...bersambung dari post 5...
Langkah #8
Semak nota kontrak anda
Setelah anda berurus niaga, semak dengan teliti setiap nota kontrak sebaik-baik sahaja anda menerimanya. Jika terdapat sebarang kesilapan, hubungi syarikat broker saham anda dengan segera untuk membuat pembetulan.
Langkah #9
Pantau pelaburan anda
Jangan biarkan pelaburan anda tanpa dipantau. Perkara yang anda tidak ambil peduli itu mungkin nanti boleh menyusahkan anda.
Langkah #10
Penuhi tanggungjawab dan laksanakan hak anda!
Sebagai pelabur, anda mempunyai tanggungjawab untuk dipenuhi, dan hak untuk dilaksanakan. Jangan mengabaikannya