dipertontonkan di tempat berbincang ini, memang akan ade rakan2 BJ yg akan membuat urusniaga dgn tuan-tuan. menarik kan?

bisnes dapat, pahala hasil dari ilmu bermanfaat pon dapat (Amin Ya Allah).

saye ambil contoh, Bro GHV. mmg die ade nursery, tapi die x promote sgt nursery die & die pon x letak quotation kat sini, sebaliknye hanya melalui emel. die lebih byk menulis tentang ape yg die tahu tentang anak pokok & baka2 pokok, dan trick2 estate2 dalam penanaman sawit.

seperti jawapan untuk persoalan saye kat atas tu, tq byk2 bro GHV saye sgt2 hargainya.

next step yg saye akan buat ialah :
a. terus stick dgn perbicangan sawit kat sini
b. tuntut ilmu dari mak mertue saye (die mmg ade usehekan kebun sawit sendiri, mule dari tanah kosong, sampai jual sawit ke kilang, tapi upah orang lah, hehehe).
c. tuntut ilmu dari bapak saye (die manager estate sawit kat sandakan, cume saye agak segan nak menuntut dgn die sebab perbezaan scale dan sebab2 peribadi yg lain).
d. mule tanam sawit secara kecil-kecil lah. hehehe. sebab modal kene usehekan sendiri (JV dgn my wife lah), jadi kami kene mule dgn ape yg ade lah.


dan saye pon dah agak faham, kenape soalan saye kat atas tu agak susah nak dijawab. hehehe. macam orang tanye, "kenape remote TV Panasonic xboleh gune kat TV Samsung, huhuhuhu".

dan sebab perjalanan saye masih jauh (sekarang baru dalam stage tuntut ilmu, tanah pon belom ade lagi), saye harap abang-abang doakan kami berjaya ya
__________________
FACEBOOK : DIJEMPUT UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI RAKAN BJ di 'Portal Bicarajutawan'
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #965 (permalink)  
Old 05-02-2010, 01:23 AM
DonBalon's Avatar
Guru Bahasa Sepanyol BJ
Join Date: Mar 2007
Location: Beranang-KL-Kota Gelanggi-Jengka
Posts: 961
DonBalon is on a distinguished road
Default
Quote:
Originally Posted by GHV View Post
Salamm....

Kalau di tuju pada kawan... kawan minta maaf byk2, bukan maksud kawan nak promote tapak semaian kawan, walaupun kawan bukan otai @ sawit lads tapi kawan nak berkongsi ilmu yg sedikit nie pada bangsa kawan... supaya celik dengan perubahan teknologi dan menjadi petani yg berilmu dan ambil tahu, so bila kita tengok kebun bangsa lain kita tak pelik atau pun selalu tertipu @ di tipu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab @ pun bangsa lain.
Koi tuju kepada ejen baja dan ejen anak sawit yang ambik untung melampau-lampau tanpa mengira keperitan kami petani kampung menanggung kos menyelenggara kebun-kebun kami yang kecil-kecil. Ada yang koi nasihatkan secara baik dalam PM dan demeh terima dengan baik, Alhamdulillah, koi bukan pesen yang rasa bergaduh dalam dunia maya tak berdosa atau bawak kereta tiada kaitan dengan kopiah atas kepala. Jadi, tujuan koi bukan nok bergaduh dengan aok, dan koi hargai ilmu-ilmu yang telah aok bagi. Koi terbakar dengan budak kampung koi sendiri baru-baru ini, mungkin benar kos demeh nok menghasilkan baja tu tinggi, tapi kami baru je pulih dari kejatuhan harga hari tu. Kalau kos beli baja pun doh dekat 3000 untuk 10 ekar, masa sawit harga rm200+ hari tu memang terlungkup la bayar baja dengan meracun dan upah meracun dan meloding je. Sebab tu la org kampung ramai tanam gotah, bajo tak payah, meracun pun bila raso sampai soru yo..kuikui arwah ayah den sangat disiplin soal bajo, jadi penyakit dio pun berjangkit ko omak den yang setio menguruskan sendiri kobun kami yang ciput tu berbanding lobih 90% panoroko lain yang goyang segalo-galo cukup bulan boleh lepak-lepak kek pajabat tunggu duit rm1500.

Quote:
Originally Posted by GHV View Post
Kawan bukan nak cakap apa, realitinya memang ada harga sedemikian berpandukan kandungan @ bahan yg digunakan; tapi kawan nak bagi tau yg bio-organik berbeza dengan organik, cthnya; 1 kg Trichoderma dah nak dekat RM 30.00,
Omak den maso rego menjunam baru ni, den sodih, raso cam nak nangih bilo duit abih kek bajo yo.. iyolah, bajo MPOB berapo sobeg maso tu? Ejen bajo lak maso tu bilo ado sahabat kito tanyo nak tanam brapo dalam bajo tabur dalam poket ekau tu, dijawab'eh "gali la dalam sotongah meter", nak mampuih.. tapi tak elok pulak den sobut2 yo, sobab den dah nasihatkan dio dan dio mengaku kesilapan beliau tak ambik tahu boto-boto caro orang sawit buek kojo.. den cumo bagi contoh sobab apo den mulo terbakar dengan abang-abang dan adik-adik ejen kito..
Quote:
Originally Posted by GHV View Post
Sememangnya penggunaan baja kimia memang tindakkannya cepat, tapi saudara tau ke apa maksud nombor2 yg tertera diatas baja tu... apa itu NPK ? , TE ?, kenapa kerajaan beria2 galakkan penggunaan baja organik dengan memperkenalkan RSPO siap bagi subsidi lagi... kenapa? Tahukah saudara bahaya keracunan Ammonium pada sumber air dalam tanah & serta kesannyanya terhadap organisma tanah. Kawan dulu kuat jugak isap rokok, satu hari kat 2 kotak... kalau tak isap macam tak ada idea, serba tak kena... alhamdullilah sekarang kawan dah berhenti, kalau ALLAH izinkan panjanglah sikit umur kot
NPK Alhamdulillah den tahu apo ko bondo dio.. Den dulu ado jugak belajar kimia ni sikit-sikit dari Prof Dr. Hazar Bebe maso den lalu kek UM sambil ngantar despatch dulu hehe
NH4 pun den tahu jugak sikit2 sifat dio... Walaupun cikgu den Don Jose Riera Salis tipu den kato NH4 tu singkatan untuk Nehi..nehi...nehi..nehi... sebanyak ompek kali macam lagu Benua keling yang orang kepulauan Lingga suko sangat tengok tu.. den tahu bahayo dio..
Quote:
Originally Posted by GHV View Post
Tahukah saudara Behn Meyer tu sebuah syarikat YAHUDI, nama 'Behn Meyer' itu sendiri nama yahudi, so belilah baja dari gred yg sama dari sumber dlm negara cthnya CCM (PNB ada saham dlm CCM).
Itulah, duo pupu den anak sopupu abah den tu ado jugak kato macam tu..sobab tu den jarang boli, kecuali rego orang lain jauh lobih maha.. omak den setio dgn MPOB.. den tak setio dengan sapo-sapo.. Curi-Curi Makan pun ado gak den boli.. dulu abu tandan pun den sobat, tapi bilo den bincang dengan sahabat2 dan dorang kato banyak deficiency (boto ko ejo, den taram yo kuikui) dio, den maleh dah la nak guno.. zeolit pun ponah try..
Quote:
Originally Posted by GHV View Post
Satu lagi, oleh kerana kuda singa ni baja yg sudah terkenal dan tauke serta managementnya, tokey kedai baja pun tak ramai yg Islam (so takde cover insuran akhirat kalau di tipu) bagaimana nak mengenali yg mana kuda singa asli & yg mana tipu ?
Iyolah...den pun sotuju.. dan duo kali tuju den tak kona mano asli mano tidak.. terimo kasih atas maklumat Don GHV..
Quote:
Originally Posted by GHV View Post
Sg. Tekam mmg pusat penyelidikan Felda, dia pengeluar biji benih.. macam kami pengusaha nursery kena BELI pastu semai biji benih sbb tu harga berbeza, oh ya saudara beli Yangambi siri apa ? Yangambi ada banyak siri ML 100, BAA 5, GBI 85, GMH 43, ML 161... paling baik ML 161 dan GMH 43. Oh ya... menurut manual keta kawan, servis tiap 10,000 km tak macam kebiasaan keta lain 5,000km. rasanya pokok camtu jugak kot... dah tanya dengan diorang dari segi maintenance, penjagaan, ciri2 baka, dsbg sebagai panduan utk dapatkan hasil yg terbaik dari pokok tsb?
Den tak tahu siri apo sobab den taram yo apo yang ado.. 5 series agak eh..kuikui jangan maras..
rumah den dengan PPTR tu 25 minit yo..sobab tu den poie direct.. kengkawan pun ramai kojo kek dalam tu.. dorang pun banyak bagi khidmat nasihat percumo..
Quote:
Originally Posted by GHV View Post
Kawan ramai gak customer dan kawan dari FELDA, apa cite dgn Felda Maokil ? Mahkamah Tolak Permohonan Felda, Teringat pada customer dari Felda Inas yg mengadu kebunnya di tanam dgn benih Dura...
Den bukan penyokong felda, sobab tu kami tanam sendiri, tak mahu berhutang dan ditipu lagi.. panjang kisah kami ni kalau nak cito..maleh la plak nak menaip..
Quote:
Originally Posted by GHV View Post
Tu laa... kawan ingat kawan pun dah malas laaa... nak mandai2 lagi kat sini, sebagai tips terakhir kawan nak bagi tahu ANTARA cara nak mengenali kuda singa yg asli dgn yg tipu tengok pada warna butiran baja... kalau putih... kebarangkalian baja itu ori tinggi, kalau coklat.... YANG LAIN KAWAN SIMPAN atau tanya pengguna 'harcore' chap kuda singa nih... ke mereka simpan untuk diri sendiri, tak nak kongsi ?
Den no komen.. bukan den nak suruh orang merajuk dan bukan jugak den nak pujuk..den ado sobab2 tersendiri dan jugak merujuk polisi BJ.. cumo prinsip den berkawan sebanyak mungkin, bermusuh kalu boleh sorang pun tak mau.. bukan jugak den orang yang anti kepado ilmu baru pertanian.. bukan jugak den orang yang langsung tak merancang sebelum mulo projek, cumo den bukan orang yang ultra-details sampai satu projek pun bolum start.. bukan jugak den orang yang tak ambil pusing masalah yahudi dan amerika ni.. tunjuk perasaan 1 juta orang di Madrid 2003 menentang rancangan George Bush sorang Iraq den pun ambik bahagian..kalau di malaya den tak berani takut kono ISA..kuikui

Ma'assalamah wa ilalliqaa'..
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #966 (permalink)  
Old 05-03-2010, 05:19 AM
Just Hatched
Join Date: Apr 2009
Location: K.Tinggi - P.Gudang
Posts: 35
zzdin is on a distinguished road
Default
Masa sy belom stat tanam sawit.. ada jgk la buat preparation sikit2 macam yg sdr Trecc001 tgh buat skrg.. preparation sebigini memang akan membantu dan kekuatan modal jgk penting utk memastikan kelansungan projek. sy puji sgt2 semangat yg ada kat sdr Trecc... . dah tak ramai anak2 muda skrg yg berani join tanam sawit walau pun mak bapak ada tanah utk diusahakan, yg nak jual kebun mak bapak memang ramai...
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #967 (permalink)  
Old 05-03-2010, 07:05 PM
uda3900304's Avatar
Near-Enthusiast
Join Date: Jan 2007
Location: muar johor (bukit naning)
Posts: 970
uda3900304 is on a distinguished road
Default
sawit dah mula banyak
harga pun tinggi
apa yang duk bising2 kat dalam nie
pie turun ladang tengok apa yang tak kena
kalau kena baja .........
cari baja terbaik
kalau kena racun
cari racun terbaik
jangan duk ambik hasil aje
pokok pun nak makan juga
__________________
ALLAH MAHA KUASA..............
MAKHLUK TAK DA KUASA.....................

kepada semua kawan2 forum kalau tak keberatan tolong update location biar mudah di hubungi....
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #968 (permalink)  
Old 05-03-2010, 10:01 PM
Just Hatched
Join Date: May 2009
Posts: 18
name is on a distinguished road
Default
Keadaan tanah sawit.

Mula dikerjakan sekitar tahun 1990-1995 (Bapa saya melantik kontraktor mengusahakan tanah)
Tapi setelah bapa saya meninggal pada tahun 1997 . Kontraktor yang mengusahakan tanah itu serta merta tidak memjaga tanah tersebut. Kesimpulannya pokok terbiar dan tidak mendatangkan hasil (tidak ade kontrak) . Oleh itu kami tidak membuat tindakan apa apa.

Pada tahun 2005 , tanah tersebut diusahakan semula oleh kontraktor baru. Kini dengan orang melayu juga dan kontrak ye selamat 30tahun.

Tanah adalah 20ekar dan hanya 15-16ekar sahaja dapat di usahakan kerana 5ekar tanah paya. (tanah ini boleh dikatakan tanah yg berbukit). Tanah saya ini kawasan dalam.. tetapi di kawasan Sedenak , Kulai johor.
Pokok yang lama yang ditinggalkan oleh kontraktor lama terbiar , lalu kontraktor baru ini dengan rasa senang hati membeli kesemua pokok yang sudah matang dan terbiar ini dengan harga Rm2500.
Kawasan paya yang terbiar tersebut di buatkan baliks lalu boleh di tanam pokok baru.

Sekarang ini persoalannya …
1.) Adakah pokok kelapa sawit yang lama terbiar itu sangat tidak berbaloi? Sebab semasa kontraktor baru ini membelinya, beliau mengatakan pokok ini tidak bagus benihnya. Tetapi kalau tidak bagus kenapa perlu kontraktor baru ini beli? Kenapa tidak buang sahaja dan tanam pokok baru?
2.) Sekarang ini saya sangat tidak tahu , adakah hasil yang saya dapat pada tahun lepas adalah hasil pokok baru? Atau pokok yang sedia ada yang beliau beli dgn kami? Sebab saya Cuma dapat Rm2000+ setahun (dari jumlah keuntungan kontraktor hanya Rm7500 setahun). Persoalannya ? Adakah 20ekar? Cuma dapat Rm7500 setahun ? Kalau betul ? adakah berbaloi kontraktor ini meneruskan project tersebut? Semasa buat kontrak ini adakah kontraktor ini tidak menilai tanah kami??
3.) Ketidakpuas hatian kami tidak dapat banyak input , dengan diri saya sendiri tidak banyak info ttg sawit dan kontrak pula adalah 30tahun. Niat untuk by pass kontrak adalah sangat berkobar. Kerana Rm2k setahun adalah sangat tidak berbaloi.
Saya harap otai dapat bantu saya..
Saya dalam keadaan yang buntu. Jika saya bertanya dgn org mpob mereka suruh saya pergi sendiri .
Jika kontraktor ini baik dgn mpob , sudah tentu saya tidak dapat menyiasat apa apa sebab mereka saling bersubahat.
Harap ada otai yang dapat bantu saya.

Sekian

Last edited by name; 05-03-2010 at 10:05 PM.
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #969 (permalink)  
Old 05-04-2010, 12:07 AM
uda3900304's Avatar
Near-Enthusiast
Join Date: Jan 2007
Location: muar johor (bukit naning)
Posts: 970
uda3900304 is on a distinguished road
Default
Quote:
Originally Posted by name View Post
Keadaan tanah sawit.

Mula dikerjakan sekitar tahun 1990-1995 (Bapa saya melantik kontraktor mengusahakan tanah)
Tapi setelah bapa saya meninggal pada tahun 1997 . Kontraktor yang mengusahakan tanah itu serta merta tidak memjaga tanah tersebut. Kesimpulannya pokok terbiar dan tidak mendatangkan hasil (tidak ade kontrak) . Oleh itu kami tidak membuat tindakan apa apa.

Pada tahun 2005 , tanah tersebut diusahakan semula oleh kontraktor baru. Kini dengan orang melayu juga dan kontrak ye selamat 30tahun.

Tanah adalah 20ekar dan hanya 15-16ekar sahaja dapat di usahakan kerana 5ekar tanah paya. (tanah ini boleh dikatakan tanah yg berbukit). Tanah saya ini kawasan dalam.. tetapi di kawasan Sedenak , Kulai johor.
Pokok yang lama yang ditinggalkan oleh kontraktor lama terbiar , lalu kontraktor baru ini dengan rasa senang hati membeli kesemua pokok yang sudah matang dan terbiar ini dengan harga Rm2500.
Kawasan paya yang terbiar tersebut di buatkan baliks lalu boleh di tanam pokok baru.

Sekarang ini persoalannya …
1.) Adakah pokok kelapa sawit yang lama terbiar itu sangat tidak berbaloi? Sebab semasa kontraktor baru ini membelinya, beliau mengatakan pokok ini tidak bagus benihnya. Tetapi kalau tidak bagus kenapa perlu kontraktor baru ini beli? Kenapa tidak buang sahaja dan tanam pokok baru?
2.) Sekarang ini saya sangat tidak tahu , adakah hasil yang saya dapat pada tahun lepas adalah hasil pokok baru? Atau pokok yang sedia ada yang beliau beli dgn kami? Sebab saya Cuma dapat Rm2000+ setahun (dari jumlah keuntungan kontraktor hanya Rm7500 setahun). Persoalannya ? Adakah 20ekar? Cuma dapat Rm7500 setahun ? Kalau betul ? adakah berbaloi kontraktor ini meneruskan project tersebut? Semasa buat kontrak ini adakah kontraktor ini tidak menilai tanah kami??
3.) Ketidakpuas hatian kami tidak dapat banyak input , dengan diri saya sendiri tidak banyak info ttg sawit dan kontrak pula adalah 30tahun. Niat untuk by pass kontrak adalah sangat berkobar. Kerana Rm2k setahun adalah sangat tidak berbaloi.
Saya harap otai dapat bantu saya..
Saya dalam keadaan yang buntu. Jika saya bertanya dgn org mpob mereka suruh saya pergi sendiri .
Jika kontraktor ini baik dgn mpob , sudah tentu saya tidak dapat menyiasat apa apa sebab mereka saling bersubahat.
Harap ada otai yang dapat bantu saya.

Sekian
salam.........
nak tanya dgn kontrator baru ada contarct hitam putih tak.........
ikat 30 tahun 2 mcm mana syarat2nya........
kalau setahun 2k ........30 tahun baru dapat 60k........
sungguh tak berbaloi ...........

cuba check semua
syarat2 perjanjian dalam kontract kalau ada.......
__________________
ALLAH MAHA KUASA..............
MAKHLUK TAK DA KUASA.....................

kepada semua kawan2 forum kalau tak keberatan tolong update location biar mudah di hubungi....
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
  #970 (permalink)  
Old 05-04-2010, 08:03 AM
Just Hatched
Join Date: May 2009
Posts: 18
name is on a distinguished road
Default
syarat ye?
kawan tak keluar satu sen.... dan kawan cuma dapat 15% peryear..
sepatut ye increase.. tapi depa amik 5% everyyear untuk process kelapa sawit tersebut T_T
depa dah amik 80% pon masih mintak 5%

agreement itu lebih kepada pihak pemaju (kontraktor baru)

dalam kontrak takda cerita grows. cuma percent...
ade ayat "profit sharing" tapi lebih kepada pajak..
tapi saya baca baliks kat thread ini pajak pon at least Rm20k kurang T_T
saya seperti tertipu..

semasa kontrak ini dibuat.. saya masih belum matang... nak salahkan org tua..
diorang cair dgn kata kata pemaju ini (mereka bercerita yang mereka ini menguruskan tanah bapak mereka semua dan bla bla bla )
so bila melayu dah percaya mmg percaya lah... lelagi dgn org melayu kita sendiri..
tapi kalau Rm2k setahun... makna ye bapak dia pon sangat okeh lah kot dgn nilai tinggi.
rasaye bapak depa ni takda pon tanah 20ekar.. so kalau 5ekar? Rm500 setahun ?
ahahaha mmg kelakar... rasa nak ketawa terbahak bahak bila teringat benda ni..

so skang saya dah pra-matang.. dah rasa benda ni tak elok me rasa nak bangkit..

tu yang nak info sebanyak mungkin..
sebab org sekeliling saya tak berani nak bantu..
semua ade periuk nasi memasing..
Digg this Post!Add Post to del.icio.usBookmark Post in TechnoratiFurl this Post!
Reply With Quote
Advertisement
Reply

Bookmarks


Currently Active Users Viewing This Thread: 1 (0 members and 1 guests)
 
Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is On
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On


Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
menjual benih kelapa sawit budak_baik Crops 5 08-09-2011 11:28 PM
Minyak Enjin Kelapa Sawit. man.titan Part/Vehicles Sale/Rent 0 07-05-2010 07:33 PM
Refinance Tanah - Kelapa sawit gblack Credit Management | Loan 3 07-08-2009 07:30 PM
Jenis Kelapa Sawit Yang sesuai dan Kompetatif? Gaman Crops 0 05-09-2008 11:58 AM


Disclaimer: Bicarajutawan.com does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give or offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion.All posts made by either members or mods even admins on Bicarajutawan.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of Bicarajutawan.com or it's owner.YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE.

no new posts