|
|
Minyak wangi adalah satu keperluan manusia, bagaimanapun tahukan anda bagaimana cara membuatnya?
Haa mari kita bincangkan disini.. Step pertama anda perlu ada minyak asas, minyak ini adalah minyak tumbuh-tumbuhan. Beberapa ketegori minyak: 1. Minyak bung-bungaan - melur, jasmin, ros, kemboja dan sebagainya 2. Minyak herba-herba - pudina, pandan, kunyit, halia, dsb 3. Minyak kayu-kayu - Gaharu, kayu putih, pain, dsb 4. Minyak rempah-rempah - kayu manis, jintan manis, lada hitam, dsb Ambil beberapa jenis minyak campurkan, last sekali campurkan minyak gaharu. Jadilah ia minyak wangi. Ok, ini hanya info yang asas tau..cerita tentang minyak wangi ini ada banyak lagi...jom kita share bersama...saya pernah sekali test buat minyak wangi memang menjadi, bancuh sendiri jer, tapi baunya telampau semerbak jauh lagi dah berbau..org jeling semacam jer, malu pulak rasanya. Kalau topik nie mendapat sambutan...boleh cerita panjang lagi... Last edited by bijakbudget; 05-17-2010 at 10:59 PM.
Quote:
kadang-kadang kita bancuh2 tiba2 jadi satu bau yang tak pernah kita tercium dalam dunia ini. Bau yang baru..formula tu kita simpanlah baik2. Perlu diingat bahawa setiap kali nak bancuh sertakan pen dan buku, tulis setiap aktiviti kita, sebab kadang-kadang secara tak sengaja kita dah terbuat satu haruman yang berkualiti, perkara ini biasanya kita sedari selepas 1-2 minggu atau lebih. kalau tak rekod habis alamat tak jumpa sampai bila2.
Cara nak suling minyak pati senang jer, rajah tu salah. kita boleh ambil macam-macam daun atau bungaaan yang tak ada dijual contohnya minyak daun Pandan, minyak buah Quinin dan macam-macam lagi. Negara kita kaya dengan bahan alam. Cuma kita yang tak menyedarinya. Banyak haruman tumbuhan yang berpotensi tidak diketengahkan.
Nanti saya bagi rajahnya...boleh buat sendiri sahaja.. Ok kita bincang cara buat minyak wangi disini secara santai-santai ...tak perlu terburu2. Yang penting jangan kedekut ilmu, kalau semua org kedekut ilmu alamat ilmu tak berkembang.
Ok, selepas anda tercipta satu formula yang berpotensi, minyak tu sedap dicium, mempersona. Test kepada 15-20 orang rakan, tanya best atau tak baunya..kalau semua org memuji tu tandanya ada potensi untuk di jenamakan. Cukup dengan satu formula sahaja tak perlu anda ada 2-3 formula. Kemudian buat satu liter lepas tu botolkan dalam botol 15 ml. Bawa g kedai minyak wangi suruh dia cium bau, kalau dia suka tolak kat tokey kedai tu 1 liter RM250.00
Kalau nak gredkan dia samada gred A atau B atau C boleh bawa kepada org yang pakar tentang minyak wangi. Kalau gred A harga boleh mencapai RM400-RM2000 satu liter. Kalau malas nak komersialkan jual formula pun boleh. Kita belajar buat minyak wangi ini secara sambilan2 dirumah sahaja sebagai hobi masa lapang...tapi jangan lupa kongsi2 ilmu, pasaran kita seantaro dunio, jangan takut dan kedekut. Last edited by bijakbudget; 05-18-2010 at 04:39 PM. Quote:
![]() rajah itu kamayoi ambik dari mesin beli siap..khas untuk air ..cuma mahu dibikin sendiri lepas ni.. jadi..tengah tunggu rajah dari bijakbudget untuk buat pati wangian pulak..semoga kita pakatē berkongsi aminSemoga warga BJ semua berbau wangi selepas ini..jadi jangan lupa buat penerangan step by step..kami yang berminat akan teruskan sesi pertanyaan dan kemusyikilan kepada anda ![]() bijakbudget.. Last edited by kamayoi; 05-18-2010 at 05:14 PM.
Formula asas:
Anda perlu ada satu teknik penyukat khas contoh 1 titik menggunakan lidi cucuk satay atau lidi penyapu atau menggunakan botol yang dah jenis essential oil bila picit akan keluar satu titik. Cara sukatan ini mestilah mengikut standart anda sendiri sebab kalau dalam buku catitan 1 titik guna lidi cucuk satay, tapi buat sekali lg selepas satu bulan guna lidi penyapu sukatannya adalah tidak sama. Kedua, persiapan yang perlu ialah minyak Zaitun original. Sebab minyak zaitun anti bakteria, kulat dan anti septik fungsinya mengawetkan minyak wangi kita supaya tidak rosak walau disimpan bertahun-tahun. Ketiga, pewarna. Pewarna ini boleh mencantikkan warna minyak kita sebab minyak tumbuhan biasanya jernih atau pucat. Kalau tak nak guna pewarna pun tak apa. Cuma dalam kes formula yang warnanya tak cantik sahaja baru kita gunakan pewarna. Keempat, botol kecil minyak atar 2 ml. Selepas kita bancuh masukkan dalam botol ini dan simpan bersama formulanya, selepas dua hari cium. Kalau tak ok modified formula. Kelima, 4 atau 5 atau lebih jenis minyak tumbuhan. Contoh minyak limau kasturi, minyak pandan, minyak serai, minyak mawar, minyak jasmin, minyak pudina, minyak kasturi dan lain-lain. Kelima, minyak kayu-kayu contoh: Gaharu, Sandal wood atau lain-lain. Fungsi minyak kayu ini supaya minyak yang di bancuh menjadi satu bau, kalau tidak minyak akan jadi macam-macam bau dan tak bersatu. Quote:
![]() Jadi, formula asas ialah sampai langkah keempat lah yer? Dan langkah kelima adalah modifikasi atau mengikut kehendak kita? saya ni lambat pickup sket .. terima kasih guru..Saya kalau pengalaman suling air dah selalu sangat..sebab saya ada water distiller.. Pernah saya dengar..suling minyak wangi perlukan wap air dan minyak..saya tak faham.. mintak bijakbudget berkongsi ilmunya ..amin
Quote:
Kelebihan jika kita berada dalam kumpulan ialah kita dapat berkongsi tips, penemuan-penemuan baru, kaedah baru, standart yang baru, berita semasa, peluang-peluang dan sebagainya. Kalau sorang-sorang ilmu tak berkembang.
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||