...bersambung dari post 1...
Langkah #4
Ketahui produk yang diurusniagakan di bursa
Buat penyelidikan. Kenali produk-produk yang diurusniagakan di Bursa Malaysia. Dapatkan maklumat yang secukupnya mengenai produk-produk tersebut daripada wakil peniaga atau jika tidak, layari tapak web Bursa Malaysia
Langkah #5
Pelajari prosedur urus niaga
Gagal memahami sepenuhnya mengenai prosedur urus niaga boleh mengakibatkan kerugian yang disebabkan kesilapan teknik. Minta wakil peniaga anda untuk menjelaskannya kepada anda.
Langkah #6
Ketahui tentang syarikat
Sebelum melabur, buat penyelidikan (ya, sekali lagi!) terhadap syarikat yang anda bercadang untuk membeli sahamnya. Kenali syarikat itu dengan membaca prospektus, laporan tahunan dan artikel dalam akhbar. Keputusan pelaburan anda mestilah berdasarkan maklumat. Elakkan khabar angin dan ramalan.
Langkah #7 (untuk investor bukan online)
Berikan arahan yang jelas
Arahan anda kepada wakil peniaga mestilah jelas. “Fifteen” lot dan Fifty” lot bunyinya mungkin sama di telefon. Berhati-hati kerana di pasaran saham, komunikasi yang tidak betul boleh menyebabkan anda mengalami kerugian yang banyak.