|
|
Salam.
Ada sesapa yg boleh suggest klon2 durian yg terbaik untuk ditanam utk makan sendiri i.e tanaman kat kebun? Saya nak tau jenis2 klon yg terbaik @ berkualiti@ berbaloi utk tanam dlm jangkamasa panjang dan katmana nak dapatkan anak2 benih ni. Setakat nie saya ada tanam D99- buah kecik tapi puas hati makan-isi kuning, tebal,aroma kuat, manis, kulit nipis, biji kecut and buah senang kopek. taun lepas buah cecah 100 bijik sepokok (umur 15 tahun). Kalo kat pasar malam area Kedah klon Tangkai Panjang dan Udang Merah yg paling berkualiti + mahal sekali paling kurang RM 6 sekilo,tp setakat ni taktau katmana nak cari benih. kalo ada suggestion ttg klon2 lain mcm D24, Chanee ke amat dialu-alukan. tq Last edited by en faizal; 03-19-2009 at 09:40 PM. Reason: tukar tajuk.
dulu... org kaya sebab tanam durian
sekarang... org kaya yg tanam durian byk ke nak tanam bro?
tak banyak pon, sekadar nak isi tempt kosong kat dusun, dlm ~20 pokok. Nak makan sendiri saja no planning utk komersial pon.
Interesting opinion walaupun saya tak setuju sangat. sebab apa? salah orang kita jugak. kalo tengok buah2 durian yg berlambakan kat pasar malam rm 2-3/ biji tu banyaknya hasil dari pokok2 pusaka yg ditanam nenek moyang, tp sampai la ni still nak kutip hasil. Baja tak, tebas tak, racun tak, tau2 musim buah baru la nak nampak muka kat dusun. Habis tu mcam mana nak dapat buah yg berkualiti. Kena pulak pokok tu jenis yg klon tah apa2, macammana nak fetch harga yg tinggi kat pasaran (kalo nak jual la). Kalo tengok pengusaha durian yg berjaya kat Msia ni pon banyak Chinese. salah satu strategi depa ialah tanam klon2 premium yg harga memang tak jatuh. dengar2 varieti Kunyit Hitam @ Mao San Wong boleh cecah RM 25/kg. Lagipon depa buat sungguh2, baja, racun dsbnya bukan setakat harap air hujan saja. So saya rasa kalo nak buat ladang durian pasaran still no problem, cuma kena ada strategi la, tak boleh la nak harapkan hasil yg dtanam tok nenek moyang dulu, betoi tak?
Quote:
Quote:
Quote:
dimanakah boleh dapatkan benih durian raja kunyit??? Lagi satu jarak sesuai bagi durian berapa kaki yer?? -sam eom
Nurseri yang saya tau Nurseri AKU di Semenyih (bukan aku punya, tapi namanya AKU). Nurseri ni khas buat benih pokok buah-buahan. So far benih dari dia reliable dan pertanian pun ada amek dari dia. Pasal jarak antara pokok, Jabatan pertanian suggest 40 kaki.
Quote:
ada details especially contact no Nuseru AKU atau alamat. Selalu juga ke semenyih keruma Pak Cik wife.. terima kasih.. -sam eom
Contact no saya tak de, tapi lokasinya berhampiran dengan stesen timbang JPJ ke apa tah. Kalau ikut dari Kajang, lepas je interconnection highway KASEH, sebelah kiri, masuk ke jalan pegi kuari.
Quote:
terima kasih kerana beritahu.. memang ada kat situ menurut tokey durian yang saya jumpa baru2 nie. Rega boleh tahan juga ada yang rm25, rm60 dan rm100 bagi jenis Raja kunyit mengikut saiz. Ingat sabtu nie ronda kot.. insyallah. Dari pembacaan saya D2 dan MDUR78 mempunyai komposisi chemistry yang sama. Cuma level fruktose dll lagi ajer berbeza. Pelik juga yer kerana MDUR78 nie dari D10 x D24. Jadi kalau tanam MDUR78 dah tak payah tanam D2 yer?? boleh ker??? Kemudian dari pembacaan saya D99 bagus ditanam kerana boleh didebungakan oleh bunga sendiri dan amatlah sesuai untuk D24. Pelik juga mula kenapa orang tanam 2-3 jenis durian; bila dah cari info barulah faham hehee.. Cuma kekurangan D99 nie buah dia cepat terbuka/merekah buahnya selepas 3 hari gugur. Kalau nak makan sendiri macam saya nie so no problemlah.. Kemudian study punyalah study banyak klon sebenarnya kat malaysia nie.. itu yang didaftarkan. La nie saya minat nak tanam D99 (tahan kanker), MDUR78 & MDUR88 (tahan kanker), IOI (D168), D197 (kunyit), D145 Berserah (durian hijau); D24 - Sultan, D7. Cuma tertanya-tanya durian XO nie saya dah check untuk dapatkan info tapi tak ader. Soalan saya adakah XO nie breed baru ker? Hehhe syiokk sebenarnya baca pasai durian nie.. macam2 benda baru saya dapat fahami hehe. -sam
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||