|
|
Assalamualaikum
Saya ahli baru di thread ini. Jumpa secara tak sengaja, tapi tertarik pula dengan isu yang dibincangkan semasa cari topic microfinance di Malaysia. Selain bank-bank komersial seperti CIMB, Public Bank atau BSN atau Bank Pembangunan seperti Bank Pertanian, ada juga institusi kewangan yang beri microfinance kepada peniaga kecil seperti TEKUN dengan caj 8% setahun. Had pinjaman dari RM 1,000 hingga 10,000 bagi pinjaman pertama dan maksima sehingga RM 20,000 bagi pinjaman ulangan. Address Ibu Pejabat Tekun - No. 2, Wisma Matmunap, Jalan 4/146, Metro Centre, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur. Pinjaman diberi kepada sektor peruncitan, pemborongan, pembuatan, perkhidmatan, pertanian, pneternakan, nelayan dan kontraktor kecil. Special requirement? Dapat sokongan Ahli Parlimen di kawasan anda. Bayar balik setiap minggu atau dua minggu sekali. maybe sesuai to those yang pinjam untuk berniaga hari-hari. Institusi lain ialah Amanah Ikhtiar Malaysia. Selama ini, operasinya di luar bandar tapi mulai Jun 2008, dah buka cawangan di Kuala Lumpur. Dapat allocation dana dari Kementerian Kewangan buat permulaan sebanyak RM 10 juta. Pinjaman kecil dengan permulaan maksima RM 3k dan pinjaman ulangan sehingga RM 20,000. Yang di luar bandar, untuk members yang seccess dan bayar elok, dapat sehingga RM 50,000. Caj? 1% sebulan. Special requirement? Income bawah RM2,000 dan kena ada kumpulan 5 orang di satu-satu tempat. Menteri Kewangan akan lancarkan opening ceremony Amanah Ikhtiar Malaysia di KL pada 25 Jun 2008. Boleh lawat web di aim.gov.my. Salam.
Syarat-syarat nak jadi sahabat, lps jadi sahabar baru leh pinjam:
Isirumah yang berpendapatan kurang dari garis kemiskinan semasa kerajaan iaitu RM 661 sebulan (RM 152 perkapita) bagi Semenanjung Malaysia, RM 765 sebulan (RM 167 perkapita) bagi Sarawak dan RM 888 sebulan (RM 173 perkapita) bagi Sabah. Bersedia menubuhkan kumpulan.Terdiri dari lima orang, sejantina, dipercayai, bertanggungjawab dan tiada tali persaudaraan yang rapat. Perlu menjalani kursus wajib jangka pendek selama 5 hari, iaitu 1 ˝ jam sehari bertujuan untuk memahami peraturan dan syarat-syarat AIM. Selepas lulus ujian khas, peserta perlu menyertai peserta-peserta lain yang terdiri daripada 2 hingga 8 kumpulan yang dipanggil pusat. Peserta wajib hadir ke mesyuarat mingguan pusat. Segala urusan seperti permohonan pembiayaan dan bayar balik pembiayaan akan dijalankan semasa mesyuarat mingguan boleh ker cam kita jadi sahabat Amanah Ikhtiar ni ....
Assalamualaikum,
Mehkesini, thanks for info yang lengkap tentang proses nak jadi sahabat AIM. Saya nak tambah sikit sahaja lagi. Garis kelayakan yang saudara/i? nyatakan tu adalah bagi sahabat di kawasan luar bandar. Bagi klien di kawasan bandar, garis kelayakan pendapatan ialah up to RM2000 dan pemilikan aset not more than 50k. Lagi rendah, lagi lah layak. lain-lain syarat, sama. Kementerian Kewangan dah announced untuk allocate 100 juta untuk kawasan bandar dan AIM sekarang tengah actively cari klien. Caj kekal 1% sebulan. Kalau ambil untuk 6 bulan, means 6%. Kalau pinjam 3,000, bayar balik 25 kali, seminggu bayar lebih kurang RM128 sahaja. Potongan pinjaman cuma untuk takaful kredit (RM6 setiap Rm1,000) dan 1% untuk Tabung Kumpulan. 1% ni masuk dalam Tabung kebajikan sahabat. kalau rumah terbakar, boleh dapat dari tabung up to 10,000 (tengok jenis rumah la). kalau masuk wad, suami atau isteri dapat dari tabung tu, RM 30 sehari. AIM tak ambil advance payment... so dapat bersih lebih dari RM 2,900. Pinjaman kali pertama maybe kecil tapi kali kedua meningkat up to RM6,000, kali ketiga RM10,000 dan kali kelima RM20,000. Selagi bayar balik 100%, tetap boleh pinjam. Nak dapat pinjaman kali pertama mungkin ambil masa sikit, b'coz klien kena cari ahli kumpulan. Tapi thru the experience, kali kedua dan seterusnya, more or less sebulan. Cawangan di bandar-bandar yang dah buka adalah di seluruh bandar ibu negeri di Semenanjung. Untuk KL, bolehlah contact 40442460.
my 2 sen...baik pinjaman mikro kredit atau konvensional...apabila allocation diturunkan kepada bank untuk memberi bantuan kepada peniaga2 kecil..bank akan meletakkan syarat2 yang kurang masuk akal..sbgai cth
1. current account 6 months - berapa kerat peniaga kecil atau peniaga pasar malam yang betul2 maintain current account 2.kadar faedah yang ngalahkan along sebenarnya saya rasa bank lebih suka menyimpan peruntukkan yg diberi kerajaan daripada diberi kepada peniaga yg memerlukan..back to square one..peniaga cari balik along...sbb ape nk pinjam 10k dri bank pun dokumen berlambak..org kata bank akan bg pinjaman ni la tu la,tapi bila memohon ..faham2 la sendiri..
Quote:
Baru-baru ni pegawai Bank Rakyat cari 5 orang utk ditawarkan pinjaman skim ni. Hanya bawa register company cert, lesen dan bank statement 6 bulan. Cukup.
Orang sarawak, call Pn Dayang Kathy 0128584214. Bank Rakyat Satok. Kena cukup korum 5 org . Geng yg lepas cakap mula-mula RM10k. kalau bayaran bagus 6 bln, dia org bagi RM50k. Tentang interest rate kena dengar taklimat tu dulu rasanye. Lepas tu baru decide. Saya nak dengar , berminat juga tp minjam pikir byk juga.
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||